BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

+183

No comments posted yet

Comments

ahmadaiman (1 year ago)

sejarah

ahmadaiman (1 year ago)

sejarah

storm3769 (3 years ago)

awesome

najib (3 years ago)

good job

najib (3 years ago)

good job

najib (3 years ago)

good job

Slide 1

BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU disediakan oleh http://sejarah101.blogspot.com

Slide 2

2.1 Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun Keganasan 14 Hari 1. Parti Komunis Malaya (PKM) mengisi kekosongan politik selepas pengunduran tentera Jepun dengan mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu. 2 Pemerintahan PKM berlangsung selama 14 hari dan dilaksanakan melalui MPAJA atau tentera Bintang Tiga. 3 Antara tindak-tanduk PKM i) Menguasai bandar dan daerah penting di seluruh Tanah Melayu. (ii) Mengambil alih balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan. (iii) Menjalankan undang-undang mereka sendiri. (iv) Mengenakan pelbagai cukai yang tinggi kepada penduduk kampung (v) Menyeksa sesiapa yang dianggap berkerjasama dengan tentera Jepun.

Slide 3

4 Contoh peristiwa keganasan PKM ialah di Batu Pahat (Johor). Jelebu (Negeri Sembilan), Kampung Bakor dan Sungai Manik (Perak). 5. Sebagai tindak balas, orang Melayu di Batu Pahat dan Muar di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim bangkit menentang PKM, 6 Dato Onn Ja'afar, Pegawai Daerah Batu Pahat telah berjaya menghalang kebangkitan tersebut.

Slide 4

Tentera Bintang Tiga atau MPAJA

Slide 5

Pentadbiran Tentera British 1. Tentera British memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (PTB) pada bulan September 1945. 2. PTB diketuai oleh seorang Ketua Pegawai HaI Ehwal Awam bernama Sir Ralph Hone. 3. Tujuan PTB ialah menjalankan peranan sebagai sebuah pentadbiran peralihan. Kejayaan PTB ialah (i) Menamatkan penguasaan PKM di Tanah Melayu. (iil Menegakkan undang-undang untuk mengembalikan keamanan. (iii) Memujuk PKM dan MPAJA supaya menyerahkan senjata. (ix ) Menamatkan pergaduhan antara kaum.

Slide 6

2.2 Malayan Union Bendera Malayan Union

Slide 7

1. Pentadbiran Malayan Union diisytihatkan pada I April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara). Kuala Lumpur. 2 Malayan Union dirancang semasa Tanah Melayu di bawah pendudukan Jepun. 3 Malayan Union diketuai seorang Gabenor British. 4 Gabenornya yang pertama ialah Sir Edward Gent.

Slide 8

Tujuan Penubuhan Malayan Union I. Membentuk satu bangsa Malayan Union. 2 Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu. 3 Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British. 4 Menjamin terus penguasaan British. 5 Memastikan sumbangan golongan imigran berterusan. 6 Mewujudkan sebuah pentadbiran yang cekap dan seragam. 7 Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. 8 Mengukuhkan pertahanan British.

Slide 9

Ciri-ciri Malayan Union 1 Terdiri daripada empat buah Negeri Negeri Melayu Bersekutu, lima buah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri-Negeri Selat, kecuali Singapura. 2 Diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja England. 3 Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk untuk membantu Gabenor. 4 Kerakyatan Malayan Union berasaskan kesamarataan dengan prinsip jus soli. 5 Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Melayu. 6 Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri. 7 Undang undang Malayan Union dibuat oleh Parlimen British. 8 Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan Mahkota. 9 Malayan Union merupakan sebuah kerajaan yang bercorak kesatuan

Slide 10

2.3 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union

Slide 11

Faktor Penentangan 1. Malayan Union (MU) ditentang oleh sebahagian besar orang Melayu. 2. 4 faktor penentangan orang Melayu (i) Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu. (ii) Terhapusnya tamadun orang Melayu. (iii) Kerakyatan Malayan Union terlalu longgar. (iv) Tindakan Sir Harold MacMicheal yang mengugut dan mengancam raja-raja Melayu. 3. Orang Melayu yang menyokong Malayan Union ialah PKMM, API, AWAS, dan BATAS. 4. Alasannya sistem pentadbiran dapat bersatu dan seragam. Malayan Union melahirkan satu pentadbiran yang tidak berasaskan kepada kuasa raja dan pembesar Melayu. 5. PKM dan Malayan Democratic Union (MDU) juga menyokong Malayan Union kerana memudahkan mereka menjadi warganegara.

Slide 12

3 Cara Penentangan 1. Penentangan secara individu (i) Seruan perpaduan pemimpin Melayu. Contoh Dato Onn yang menghantar surat bantahan (ii) Bantahan raja-raja Melayu. (iii) Sokongan bekas pegawai British seperti Frank Swettanham, R.O Winstedt, dan lain-lain. 2. Penentangan melalui akhbar Utusan Melayu,Majlis, dan Warta Negara. 3. Penentangan secara kolektif (i) Mengadakan demonstrasi (ii) Menubuhkan pertubuhan Melayu (iii) Menghantar surat bantahan (iv) Mengadakan Kongres Melayu (v) Menubuhkan UMNO (vi) Menjemput ahli Parlimen British (vii) Berkabung (viii) Memulaukan pengisytiharan MU

Slide 13

Demonstrasi menentang Malayan Union

Slide 14

2 orang ahli Parlimen British, LD Gammas dan Rees Williams dijemput ke Tanah Melayu untuk melihat sendiri penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

Slide 15

Keratan Akhbar menerangkan bantahan org Melayu terhadap Malayan Union

Slide 16

Dato Jaafar Onn memainkan peranan penting dalam penubuhan UMNO dan penentangan terhadap Malayan Union

Slide 17

2.4. Penubuhan UMNO Tujuan Penubuhan UMNO 1 Penubuhan UMNO dicadangkan dalam Kongres Melayu Pertama 1946 di Kuala Lumpur. 2 Sebanyak 29 buah persatuan MeIayu telah terlibat dalam penubuhan UMNO. 3 UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. 4 Dato' Onn Ja'afar dilantik sebabai Yang Dipertua yang pertama. 5 Tujuan penubuhan UMNO telah berubah mengikut keperluan semasa.

Slide 19

6. Antara tokoh-tokoh UMNO ialah Dato' Onn Ja'afar, Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud, dan Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). Za'ba Dato Panglima Bukit Gantang

Slide 21

Perjuangan dan Perkembangan UMNO 1 Menyatupadukan orang Melayu. 2 Menumbangkan Malayan Union. 3 Menghapuskan sifat kedaerahan dan kenegerian dalam kalangan orang Melayu. 4 Mewujudkan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan. 5 Memperjuangkan ketuanan Melayu. 6 Memajukan pendidikan orang Melayu. 7 Memajukan sosio ekonami orang Melayu secara organisasi 8 Piagam UMNO telah dibentuk pada tahun 1946 sebagai panduan UMNO untuk beroperasi. 9 Beberapa lambang telah dicipta sebagai identiti UMNO (i) Logo UMNO yang tercatat perkataan PEKEMBAR dalam lulisan jawi. (ii) Cogan kata UMNO, iaitu "Hidup Melayu" yang telah digubal oleh Dato' 0nn Ja'afar kemudian ditukar kepada "Merdeka". (iii) Bendera UMNO dipilih dalam persidangan UMNO di Perak. (iv) Terdapat empat warna dalam bendera UMNO • Putih yang melambangkan kesucian dan keikhlasan • Kuning yang melambangkan raja • Hijau yang melambangkan agama Islam • Merah yang melambangkan keberanian • Keris pula melambangkan tamadun orang Melayu

Slide 22

2.5 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Slide 23

Rundingan ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1 Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan bagi mengantikan Malayan Union. 2 British telah melibatkan orang Melayu dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM). 3 Sebuah Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan pada 21 Julai 1946. 4 Jawatankuasa itu dianggotai oleh empat orang pegawai kanan British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO. 5 Enam faktor British bersetuju menubuhkan PTM (i) PTM masih lagi melindungi kepentingan politik British. (ii) British bimbang orang Melayu menjadi ekstrem. (iii) British bimbang dengan corak perjuangan golongan Melayu radikal. iv) British bimbang PKM mcndapat sokongan daripada orang Melayu. v) Sikap sederhana UMNO dan raja raja Melayu vi) British ingin melaksanakan dasar dekolonisasi seperti disarankan oleh PBB.

Slide 24

Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 1 Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu. 2 Gabungan sebelas buah negeri. (9 negeri Melayu dan 2 Negeri-Negeri Selat). 3 Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai PTM 1948. 4 Beliau dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. 5 Syarat kerakyatan diperketatkan. 6 Perlindungan istimewa diberi kepada orang Melayu dan diletakkan di bawah kuasa PesuruhjayaTinggi British. 7 Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan.

Slide 25

Malayan Union 1946 akhirnya telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

URL:
More by this User
Most Viewed