BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

+281

No comments posted yet

Comments

foreuka (1 year ago)

sadadad

nurafiz (2 years ago)

s

ra5112 (2 years ago)

a

cikgusejarah (2 years ago)

jepun

cikgusejarah (2 years ago)

salam...saya perlukan sangat presentation ini..mcm mana nak muat turun...tQ..

Slide 1

BAB 1 PENDUDUKAN TENTERA JEPUN DI NEGARA KITA

Slide 2

HASIL PEMBELAJARAN Menyatakan sebab-sebab Jepun meluaskan kuasa Memerihalkan kedatangan Jepun Menyenaraikan faktor kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu Menceritakan taktik Bumi Hangus yang dijalankan oleh British Menceritakan strategi pertahanan British. Memerihalkan pentadbiran Jepun Menyatakan dasar ekonomi Jepun Memerihalkan dasar penjepunan Menceritakan kesengsaraan hidup pada zaman Jepun Menyatakan reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh tanah air yang berjuang menentang Jepun Menceritakan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua Menyenaraikan kesan pemerintahan Jepun di negara kita

Slide 3

Pemerintahan Tentera Jepun di Tanah Melayu

Slide 4

1. Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Meiji pada tahun 1868. Ia dikenali sebagai Kebangkitan Meiji. 2. Kemenangan Jepun yang telah menewaskan Russia dalam Perang Russia-Jepun pada tahun 1905 menyebabkan Jepun dianggap sebagai kuasa besar. Jepun menakluki Korea dan Manchuria pada tahun 1931, dan sebahagian besar timur negara China sejak tahun 1937.

Slide 5

3. Sebab-sebab Jepun menakluki Asia Tenggara. (a) Mendapatkan bahan mentah bagi kegiatan industrinya. (b) Mendapatkan pasaran baru bagi barangan buatan Jepun (c) Mendapatkan kawasan baru untuk pertanian dan menampung penduduknya yang semakin bertambah. (d) Kebangkitan pengaruh ketenteraan Jepun dalam pentadbiran. (e)Amerkia Syarikat juga telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Ini menyebabkan Jepun terdesak dan menyerang Asia Tenggara.

Slide 6

Jepun dalam propagandanya telah menggunakan slogan dalam melaksanakan dasar perluasan kuasa untuk mempengaruhi penduduk Asia Tenggara. Slogan itu ialah (a) Asia untuk Asia – bermaksud : negara Asia untuk orang Asia dan ia tidak wajar dijajah Barat. (b) Semangat Asia- bermaksud negara Asia juga kuat. (b) Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya –bermaksud : rancangan Jepun mewujudkan zon ekonomi di kalangan negara negara Asia.

Slide 7

Kemaraan Tentera Jepun

Slide 8

1. Pada 8 Disember 1941, Jepun mendarat di Kota Bharu dan seterusnya ke Kuantan dan Mersing. 2. Tentera jepun meneruskan kemaraan dengan menawan Jitra pada 12 Disember 1941. 3. Tentera Jepun memasuki Kuala Lumpur pada 1 Januari 1942. 4. Repulse dan Prince of Wales adalah dua buah kapal perang British yang digunakan utk mempertahankan perairan Tanah Melayu dari serangan Jepun. 5. Malangnya kapal itu telah ditenggelamkan oleh Jepun di perairan Pahang. 6. Akhirnya, Singapura ditawan pada 15 Februari 1942.

Slide 9

Prince of Wales KOTA BAHRU

Slide 10

7. Sabah dan Sarawak juga menjadi sasaran Jepun disebabkan kepentingan minyaknya. 8. Miri diserang pada 16 Disember 1941. 9. Dari Miri, tentera Jepun menuju ke Kuching, Labuan, pantai barat Sabah dan seterusnya ke Sandakan.

Slide 11

. Pihak British telah mengambil tindakan ‘bumi hangus’ dengan memusnahkan kepentingan ekonomi seperti membakar ladang, memusnahkan jalan dan jambatan dan telaga minyak. Tujuan bumi hangus ialah untuk mengelakkan kekayaan negara ini daripada jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemusnahan ini menyebabkan Jepun mempunyai masalah menguasai bahan mentah negara kita

Slide 12

Faktor-faktor Kemenangan Jepun 1. Perancangan awal perang- kejayaan perisikan Jepun dan propaganda Jepun 2. Kelemahan Tentera British- British hanya bersedia menghadapi serangan dari laut, iaitu selatan Singapura. Kebanyakan tentera dan kelengkapan digunakan dalam peperangan di Eropah. 3. Kelengkapan Perang Tentera Jepun -Jepun menggunakan pesawat Zero Fighter dan berjaya menenggelamkan kapal perang induk British (Prince of Wales dan Repulse) 4. Tentera Jepun lebih bersemangat dan sanggup mati dalam peperangan. Tentera Jepun juga cekap, terlatih, berani, dan berdisiplin 5. Taktik serangan Jepun - Penggunaan basikal membolehkan Jepun menyusur dengan pantas ke seluruh Tanah Melayu. Pakatan Jepun-Thailand. Jepun mendapat bantuan Thailand yang memberi laluan utk menyerang Tanah Melayu. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Slide 13

Tentera Jepun menaiki basikal untuk memudahkan pergerakan

Slide 14

Kami perlu menghalang serangan tentera Jepun yang menyerang melalui udara, darat dan laut

Slide 15

Askar Melayu seperti Leftenan Adnan mempertahankan tanahair daripada jatuh ke tangan Jepun

Slide 16

Tentera British akhirnya menyerah kalah pada Jepun

Slide 17

Sistem Pentadbiran Jepun

Slide 18

l. Jepun telah mewujudkan pemerintahan tentera di tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. 2. Tanah Melayu dikenali sehagai Malai Baru dan Singapura pula dikenal sebagai Syonan (Cahaya Selatan). 3. Pentadbiran Jepun terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pentadbiran pusat, wilayah, dan daerah. 4. Pentadbiran pusat diletakkan di bawah seorang Jeneral di Singapura. 5. Tanah Melayu dibahagikan kepada tujuh daerah, iaitu: (a) Melaka (b) Pulau Pinang (c) Johor (d) Pahang (e) Selangor (f) Negeri Sembilan (g) Perak 6. Setiap daerah diletak di bawah pentadbiran seorang Mayor 7. Majlis Penasihat Negeri yang mewakili pelbagai kaum telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Gabenor Jepun. 8. Kempeitai ditubuhkan untuk menjaga keselamatan negara. 9. Sultan dikekalkan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat.

Slide 19

10. Negeri-Negeri Melayu Utara (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) diserahkan kepada Thailand sebagai membalas jasa Thailand yang telah memberi laluan kepada Jepun utk menyerang Tanah Melayu 12. Sabah, Sarawak, dan Brunei pula digabungkan menjadi satu unit pentadbiran pusat dikenal sebagai Borneo Utara.

Slide 20

Dasar-dasar Pemerintahan Jepun 1. Melalui pendidikan, Jepun telah menjalankan dasar 'penjepunan'. 2. Tujuannya ialah untuk melahirkan masyarakat Tanah Melayu yang setia terhadap maharaja dan kerajaan Jepun. 3. Golongan belia, guru-guru dan murid murid diajar mengenai bahasa dan kebudayaan Jepun di sekolah-sekolah khas. 4. Dasar pendidikan Jepun menumpukan kepada kemahiran teknikal dan sikap pengorbanan diri kepada negara.

Slide 21

Cara Penjepunan (a) Sekolah Inggeris dan Cina diharamkan. (b) Kebudayaan Jepun dan bahasa Jepun diajar. (c) Bahasa Jepun diwajibkan di sekolah. (d) Kelulusan bahasa Jepun menjadi syarat naik pangkat. (e) Bahasa Jepun digunakan dalam semua urusan.

Slide 22

Dasar Ekonomi 1. Jepun mengexploitasi ekonomi Tanah Melayu untuk membiayai perang. 2. Memperkenalkan mata wang Jepun. 3. Pengenalan ekonomi kawalan dan ekonomi sara diri untuk menambahkan hasil makanan. Catuan makanan dibuat utk mengatasi masalah kekurangan makanan.

Slide 23

Layanan Jepun dan Reaksi Rakyat

Slide 24

1. Orang Cina Layanan: Mendapat layanan yang amat buruk. Sebab: Mereka menyokong China yang berperang dengan Jepun pada tahun 1937.

Slide 25

2. Orang India Layanan: Diberi layanan yang amat baik. Sebab:Jepun inginkan kerjasama org India untuk mengusir British dari India.

Slide 26

3. Orang Melayu Layanan: Baik kerana bekerjasama dengan Jepun. Mereka diberikan jawatan yang tinggi seperti: i. Ibrahim Hj Yaacob sebagai Ketua Tentera Sukarela. ii. Dr. Burhanuddin al-Helmi sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.. iii. Kesatuan Melavu Muda dibubarkan dan Ibrahim Yaacob dibenarkan bergerak dalam Pembela Tanah Air (PETA) dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS IBRAHIM HJ YAACOB

Slide 27

Gerakan Menentang Jepun I . Orang Cina menyertai MPAJA (Bintang Tiga) untuk menentang kezaliman Jepun. 2. Orang Cina di Sabah memulaukan kegiatan ekonomi Jepun dan Kumpulan Gerila Kinabalu di bawah Albert Kwok telah memberontak. 3. Force 136 berpakat dengan MPAJA untuk menentang Jepun. 4. Force 136 beribu pejabat di Sri Lanka dan India. Antara mereka yang menganggotainya ialah (a) John Davis (b) Richard Broome 5. Askar Melayu Setia berkerjasama dgn Force 136 dengan melancarkan perang gerila. 6. Di Pahang, Tentera Wataniah juga menentang Jepun. 7. Pasukan gerila Datu Mustapha menjalankan penentangan di Kudat. 8. Pasukan gerila Sandakan pula menjalankan penentangan di Sandakan.

Slide 28

Jepun Menyerah Kalah

Slide 29

I . Pada bulan Mei 1945, Jerman (sekutu Jepun di Eropah) telah tewas. 2. Ini membolehkan pihak Berikat kembali memberi tumpuan ke Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. 3. Kedudukan Jepun sebagai kuasa besar di kawasan ini mula tergugat. 4. Pada bulan Ogos 1945, bandar Hiroshima dan Nagasaki telah dibom. 5. Jepun terpaksa menyerah kalah dengan serta-merta. 6. Pada 12 September 1945, Jeneral Itagaki telah menyerahkan kuasa kepada pihak Berikat.

Slide 30

Ledakan Bom Atom di Nagasaki yang membawa kepada kekalahan Jepun dalam Perang Dunia kedua.

Slide 31

HIROSHIMA NAGASAKI Bandar Hiroshima selepas dibom.

Slide 32

Jeneral Itagaki menyerah senjata sebagai simbol menyerah kalah

Slide 33

KESAN PENDUDUKAN JEPUN

Slide 34

Kesan Politik. 1. Pendudukan Jepun menyemarakkan semangat kebangsaan. 2. Org Melayu diberi peluang menjadi pentadbir. 3. Jepun mengharamkan akhbar dan petubuhan yang anti Jepun. 4. Parti Komunis Malaya dan Bintang Tiga menjadi semakin berpengaruh.

Slide 35

Kesan Ekonomi 1. Ekonomi kawalan hanya menguntungkan pihak Jepun. Amalan rasuah dan menyorok barang berleluasa. 2. Inflasi sangat tinggi dan wang pokok pisang tidak bernilai. Kekurangan makanan dan ubatan menjadikan hidup sengsara. 3. Pembelian beras mesti menggunakan kad catuan makanan. Pembelian beras setiap keluarga dihadkan sebanyak dua gantang sebulan. Ini menyebabkan penduduk bergantung kepada ubi kayu dan keledek. 4. Penduduk tempatan menjadi kreatif dgn mencipta pelbagai alat dari sumber tempatan.

Slide 36

Mata wang Jepun

Slide 37

Kesan Sosial. 1. Penduduk hidup dalam kebuluran, kebimbangan dan kesengsaraan. Ramai penduduk dipaksa menjadi buruh utk membina "jalan kereta api maut" di sempadan Thailand Burma. 2. Kempeitai sentiasa mengintip dan bertindak kejam dan ganas. 3. Kekurangan makanan yang berzat memyebabkan penyakit beri-beri, batuk kering, dan malaria.

URL:
More by this User
Most Viewed