TEORI HURAIAN BAHASA

+16

No comments posted yet

Comments

Slide 1

TEORI HURAIAN BAHASA PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2010 Daripada: ALLEN WAN (IPG KAMPUS BATU LINTANG)

Slide 2

TEORI HURAIAN BAHASA Terdapat beberapa teori huraian bahasa yang dapat kita kaji, iaitu: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsional

Slide 3

Teori Tradisional (PANINI) Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai ciri-ciri yang berikut: Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat.

Slide 4

c. kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan- peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. d. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat (seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.

Slide 5

Teori Tradisional oleh Panini (Ahli tokoh fonetik india) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.

Slide 6

TEORI STURKTURAL (BLOOMFIELD) Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa.

Slide 7

Asas pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa ‘tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri’. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, ‘bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi.

Slide 8

Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa; i. bahasa ialah satu sistem bunyi ii. bahasa bersifat arbitrari iii. bahasa ialah alat perhubungan

Slide 9

Ahli-ahli bahasa struktural membuat kajian huraian bahasa secara empirikal /saintifik. Setiap huraian yang dibuat berdasarkan contoh-contoh ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu pemerhatian. huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan.

Slide 10

Mereka berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan mereka berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran. Mereka juga menumpukan kajian terhadap morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat.

Slide 11

Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikan tumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkan setiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai analisis konstituen terdekat.

Slide 12

Teori Transformasi Generatif (Chomsky) Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran TG. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya ‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of the Theory of Syntax’ (1965).

Slide 13

Analisis TG bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

Slide 14

Teori fungsional (Halliday) Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Wujud pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa.

Slide 15

Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya: i. Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis. ii. Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. iii. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. iv. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.

Slide 16

LAKE’ KAYAN BARAM ALLEN WAN ASIM MURIP MENG KAWAH TUSAH, METEI MENG KAWAH KENEP URIP ALEM TUHAN TU’A SEKIAN TERIMA KASIH

Summary: Enjoy IN IPGM

URL:
More by this User
Most Viewed