MORFOLOGI

+9

No comments posted yet

Comments

Slide 1

MORFOLOGI Mawar S. Lesley D. Edang Doloresa G.

Slide 2

TAKRIF Satu bidang ilmu yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan pengolongan kata.

Slide 3

Struktur kata Terbina daripada unsur-unsur bahasa yang lebih kecil iaitu morfem dan kata. Morfem unit bahasa terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa ber-, ter-, ke-, me-,-nya, -kah, -lah, -pun, -an dll. Kesemua unsur ini tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi bahasa “bertanya”

Slide 4

Kata unsur yang terkecil juga laju, buku, minum mempunyai makna tidak dapat dikecilkan lagi

Slide 5

BENTUK KATA Rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pembentukan kata seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan.

Slide 6

PENGIMBUHAN Kata terbitan Terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan Mempunyai 2 jenis iaitu Berjalan (ber- + jalan) Pengetua (pen- + ketua)

Slide 7

PENGGANDAAN Dihasilkan dengan mengandakan kata dasar sama ada mengulangi keseluruhan kata tersebut atau bahagian tertentu. “kanak-kanak” dan “bertubi-tubi”

Slide 8

PEMAJMUKAN Dihasilkan dengan dua kata dasar dicantumkan “air mata” atau “buah hati”

Slide 9

PENGGOLONGAN KATA Komputer? Minuman? Kita dapat lihat disini, perkataan-perkataan ini dapat dikelaskan. Inilah yang dimaksudkan dengan penggolongan kata.

Slide 10

Apa itu proses pembentukan kata?

Slide 11

Untuk membentuk kata, terdapat beberapa proses yang berlaku terhadap kata dasar. Proses-proses itu ialah pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Namun begitu, terdapat juga kata yang tidak mengalami ketiga-tiga proses ini. Kata ini dikenali sebagai kata tunggal.

Slide 12

BENTUK KATA TUNGGAL Perkataan-perkataan yang tidak mengalami proses pembentukan kata. Seandainya perkataan ini mengalami proses pembentukan kata, maka ianya dikenali sebagai kata terbitan. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis iaitu Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri ; Kamu, Sudah?, Ini? Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya ; Di mana?, Ke Johor, Dari Terengganu. Jika dilihat dari segi suku kata, kata tunggal ini boleh mengandungi satu suku kata atau lebih.

Slide 13

Satu suku kata boleh terdiri daripada KV – yu , ya VK – am KVK – roh , bah KKVK – stor , khas KVKK – teks , bank KKKV – skru KKKVK – skrip , spring p/s : K – konsonan V – vokal

Slide 14

KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA V + KV – aku, ubi, api V + VK – air, aur, ais V + KVK – ubat, emas, alur VK + KV – undi, impi, erti VK + KVK – ambil, empat KV + V – doa, tua KV + VK – jauh, kuih KV + KV – jala, buku KV + KVK – kapal, telur KVK + KV – lampu, janji KVK + KVK – jemput, sandar

Slide 15

KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA KV + V + KV - cuaca, biola KV + V + KVK - biawak, ziarah V + KV + V - usia, idea KV + KV + V - semua, boria KVK + KV + V - tempua, mentua KV + KV + VK - keruan, ketiak KVK + KV + VK - berlian, tempias V + KV + KV - utara, irama V + KV + KVK - ijazah, akidah VK + KV + KV - antara, isteri

Slide 16

KV + KV + KV - teruna, delima KVK + KV + KV - menteri, misteri VK + KV + VK - ilmiah V + KV +VK - elaun, akaun KV + KV + KVK - selaput, riwayat KVK + KV + KVK - martabat, tempayan KV + KVK + KV - belanja, keranda KVK + KVK + KV - sempurna KV + KVK + KVK - pelantar, kelompok

Slide 17

KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA DAN LEBIH KV + KV + VK + KV - keluarga, biduanda KV + KVK + KV + KV - sederhana, belantara KVK + KV + KV + KV - manjakani, bendahari KVK + KV + V + KV - sentiasa KV + KV + KV + KV - bidadari, sanubari KV + KV + KV + KVK -muzakarah, perajurit

Slide 18

KVK + KV + KV + KVK - sentimeter KVK + KVK + KV + KV - dispensari KV + KV + V + KVK - nasional V + KV + KVK + KV + KV - universiti KVK + KV + KV + KV + KVK - cenderawasih, kosmopolitan KV + KV + KV + KV + KV + KV - maharajalela

Slide 19

AKRONIM Selain itu, akronim juga tergolong dalam kata tunggal. Akronim – kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata dari satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar ( tatabahasa dewan, 1996)

Slide 20

Cara pembentukan akronim

Slide 21

Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata Lazimnya terdiri daripada nama khas Ditulis dengan huruf besar sepenuhnya ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia IKIM – Institut Kefahaman Islam Malaysia ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri

Slide 22

Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dan suku kata Huruf pertamanya ditulis dengan huruf besar Mara - Majlis Amanah Rakyat Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Bernama - Berita Nasional Malaysia Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial

Slide 23

Gabungan suku kata dan suku kata Ditulis dengan huruf kecil tabika – taman bimbingan kanak-kanak pawagam – panggung wayang gambar kugiran – kumpulan gitar rancak cerpen – cerita pendek

Slide 24

SINTAKSIS Proses pembentukan ayat

Slide 25

Proses pembentukan Frasa Nama FN DEFINISI FRASA NAMA Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa melayu terdiri daripada konstituen utama iaitu subjek dan predikat.

Slide 26

Unsur-unsur yang membentuk binaan ayat dasar FN + FN = Bandar Kelang bandar diraja FN + FK = orang itu memanggil saya FN + FA = Kucing itu sangat manja FN + FS = Ayah ke Kuala Lumpur * FN-Frasa Nama, FK-Frasa Kerja, FA-Frasa Adjektif, FS-Frasa Sendi Nama.

Slide 27

Binaan Frasa Nama (bahagian subjek) Kebiasaannya, FN terbentuk daripada satu perkataan sahaja atau lebih. Terdapat dua jenis hubungan dalam bentuk FN yang mempunyai lebih perkataan. Jenis pertama- satu perkataan merupakan inti bagi seluruh FN, sementara perkataan yang lain penerangnya. Jenis kedua- terdiri daripada dua inti di dalam ayat tersebut.

Slide 28

Inti – unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili frasa itu dari segi makna. Penerang – unsur yang menerangkan inti Contohnya; “Bapa budak itu.” Bapa merupakan inti budak itu adalah penerang yang menerangkan Bapa

Slide 29

inti+penerang ( jenis pertama )

Slide 30

inti+inti (jenis kedua)

Slide 31

Binaan frasa nama : Inti+Penerang Hubungan inti+penerang terbahagi kepada dua iaitu Inti + penerang nama Inti + penerang bukan nama

Slide 32

Inti + penerang nama PN keturunan - orang Melayu PN jenis - kelapa sawit PN penyambut - gunting kain PN kegunaan - batu pengasah PN kelamin - lembu betina PN tempat - penduduk bandar PN arah - wilayah selatan PN anggota badan - jam tangan PN tenaga penggerak - kipas elektrik PN hal atau perkara - hari perayaan PN milik - rumah saya PN nama khas - Hospital Kuching PN panggilan atau gelaran - sang Kancil

Slide 33

Inti + penerang bukan nama P penentu hadapan - lima orang askar P penentu belakang - orang itu P kata kerja - mesin jahit P kata adjektif - anak muda P kata adverba - hari lusa P frasa sendi nama - surat dari kampung P bilangan ordinal - tempat pertama

Slide 34

Binaan frasa nama : Inti + Inti Binaan frasa nama ini tidak seperti sebelumnya, mempunyai penerang. Namun begitu, terdapat dua golongan frasa nama jenis ini Inti + Inti dengan maksud sama erti Inti + Inti dengan maksud lawan erti

Slide 35

Inti + Inti dengan maksud sama erti Makna yang sama seolah-olah diulang

Slide 36

Inti + inti dengan maksud lawan erti Perkataan yang digabungkan dengan membawa makna yang berlainan

Slide 37

Susunan Unsur Frasa Nama Hukum D-M Kekecualian hukum D-M Kekecualian dalam kata nama khas dan jawatan Kata nama bilangan Kata panggilan dan gelaran

Slide 38

HUKUM D-M D – diterangkan M – menerangkan Frasa Nama dibina BERDASARKAN hukum D-M yang bermaksud “yang diterangkan HARUSLAH berada di hadapan yang menerangkan.”.

Slide 39

Contoh penjelasan hukum D-M

Slide 40

Kekecualian hukum D-M Kata Nama Khas dan Jawatan Perdana Menteri Pembantu Penyelidik Ketua Hakim Ibu Pejabat

Slide 41

Kekecualian nama bilangan Kata bilangan berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama. Dua ekor kucing Sebilangan kecil pelajar Sekumpulan pelancong

Slide 42

Kekecualian dalam kata panggilan Unsur ini perlu hadir di depan kata nama Tun Abdul Razak Profesor Sutan Alisjahbana Tunku Kudin

Slide 43

SEKIAN TERIMA KASIH DOLORESA LESLEY D. EDANG MAWAR www.dbp.com.my

Slide 44

RUJUKAN TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA KAMUS DEWAN EDISI TERBAHARU SINTAKSIS, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan Morfologi, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan Binaan dan fungsi perkataan dalam Bahasa Melayu, Hashim b. Musa

Summary: Ini dibuat oleh kawan saya, Mawar, dolo dan lain-lain. enjoy k..

URL:
More by this User
Most Viewed