CERPEN

+9

No comments posted yet

Comments

mastipoo (4 years ago)

kenapa takboleh download

Slide 1

Menatap Wajahnya (Siti Hajar Mohd. Zaki) Annyss Sophillea (Nisah Haron) Kerana Manisnya Epal (Faisal Tehrani) Lambaian Malar Hijau (Seroja Theavy a/p Balakrishnan Pusaran (S. Othman Kelantan) Budi yang Tak Terbeli (Khatijah Hashim)

Slide 2

SINOPSIS Muliati ialah seorang mahasiswi yang sangat tabah dalam menjalani hidupnya. Muliati yang cacat tinggal bersama neneknya selepas kematian semua ahli keluarganya dalam satu kemalangan di jalan raya. Sepanjang pengajiannya di universiti, Muliati amat merindui Cikgu Balkis yang dikenalinya sejak berada dalam tingkatan dua lagi. Muliati telah menganggap Cikgu Balkis seperti ibu kandungnya. Cikgu Balkislah orang yang sentiasa menjadi pendorong ketika Muliati dilanda kesedihan dan hilang keyakinan diri. Muliati mengalami kembali bersedih apabila Cikgu Balkis seolah-olah ingin memutuskan hubungan mereka. Namun atas ketabahan dirinya, Muliati berjaya mendapat ijazah kepujian. Pada hari konvokesyen, Muliati menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang kini berada di London. Cikgu Balkis mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan mengharapkan Muliati mendoakan agar beliau selamat menjalani pembedahan untuk merawat penyakit ganjilnya.

Slide 3

Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajar Kepentingan pendidikan dalam mengubah taraf hidup seseorang Kecekalan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup Kecacatan tidak menghalang seseorang dalam mencapai cita-cita PERSOALAN Kerinduan dan kasih sayang seorang pelajar terhadap gurunya yang telah banyak berjasa Tema

Slide 4

Seorang gadis yang cacat kedua-dua belah kaki dan kudung tangan kiri Seorang mahasiswi yang gigih dan tabah Amat merindui gurunya, Cikgu Balkis Mengenang budi Yatim piatu WATAK UTAMA Muliati

Slide 5

Riani Suami Cikgu Balkis Rakan Muliati di universiti Baik hati Penyabar Begitu memahami kesukaran Muliati Bertanggungjawab Cemburu akan kasih sayang antara Muliati dengan isterinya Punca perpisahan Cikgu Balkis dengan Muliati WATAK SAMPINGAN Cikgu Balkis Nenek Bertanggungjawab Lemah lembut Sentiasa memberi semangat kepada Muliati Taat akan suami Penyayang Tua Miskin Rajin berusaha Penyayang dan sentiasa mengambil berat akan cucunya, Muliati

Slide 6

Latar Tempat Rumah nenek Sekolah Institut pengajian tinggi Latar Masa Dalam masa empat tahun Bermula pada suatu hari ketika Muliati teringat akan Cikgu Balkis Berakhir pada Hari Konvokesyen Muliati ketika habis membaca catatan pada poskad kiriman Cikgu Balkis Latar Masyarakat Masyarakat pelajar di sekolah menengah Masyarakat pelajar di institusi pengajian tinggi Masyarakat yang gigih berusaha dan mementingkan pendidikan Masyarakat yang penyayang tanpa mengharapkan balasan Masyarakat yang prihatin dan berbelas kasihan terhadap orang yang kurang upaya

Slide 7

Permulaan Muliati berasa amat rindu akan Cikgu Balkis yang lama tidak bertemu. Perkembangan Konflik Klimaks Peleraian Muliati berharap agar dia dapat bertemu Cikgu Balkis. Muliati kecewa apabila Cikgu Balkis ingin mengelak untuk berjumpa dengannya dan dia bertambah sedih apabila beranggapan Cikgu Balkis sudah tidak memerlukan dirinya lagi setelah mempunyai anak sendiri. Pada hari konvokesyennya, Muliati menerima berita tentang Cikgu Balkis sedang menjalani rawatan di London melalui poskad. Muliati tertanya-tanya apakah penyakit Cikgu Balkis dan segala yang berlaku selama itu hanya helah agar Mulaiti tidak mengetahui keadaan dirinya.

Slide 8

Kejutan Imbas Kembali Dialog Saspens Pemerian Monolog Dalaman Muliati teringat waktu dia bersekolah dahulu bersama rakan-rakan dan Cikgu Balkis. Muliati gelisah kerana mengharapkan Cikgu Balkis datang berjumpa dengannya pada majlis konvokesyen. Aku meraba fizikalku. Aku sedar. Aku gadis tempang. Kedua-dua belah kaki cacat. Tangan kiri kudung. Maafkan aku, nek, lantaran memandang enteng terhadapmu. Alangkah berdosanya aku! Muliati terkejut dan hampir tidak percaya bahawa dia menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis. "Kenapa Riani?" tanyaku tidak sabar. "Poskad untukmu!"

Slide 9

Hiperbola Personifikasi Kasihku tertumpah melebihi selautan buat cikgu. bukuan perasaan yang semakin padu menyentak-nyentak kewarasan tindakanku GAYA BAHASA Simbolik Simpulan Bahasa bermesra dengan titisan air mataku anak emas, ringan tulang Metafora Perumpamaan tinta-tinta harapan, jaring masalah retak yang menanti belah

Slide 10

Kegigihan - Kita hendaklah berusaha dengan gigih walaupun cacat. Keprihatinan - Kita hendaklah prihatin dan menghulurkan bantuan terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Hormat-menghormati - Kita hendaklah menghormati guru yang membimbing dan mengajar kita hingga berjaya. Kesabaran - Kita hendaklah bersabar dan tidak menyalahkan sesiapa atas nasib yang menimpa kita. Baik hati – Kita hendaklah sentiasa sanggup membantu orang yang dalam kesusahan. Sudut pandangan orang pertama Watak dikemukakan menggunakan kata ganti nama diri "aku" Watak Muliati

Slide 11

SINOPSIS Annyss Sophillea mengembara dari dimensi Alstonia ke Bumi dalam usaha mencari saudara kembarnya, Eyrique Etiqaz. Eyrique yang merupakan waris takhta kerajaan Alstonia telah hilang. Semasa di Bumi, Annyss telah berkenalan dengan Akmal. Namun, mereka terpaksa berpisah lantaran pencarian Annyss yang belum berhasil. Pencariannya bersama Akmal yang pergi ke Alstonia akhirnya berjaya apabila Eyrique yang dikurung di Rimba Besar Alstonia ditemui. Malangnya Strenn yang ingin merampas taktha Alstonia daripada Eyrique cuba untuk membunuhnya. Demi persahabatan, Akmal akhirnya membunuh Strenn walaupun tahu bahawa dia akan turut mati bersamanya. Eyrique dan Annyss Sophillea mengambil langkah memberikan sebahagian daripada nafas mereka untuk menyelamatkan Akmal.

Slide 12

Kesungguhan dan tanggungjawab untuk menunaikan amanat ibu bapa Kasih sayang antara saudara kembar yang tidak dapat dipisahkan Pengorbanan atas dasar semangat setiakawan Sikap tamak dan dengki yang akhirnya makan diri sendiri PERSOALAN Keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak Tema

Slide 13

Ingin menyelamatkan kembarnya, Eyrique Etiqaz Penyayang Baik hati Bertanggungjawab Berani menempuh dugaan Tabah Penyabar WATAK UTAMA Annyss Sophillea

Slide 14

Strenn Eustary Sepupu Annyss dan Eyrique Menculik Eyrique Tamak dan ingin mewarisi takhta kerajaan Alstonia Mati kerana ditembak oleh Akmal Seekor kuda atau unicorn Setia kepada Annysss Mempunyai perasaan Bersayap dan terbang sepantas cahaya WATAK SAMPINGAN Akmal Eyrique Etiqaz Kenalan Annyss dari Bumi Berani dan pintar Penyayang Bertanggungjawab Sanggup berkorban untuk menyelamatkan Eyrique Pewaris takhta kerajaan Alstonia Kembar Annyss Disembunyikan oleh Strenn Mempunyai kuasa luar biasa

Slide 15

Latar Tempat Bumi Rimba Besar Alstonia Dimensi Alstonia Bilik kurungan Pusara ayah dan bonda Annyss Latar Masa Berlangsung semalam 7 hari di Bumi bersamaan satu hari di Alstonia Bermula pada hari Annyss ingin kembali ke Alstonia Berakhir pada keesokan harinya (di Alstonia) setelah Aynnss dan Eyrique memberi sebahagian daripada nafas mereka kepada Akmal Latar Masyarakat Masyarakat Bumi yang mengamalkan sikap tolong-menolong dan menghargai persahabatan Masyarakat Alstonia yang saling menyayangi dan berusaha untuk menunaikan amanat ibu bapa Segelintir masyarakat Alstonia yang sanggup bertindak kejam untuk memenuhi keinginan peribadinya

Slide 16

Permulaan Annyss Sophillea mengembara ke Bumi untuk mencari saudara kembarnya, Eyrique Etiqaz dan berkenalan dengan Akmal. Perkembangan Konflik Klimaks Peleraian Annyss pulang dan meneruskan pencariannya di Alstonia. Strenn cuba merampas takhta kerajaan Alstonia. Pertarungan sengit antara Eyrique dengan Strenn yang berakhir dengan kematian Strenn akibat ditembak oleh Akmal. Annyss dan Erique berusaha untuk menyelamatkan Akmal dengan memberikan sebahagian daripada nafas mereka kepada Akmal.

Slide 17

Kejutan Imbas Kembali Saspens Pemerian Kekecohan ini timbul semenjak kemangkatan Maharaja Alstonia yang ke-73. Eyrique sebagai pewaris tunggal belum mencapai usia kedewasaannya. Derapan tapak kaki seseorang telah mematahkan ranting kering di belakangnya. Sekali gus darahnya berderau. Akmal tumbang. Kesakitan yang merayap pada tubuh Strenn, entah mengapa, turut menggigit dirinya, walaupun tidak berdarah. "Akmal?" Annyss bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya. Kemunculan eustary di sisi Akmal menambahkan kekagetannya.

Slide 18

Dialog Ke mana agaknya hala terowong ini? Akmal tertanya-tanya. Monolog Dalaman "Akmal, ada sesuatu tentang Alstonia yang kau perlu tahu." "Apa dia?" "Sehari di Alstonia bererti seminggu di Bumi." Monolog "Sabarlah wahai ayahanda dan bonda. Wasiat itu pasti akan anakanda tunaikan jua," bisik Annyss perlahan.

Slide 19

Hiperbola Personifikasi Seribu lautan sanggup direnangi, sejuta bintang sanggup dilewati. Subuh telah mengundur diri apabila melihat matahari pagi bangkit daripada selimut gunung di timur Alstonia. GAYA BAHASA Simile Simpulan Bahasa Annyss umpama akar tunjang, lemah dan liat, desis hati kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah tidak dapat air muka Pepatah Simbolik Tak ke mana pun perginya belut, akhirnya pulang juga ke lumpur. Hamparan permaidani hijau masih segar bermandikan embun.

Slide 20

Keberanian - Kita hendaklah berani untuk menegakkan kebenaran. Kasih sayang – Kita hendaklah mengasihi ahli keluarga dengan sepenuh hati. Amanah - Kita tidak boleh menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Tolong-menolong - Kita hendaklah sanggup menolong orang yang memerlukan bantuan. Keikhlasan - Kita hendaklah ikhlas ketika menghulurkan bantuan ataupun jalinan perhubungan. Sudut pandangan orang ketiga serba tahu Pengarang bertindak sebagai pencerita dan dapat melihat dan mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran setiap watak

Slide 21

SINOPSIS Buchanan, seorang pengusaha kebun epal di Tsolum River Fruit Trees sangat gigih mengusahakan kebunnya. Buchanan dibantu oleh Mazlina dan Yvonne, dua orang pelajar universiti yang menjadi anak angkatnya. Buchanan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan daripada anak-anaknya sendiri untuk terus mengusahakan kebun epal itu. Kebun itu meninggalkan nostalgia kepada Buchnanan. Malah moyang Buchanan pernah dipuji oleh Raja Edward Ketujuh dalam puisinya yang pernah melawat kebun tersebut. Pada masa yang sama, Buchanan tidak mahu epal daripada pelbagai jenis yang ditanamnya itu pupus. Pihak berkuasa British Columbia yang cuba mengambil tanah kebun epalnya. Akhirnya, kebun Buchanan dapat diselamatkan selepas rayuan demi rayuan dibuat. Malahan, usaha Buchanan mendapat sokongan daripada Gabenor British Columbia sendiri.

Slide 22

Semangat kerjasama dalam menangani sesuatu masalah. Keberanian dalam mempertahankan hak. Golongan muda yang tidak menghargai jasa ibu bapa dan warisan nenek moyang. Kegigihan dalam meneruskan usaha keluarga dan sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran PERSOALAN Kecekalan seorang pekebun tua dalam mempertahankan warisan nenek moyang. Tema

Slide 23

Berumur 81 tahun Pemilik kebun epal Mempunyai dua orang anak angkat Sensitif Gigih dan rajin berusaha Bertanggungjawab Berpandangan jauh Komited terhadap tindakannya WATAK UTAMA Buchanan

Slide 24

Pegawai kerajaan Anak Buchanan Bersopan Profesional Bertanggungjawab Pentingkan diri sendiri Memperlekehkan usaha ayahnya Berjaya dalam hidup WATAK SAMPINGAN Mazlina Yvonne Anak angkat Buchanan Gadis Melayu berasal dari Malaysia Berumur 22 tahun Anak Tan Sri Mansur Rajin Prihatin Anak angkat Buchanan Gadis Moscow Penyayang Bertanggungjawab Berani Prihatin

Slide 25

Latar Tempat Kebun epal di Tsolum River Fruit Trees di British Columbia Rumah Buchanan Latar Masa Berlaku lebih kurang dalam dua hari Bermula pada suatu pagi di kebun epal ketika Mazlina hendak membantu Buchanan mengutip buah epal Berakhir selepas kehadiran Buchanan dan Gabenor Bristis Columbia yang datang untuk menyelamatkan kebun epal tersebut Latar Masyarakat Masyarakat pelbagai bangsa, iaitu Inggeris, Melayu, Rusia Masyarakat Barat yang menghadapi konflik kekeluargaan dan tekanan terhadap kerakusan pembangunan Masyarakat pengusaha kebun yang gigih dalam mencapai matlamatnya Masyarakat yang mengamalkan nilai hormat- menghormati dan sayang-menyayangi

Slide 26

Permulaan Mazlina menikmati keindahan musim panas sambil melihat Buchanan yang sedang membelek-belek buah epal. Perkembangan Konflik Klimaks Peleraian Mazlina membantu Buchanan memetik buah-buah epal. Buchanan berasa sedih apabila menerima surat daripada pejabat gabenor yang memaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil kebun epalnya. Kehadiran Buchanan bersama Gabenor telah berjaya menyelamatkan kebun epal itu yang merupakan warisan nenek moyangnya. Mazlina, Yvonne dan Buchanan berasa lega kerana semua masalah mereka telah selesai.

Slide 27

Kejutan Imbas Muka Pemerian Mazlina teringat kembali kali pertama dia menjejakkan kaki di kebun epal Buchanan. Mazlina yakin bahawa Buchanan akan merancang sesuatu untuk mempertahankan kebun epalnya. Batang pokok ini tidak terlalu besar. Dan tidak pula terlalu kecil dan kurus melidi. Kulit batang dan rantingnya seakan-akan pokok rambai. Buchanan muncul bersama-sama Gabenor British Columbia. Imbas Kembali

Slide 28

Dialog Saspens "Tapi, sesuatu mesti kita lakukan." Yvonne kembali khuatir. "Pak tentu merancang sesuatu. Kita tunggu dan lihat." Mazlina tersenyum. Mazlina berasa cemas apabila mendapat tahu Buchanan tiada di biliknya. Monolog "Oooo Tuhan, mohon katih ini kembali teguh!" bisik Yvonne halus.

Slide 29

Hiperbola Personifikasi Namun perbezaan mereka melangit. Cahaya matahari segan pilu menembusi awam GAYA BAHASA Simile Metafora Dedaun pohon epal oldenburg bagaikan mengubit seolah-olah cuba menyapu kebimbangan dua anak gadis Buchanan samudera hampa Peribahasa Simbolik Bagaikan kaca terhempas ke batu. Hatinya karam dalam samudera hampa.

Slide 30

Kasih sayang - Kita hendaklah menanamkan sifat sayang-menyayangi antara pelbagai kaum. Hormat-menghormati - Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua ataupun berjasa kepada kita. Bekerjasama - Kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk menjayakan setiap perkara yang kita rancang. Ketabahan - Kita hendaklah tabah dan gigih untuk menjayakan pengekalan sesuatu sebagai warisan. Sudut pandangan orang ketiga serba tahu Pengarang berada di luar cerita dan mengawal pergerakan watak-watak dari segi fizikal dan mental

Slide 31

SINOPSIS Daneng dan Cikgu Jo mengunjungi Lembah Tualang sambil. Mereka terkenang kembali peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu. Daneng, anak Orang Asli di kampung di Lembah Tualang lebih selesa tinggal di hutan rimba yang menjadi kampung halamannya sejak turun-temurun. Cikgu Jo yang mementingkan masa depan pelajarnya itu berusaha untuk mengubah pendirian Daneng. Cikgu percaya bahawa Daneng merupakan seorang pelajar yang pintar dan boleh berjaya dalam hidupnya. Cikgu Jo memujuk Daneng untuk meneruskan persekolahannya dan mengubah nasib Orang Asli. Cikgu Jo menyedarkan Daneng hanya boleh menyelamatkan hutan malar hijau milik nenek moyangnya jika dia mempunyai kuasa untuk menghalang kemusnahan yang mengancam perkampungannya. Akhirnya, Daneng membuat keputusan mengikut Cikgu Jo untuk menyambung semula pelajarannya sehinggalah Daneng berjaya menjadi seorang “Datuk”. Beliau berjaya mendapat Hadiah Nobel serta kepercayaan Kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon. Setelah 25 tahun, pohon tualang yang menjadi sering dikunjunginya dulu masih tegak berdiri dan dapat dilihat oleh anaknya berkat jasa Cikgu Jo dan usaha gigih Daneng sendiri.

Slide 32

Tanggungjawab guru terhadap pelajar Perbezaan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat kota Kepentingan pendidikan dalam kehidupan seseorang Kepupusan hutan tropika oleh pembalakan haram PERSOALAN Kecintaan seorang remaja terhadap alam sekitar Tema

Slide 33

Anak Orang Asli yang bijak Gigih dan bercita-cita tinggi Berpendirian teguh Cinta akan alam semula jadi Menghargai jasa Cikgu Jo Menghargai jasa dan pengorbanan Cikgu Jo Berjaya dalam hidup WATAK UTAMA Daneng

Slide 34

Dany Anak remaja Daneng Memahami kegemaran ayahnya WATAK SAMPINGAN Cikgu Jo Ibu Daneng Guru Daneng Menghormati orang lain Bertanggungjawab Prihatin Baik hati Penyayang Sederhana Bertanggungjawab

Slide 35

Latar Tempat Hutan rimba malar hijau Perkampungan Orang Asli Desa Tualang Pondok/rumah ibu bapa Daneng Danao Nyok Latar Masa Satu hari (dari pagi hingga malam) Bermula pada suatu pagi ketika Daneng dan Cikgu Jo mengunjungi Lembah Tualang Berakhir pada hari yang sama apabila Dany, anak Daneng bertanya tentang pohon Tualang yang ada di situ Latar Masyarakat Masyarakat Orang Asli yang hidup serba sederhana, berbudi bahasa dan mengamalkan pantang larang warisan nenek moyang Masyarakat guru yang bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada pelajarnya Masyarakat yang pentingkan diri sendiri (pembalak) dan sanggup memusnahkan alam semula jadi

Slide 36

Permulaan Menggambarkan keindahan di Lembah Tualang dan Daneng memimpin gurunya yang sudah tua. Perkembangan Konflik Klimaks Peleraian Pengarang mengimbas kembali kisah Cikgu Jo yang cuba memujuk Daneng supaya meneruskan pelajarannya demi mengubah nasib Orang Asli. Cikgu Jo ingin melihat Daneng berjaya dalam pelajaran tetapi Daneng lebih senang duduk di kampung halamannya dan meneruskan warisan nenek moyangnya. Cikgu Jo berbangga dengan kejayaan Daneng yang telah bergelar “Datuk” dan pernah memenangi Hadiah Nobel. Pengarang memperkenalkan anak remaja Daneng, Dany yang berpeluang melihat tempat lahir ayahnya yang masih indah seperti dahulu.

Slide 37

Kejutan Imbas Kembali Pemerian Daneng teringatkan dirinya yang tidak mahu meneruskan pelajaran 25 tahun yang lalu. Kelihatan lebah-lebah menari-nari mengerumuni sarang madukara yang tergantung pada dahan pohon itu. Seakan-akan masih terasa manis madu itu yang pernah mengisi rongga mulutnya suatu ketika dahulu. Daneng berubah fikiran dan mengikut Cikgu Jo ke bandar untuk melanjutkan pelajaran. Saspens Cikgu Jo tertunggu jawapan Daneng dengan harapan dia mahu meneruskan pelajarannya.

Slide 38

Dialog "Kau nak kenakan aku, Daneng?“ "Jangan merajuk cikgu, saya berjenaka sahaja." "Kalau betul-betul hilang, bagaimana?" Monolog "Oh, betapa nikmat suara alam yang menghadiahkan ketenteraman kepada insan!" getusnya perlahan. Monolog Dalaman "Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?" bentak suara hati Jo.

Slide 39

Perulangan Personifikasi Hidup seperti bapanya! Hidup seperti nenek moyangnya. Kehampaan yang menggari jiwa Jo lenyap. GAYA BAHASA Simile Metafora Parang di tangannya digenggam erat bagai seorang pemburu gagah rantai keresahan awan kerisauan Peribahasa Simbolik Bara yang digenggam perlu menjadi arang seperti seekor rama-rama yang terbang bebas

Slide 40

Kesederhanaan - Kita hendaklah sentiasa ingat asal-usul agar tidak mudah lupa diri. Kegigihan - Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk memperkembang bakat yang ada. Bertanggungjawab - Seseorang hendaklah berusaha untuk melaksanakan tanggungjawabnya mendidik para pelajar. Kesyukuran - Kita hendaklah bersyukur dengan segala yang kita miliki dalam hidup kita. Menghargai – Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap kita. Sudut pandangan orang ketiga serba tahu Pengarang berada di luar cerita dan mengawal pergerakan watak-watak dari segi fizikal dan mental

Slide 41

SINOPSIS Seorang kanak-kanak, Junid sangat akrab dengan anak lembu kesayangannya yang dinamakan Pusaran. Junid telah memelihara Pusaran sejak lahir dan kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa dan menakjubkan. Hal ini turut diakui oleh datuk dan nenek Junid. Kedua-duanya akan sakit jika dipisahkan. Hal ini menyebabkan orang kampung mengatakan bahawa Junid dan Pusaran sebagai adik-beradik kembar. Justeru, tindakan Mohsin menjual Pusaran untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Korban menyebabkan Junid sedih. Junid meraung dan sanggup menggantikan nyawa Pusaran dengan nyawanya. Tuan Haji Subki akhirnya membatalkan niat untuk mengorbankan Pusaran kerana tidak mahu memisahkan nyawa orang yang bersangkutan. Sejak peristiwa itu Mohsin berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran.

Slide 42

Keprihatinan ibu bapa terhadap sikap dan perasaan anak. Keajaiban hubungan kemanusiaan yang sukar ditafsirkan. Kepentingan pendidikan dalam masyarakat desa. Kepercayaan masyarakat kampung terhadap unsur- unsur khurafat. PERSOALAN Kasih sayang dan hubungan kemanusiaan Tema

Slide 43

Penyayang Baik hati Anak bongsu Mohsin dan Musalmah Berkawan dengan Pusaran sejak berumur empat tahun WATAK UTAMA Junid

Slide 44

Musalmah Isteri Mohsin Ibu Junid Lemah lembut Prihatin WATAK SAMPINGAN Mohsin Bapa Junid Menjual Pusaran untuk korban Gigih Tuan Haji Subki Junaidi, Rashid dan Adi Bertimbang rasa Membatalkan Pusaran sebagai korban Anak-anak Mohsin dan Mulsamah yang lain Patuh akan perintah orang tua Rajin dan gigih mengurus binatang- binatang peliharaan mereka Pak Cik Kar Bomoh tua yang buta Mengatakan Pusaran sebagai kembar kepada Junid Pusaran Seekor anak lembu Jinak Patuh akan arahan Junid Sihat dan gemuk

Slide 45

Latar Tempat Kandang Pusaran Padang Gung Nibung Tempat penyembelihan haiwan korban Latar Masa Lebih kurang empat bulan Sebelum dan selepas Hari Raya Korban Bermula pada suatu hari ketika Junid pergi ke kandang Pusaran Berakhir pada suatu pagi (Hari Raya Korban) ketika Mohsin berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi Latar Masyarakat Masyarakat Melayu di kampung yang hidup dalam kesederhanaan Masyarakat yang tidak menghiraukan kepentingan pendidikan anak-anak dalam mengubah masa depan mereka Masyarakat yang percaya akan tahyul Masyarakat yang mementingkan pekerjaan tradisi

Slide 46

Permulaan Junid pergi ke kandang untuk menemui Pusaran. Perkembangan Konflik Klimaks Peleraian Mohsin hendak menjual Pusaran kerana takut akan kata-kata bomoh dan orang kampung. Junid meraung dan menangis dengan sekuat-kuat hati apabila mendapati Pusaran hilang menjelang Hari Raya Korban. Junid bertemu Pusaran di tempat penyembelihan korban. Tuan Haji Subki akhirnya menyuruh orang melepaskan Pusaran kerana tidak mahu memisahkan nyawa yang bersangkutan. Pusaran tidak jadi disembelih dan Mohsin berjanji tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.

Slide 47

Kejutan Imbas Kembali Pemerian Junid teringat akan perbualan antara ayahnya dengan beberapa orang lelaki di rumahnya. Dan Pusaran menjadi tembam. Sangat tembam. Berseri-seri. Berminyak-minyak kulitnya seperti baldu dan lembut dan halus seperti rambut jagung. Orang ramai terkejut apabila melihat Junid meraung sambil memeluk Pusaran dan meminta orang membunuhnya menggantikan Pusaran. Imbas Muka Tuan Haji Subki yakin jiwa Junid akan rosak jika Pusaran dijadikan korban.

Slide 48

Dialog "Emak!" laungnya dengan nyaring. "Pusaran tidak ada di mana-mana!" "Naiklah ke rumah, Nid. Petang karang Pusaran akan pulang. Naiklah Nid." Monolog Dalaman Ah, karut! bentak Mohsin dalam hati. Saspens Junid cemas apabila mendapati Pusaran tiada di dalam dan di luar kandang.

Slide 49

Perulangan Personifikasi “Pusarannn! Pusarannn! Pusarannn!” Suara itu seolah-olah menghambatnya supaya lebih kuat berlari. GAYA BAHASA Simile Dan dia bebas seperti angin bersama dengan Pusarannya. Simbolik Pusaran patuh seperti anjing.

Slide 50

Keprihatinan - Ibu bapa hendaklah memahami perasaan anak-anak agar tidak mengecewakan sehingga merosakkan jiwa mereka. Kasih sayang - Kasih sayang perlu ada terhadap manusia dan haiwan. Bertanggungjawab – Ibu bapa hendaklah mementingkan pelajaran demi menjamin masa depan anak-anak. Kerasionalan - Kita tidak boleh terlalu percayakan perkara-perkara yang karut dan berfikirlah secara rasional. Kerajinan – Kita hendaklah rajin melaksanakan sebarang kerja yang diamanahkan. Sudut pandangan orang ketiga terbatas Pengarang bertindak sebagai pencerita dan berada di luar cerita Pengetahuan terhadap watak-watak adalah terbatas

Slide 51

SINOPSIS Murni sudah lama berniat untuk membawa ibunya berehat-rehat di rumahnya sambil melihat keindahan kota. Namun, ibunya, Jemah amat sukar untuk meninggalkan sawah ladang serta ayam itiknya di kampung. Apabila Murni berjaya membawa Jemah ke kota, pelbagai peristiwa telah berlaku sehingga mencetuskan ketegangan antara Jemah, Murni dan suaminya, Jamal. Ketika menerima surat Jemah yang meminta mereka pulang ke kampung, Jamal menyindir-nyindir Murni dengan kata-kata bahawa ibu mentuanya ingin meminta wang daripada Murni. Apabila tiba di kampung, barulah mereka tahu bahawa Jemah telah membelikan sebidang tanah untuk Murni. Murni sangat terharu. Jamal pula berasa malu dengan sikapnya terhadap ibu mertuanya itu.

Slide 52

Konflik dalaman yang dialami oleh golongan tua. Asam garam dan konflik dalam alam berumah tangga. Perbezaan hidup masyarakat di bandar dengan masyarakat di kota. Budi bahasa ketika berdepan dengan orang yang lebih tua. PERSOALAN Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Tema

Slide 53

Ibu Murni Penyayang Rajin Penyabar Baik hati Bertanggungjawab Berpandangan jauh Berjimat cermat WATAK UTAMA Jemah

Slide 54

Murni Isteri Jamal Satu-satunya anak Jemah Penyayang Bertanggungjawab Anak dan isteri yang baik WATAK SAMPINGAN Jamal Pegawai Perancang Ekonomi Tidak tahu menghormati orang tua Pentingkan diri sendiri Panas baran Kedekut Timah Jiran Jemah Baik hati

Slide 55

Latar Tempat Di kampung (rumah Jemah) Di bandar (rumah sewa Jamal dan Murni) Latar Masa Berlaku pada suatu masa dalam tempoh yang agak kabur Bermula pada suatu petang ketika Murni memujuk ibunya untuk mengikutnya ke bandar Berakhir pada suatu hari ketika Murni menempelak Jamal setelah menerima sebidang tanah yang dibeli oleh ibunya Latar Masyarakat Masyarakat kampung yang pandai berjimat dan merancang masa depan Masyarakat kampung yang mengamalkan semangat banutu-membantu Masyarakat kota yang lebih pentingkan kerjaya dan kurang bergaul Sesetengah masyarakat yang kurang menghormati golongan yang lebih tua

Slide 56

Permulaan Murni berusaha memujuk ibunya, Jemah untuk pergi ke rumahnya di kota. Perkembangan Konflik Klimaks Peleraian Murni berjaya membawa Jemah ke rumahnya dan disambut baik oleh menantunya, Jamal. Jamal marah apabila Jemah menajak rumput di taman serta menebang pokok ketapang tanpa pengetahuan mereka. Murni berasa kecil hati apabila suaminya asyik menyindir ibunya. Murni menerima sepucuk surat daripada ibunya yang menyuruh dia pulang dengan segera. Murni terharu apabila ibunya membeli sebidang tanah untuknya di kampung. Jamal pula berasa malu dan insaf akan kekurangan dirinya.

Slide 57

Kejutan Imbas Kembali Pemerian Jemah teringatkan ayam, itik, dan sayur-sayurannya di kampung ketika bersendirian di rumah Murni. Petang itu Murni menziarahi ibunya lagi. Niat untuk membawa ibunya ke kota tidak lepas dari ingatan. Murni terkejut apabila mendapat tahu bahawa ibunya membelikannya sebidang tanah di kampung. Imbas Muka Jemah berharap dalam masa tiga atau empat tahun lagi pokok asam mempelam yang ditanamnya akan berbuah.

Slide 58

Dialog "Tanah mana?" "Tanah aku yang baru beli." "Tanah siapa yang mak beli?" Ia semakin berselera bertanya. Monolog Dalaman Agaknya kerana berubah tempat, berubah suasana, fikir Jemah. Saspens Murni tertanya-tanya sebab ibunya menyuruhnya pulang dengan segera.

Slide 59

Perulangan Personifikasi Risau dan risau dia. Suara yang merendah menusuk tangkai jantung Murni GAYA BAHASA Simile Rumput-rumput yang bertompok seperti panau bunga di dada itu Simpulan bahasa besar hati panas baran

Slide 60

Kasih sayang - Kita hendaklah sentiasa menyayangi ibu bapa. Bersopan santun - Kita hendaklah bersopan santun terhadap orang yang lebih tua supaya tidak menyinggung perasaan mereka. Hormat-menghormati - Kita tidak boleh meninggikan suara atau menyakitikan hati orang tua kita. Berjimat cermat - Kita hendaklah berjimat cermat dan merancang masa depan dengan sebaik yang mungkin. Sudut pandangan orang ketiga serba tahu Pengarang bertindak sebagai pencerita dan dapat melihat dan mengetahui segala perbuatan, perasaan dan fikiran setiap watak

URL: