Belajar Cara Belajar

+47

No comments posted yet

Comments

Slide 1

BELAJAR CARA BELAJAR Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Julai 2001

Slide 2

KANDUNGAN Pengenalan Objektif Modul Rasional Belajar Cara Belajar Apakah Belajar Cara Belajar ? Peranan Guru dan Murid Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran Maklumat Strategi Metakognitif Pengurusan Masa Persediaan Peperiksaan Contoh Rancangan Pelajaran

Slide 3

1. OBJEKTIF MODUL Menjelaskan konsep BCB. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran. Membantu guru mengaplikasi BCB dalam p & p Membantu guru melatih guru lain BCB Menyediakan contoh rancangan p & p

Slide 4

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Melatih murid memperoleh maklumat tambahan di luar waktu sekolah. Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk belajar seumur hidup. 2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Slide 5

Murid berupaya belajar sendiri tanpa guru. Murid menggunakan pengetahuan rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Murid menilai tahap pembelajaran sendiri. 3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Slide 6

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak 4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR

Slide 7

Kemahiran Belajar Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.   Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

Slide 8

Kemahiran Belajar Kemahiran Mendengar Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Kemahiran Mengambil Nota Kemahiran Mengingat

Slide 9

a.   Kemahiran Mendengar Apa yang didengar ..........pelbagai teks seperti: Arahan Lakonan Puisi Berita Ucapan Syarahan Lagu Taklimat Pengumuman Penerangan

Slide 10

Mengapa perlu didengar.... untuk mendapatkan: Maklumat Fakta Data Pengetahuan Penjelasan Penghayatan – muzik, puisi, bunyi

Slide 11

Siapa yang didengar …. Sesiapa sahaja yang ·  memberi maklumat ·  memberi penjelasan ·  membuat pertanyaan ·  memberi pendapat

Slide 12

b. Kemahiran Membaca Skimming Untuk maklumat ringkas dan pantas Baca tajuk, pendahuluan dan rumusan Scanning/ Imbasan Untuk maklumat lebih dalam daripada skimming Baca pendahuluan, rumusan dan bab Perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik, data

Slide 13

Bacaan Intensif Untuk Maklumat Terperinci strategi : SQ3R Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question –tajuk jadi soalan – jawab Read – baca perenggan untuk maklumat Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi

Slide 14

Baca Laju Boleh baca laju dan faham kandungan Tumpuan sepenuhnya masa membaca Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal graf/gambar rajah/peta minda Membuat catatan nota

Slide 15

Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca

Slide 16

Mencatat Nota Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Slide 17

Mengingat Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

Slide 18

Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar ·   Motivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu  ·  Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis · Memandang ke arah guru.

Slide 19

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Slide 20

KEMAHIRAN MAKLUMAT Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.

Slide 21

Definisi Maklumat Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang

Slide 22

Definisi Kemahiran Maklumat Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Slide 23

Kemahiran maklumat terdiri daripada: Kemahiran perpustakaan Kemahiran belajar Kemahiran penyelidikan Kemahiran komunikasi dan penyampaian

Slide 24

SUMBER MAKLUMAT Bahan bercetak Bahan audiovisual Sumber berasaskan komputer Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan. Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet. Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya. Sumber berasaskan manusia SUMBER MAKLUMAT

Slide 25

JENIS SUMBER/BAHAN Jurnal Laporan /Statistik Kertas Kerja Paten Standard/Piawaian Tesis/Disertasi Katalog Perdagangan Ensiklopedia Kamus Tesaurus Atlas/Peta Gazetiar Brosur/risalah Akhbar Majalah/Buletin Buku teks/rujukan 17. Buku Tahunan 18. Monograf 19. Buku log/diari 20. Kitab suci/Hadith 21. Almanak 22. Indeks 23. Abstrak 24. Bibliografi 25. Ulasan/Resensi 26. Direktori 27. Biografi 28. Buku Panduan /Manual 29. Pangkalan Data Dalam Talian 30. Internet 31. CD-ROM

Slide 26

MENGENAL PASTI MASALAH DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN Memahami tugasan Menggunakan pelbagai sumber rujukan Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat Membina soalan asas Menentukan maklumat yang diperlukan Mengenal pasti skop sumber Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah

Slide 27

MENILAI DAN MENGUMPULKAN MAKLUMAT Gunakan teknik imbasan dan luncuran Pilih bahan, baca, dengar dan tonton Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. Kumpulkan bukti., alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dan pandangan.

Slide 28

Kemahiran Menemu Ramah Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.

Slide 29

Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya). Buat janji temu dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat). Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan. PERSEDIAAN MENEMU RAMAH

Slide 30

              Tepati janji temu   Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih). Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat. Adakan hubungan mata dan mendengar dengan teliti. Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu. Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan. Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain). SEMASA MENEMU RAMAH

Slide 31

  Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya. KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Slide 32

KAEDAH MENGESAN MAKLUMAT DAN MERUJUK KEPADA BAHAN DI PSS menggunakan dengan kad katalog pembaca mikrofis   dengan komputer OPAC

Slide 33

MENGGUNAKAN LACI KAD KATALOG Ada tiga jenis laci kad katalog : ·        Laci kad pengarang ·        Laci kad perkara ·        Laci kad judul Anda boleh menggunakan satu daripada lacI tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara dan / atau judul.

Slide 34

  Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu: 000-099 Karya Am 100-199      Falsafah 200-299      Agama 300-399      Sains Kemasyarakatan 400-499      Bahasa 500-599 Sains Tulen 600-699 Teknologi 700-799 Kesenian dan Hiburan 800-899      Kesusasteraan 900-999     Geografi, Sejarah dan Biografi

Slide 35

Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu .

Slide 37

Terdapat dua jilid ensiklopedia: Jilid maklumat umum atau jilid makro Jilid maklumat terperinci jilid mikro Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN. KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA ENSIKLOPEDIA

Slide 38

  KEMAHIRAN MERUJUK KEPADA KAMUS Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut urutan abjad. Terdapat dua jenis kamus: kamus umum kamus khas atau kamus istilah.

Slide 39

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM KAMUS Pecahan makna bagi entri dan subentri (literal dan idiomatik) Jenis kata Maklumat etimologi Label penggunaan Rujuk silang Varian Ejaan Sebutan Istilah Peribahasa Contoh ayat

Slide 40

MENGESAN MAKLUMAT DARIPADA KAMUS 1. Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.   2. Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama. 3. Pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut.

Slide 41

4. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah dapat halaman, cari perkataannya. Fabulous   fabulous – wonderful a fabulous day It was a fabulous week. Everything went well entri frasa ayat Keterangan makna

Slide 42

Senarai enjin pencarian: Infoseek (http://www.go.com) Alta Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)

Slide 43

CONTOH ENJIN PENCARIAN

Slide 44

1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netschape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama. 2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan. 3. Taip kata carian (search word/search term) yang berkait dengan perkara , topik atau tugasan yang dicari. 4. Sebagai contoh jika anda ingin membuat tugasan tentang ‘keris’ taipkan keris jika enjin carian yang dipilh menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip ‘dagger’ sekiranya tiada CARA MENCARI MAKLUMAT DARIPADA INTERNET

Slide 45

pilihan Bahasa Melayu. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan. 4. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki. 5. Cuba kata carian yang lain sekiranya anda masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap. Selamat Mencuba!

Slide 48

STRATEGI METAKOGNISI An intellect is someone whose mind watches itself. - Albert Camus Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. (Costa, A.L.:1981)

Slide 49

Metakognisi ialah kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari . Pengertian Metakognisi

Slide 50

STRATEGI METAKOGNISI   I.    Merancang apa yang ingin dipelajari. Ii.   Memantau kemajuan pembelajaran diri. Iii   Menilai apa yang dipelajari. Pelajar mengawal pembelajarannya dengan:

Slide 51

KEMAHIRAN MERANCANG Meramal Menyediakan diri Membuat perancangan

Slide 52

KEMAHIRAN MEMANTAU Kemahiran ini memerlukan: Murid bertanya soalan seperti: Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Apakah soalan yang harus saya tanyakan?

Slide 53

KEMAHIRAN MENILAI Murid perlu membuat refleksi: Mengapa kemahiran, nilai dan pengetahuan dapat dikuasai ? Bagaimanakah sesuatu dapat dijalankan ? Dengan pengetahuan itu pelajaran baru dipelajari dengan strategi yang sesuai.

Slide 54

CARA MENGAJAR METAKOGNISI Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran. Metakognisi       perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.

Slide 55

STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN METAKOGNISI MERANCANG Sebelum aktiviti pembelajaran dimulakan, guru mengajarkan peraturan yang patut dipatuhi , strategi untuk menanangi masalah dan hala tuju yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk berkongsi kemajuan, proses pemikiran dan pandangan tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan itu dipatuhi .

Slide 56

KEPENTINGAN MENYOAL PADA SEMUA PERINGKAT METAKOGNISI    Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.

Slide 57

Bincang dengan murid tentang pemilihan mereka dari segi kesan baik dan buruk sebelum keputusan dibuat. Ini akan membantu pelajar mengikuti proses metakognisi . PEMILIHAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA

Slide 58

Guru harus memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka mengikut dua atau lebih kriteria penilaian sama ada - membantu atau menghalang; - yang disukai dan tidak disukai; atau - baik dan buruk sesuatu aktiviti. MENILAI DENGAN PELBAGAI KRITERIA

Slide 59

Bagaimanakah tindakan itu harus diberikan pengiktirafan? Apakah tindakan yang membanggakn diri anda? MENGAMBIL KREDIT Guru harus meminta pelajar mendapatkan maklum balas daripada rakan dengan mengajukan soalan seperti:

Slide 60

Pelajar harus menanyakan beberapa soalan: “Apakah informasi yang diperlukan?” “Apakah alatan yang diperlukan?” “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?” Soalan ini akan memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Justeru, keyakinan murid dapat dipertingkatkan. MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR

Slide 61

MENGGALAKKAN IDEA DARIPADA MURID Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan mengemukakan frasa-frasa tertentu atau memparafrasa pernyataan pelajar untuk menggalakkan mereka berfikir dengan lebih mendalam. Contohnya:                    GURU: Apa yang ingin anda nyatakan saya ialah … GURU: Saya rasa anda ingin memberitahu saya tentang …

Slide 62

MEMBERIKAN LABEL BAGI SESUATU TINDAKAN Guru boleh menyedarkan pelajar tentang tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan itu dengan memuji dan memberi kan pengiktirafan seperti: “Bagus, kamu sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …” “ Apa yang kamu semua buat adalah satu eksperimen yang baik.” “Kamu sangat memberi kerjasama dan bantuan kepada rakan dan itu adalah satu sifat yang baik.”  

Slide 63

Biasanya murid mengeluarkan perkataan seperti“tidak adil’, ‘tidak baik’, “sangat tegas.”   Guru perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan “tidak adil”, “tidak baik”, atau “sangat tegas” kepada murid. MENERANGKAN MAKSUD PERKATAAN

Slide 64

MAIN PERANAN DAN SIMULASI   Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi secara metakognitif tingkah laku dan sifat peranan tersebut.   Simulasi memberi mereka peluang untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.

Slide 65

Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian sepanjang pengalaman itu. Ini membantu murid: - Mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbolik / grafik.        - Melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru. - Mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan. - Mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan yang dialami. MENULIS JURNAL

Slide 66

·      Contoh teladan oleh guru dan menjadi ikutan oleh murid adalah proses sangat berkesan. ·      Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana guru merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah lakunya supaya murid dapat mencontohinya. MEMBERIKAN TELADAN

Slide 67

PENGURUSAN MASA Murid yang berjaya biasanya mempunyai: 1. Jadual waktu 2. Perancangan yang tersusun dan sistematik.

Slide 68

Apakah jadual waktu dan Perancangan ? Jadual Waktu Pembahagian masa hari ke hari yang terperinci dan merangkumi: 1. Sesi pembelajaran 2. Aktiviti-aktiviti lain. Perancangan Pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

Slide 69

Bagaimana menghasilkan jadual waktu persendirian? Tentukan masa untuk sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan. Tumpuan kepada topik sukar. Pembahagian sama rata hari ke hari. Pilih masa yang paling sesuai. Peruntukan masa untuk aktiviti-aktiviti lain.

Slide 70

Selain belajar, masa harus diperuntukkan untuk : Berehat. Membuat kerja rumah. Bersukan. Membantu ibu bapa Aktiviti yang diminati Kelas tambahan

Slide 71

Apakah kelebihan mempunyai jadual waktu? Mengurangkan pembaziran waktu. Fokus pada pelajaran. Teratur. Mengambil kira semua mata pelajaran. Keutamaan. Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja.

Slide 72

GAYA PEMBELAJARAN Mengapa perlu mengenal pasti gaya pembelajaran? Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Fokus terhadap apa yang diperlajari Memaksimumkan hasil pembelajaran.

Slide 73

Apakah Gaya Pembelajaran? Gaya pembelajaran VAK Gaya pembelajaran Dunn & Dunn

Slide 74

1. Gaya pembelaran VAK VISUAL AUDITORI KINESTETIK

Slide 75

2. Gaya Dunn & Dunn Berasaskan beberapa aspek : Alam Sekitar Emosi Sosiologi Fizikal Psikologi

Slide 76

Alam Sekitar Bunyi Cahaya Suhu Pola

Slide 77

Emosi Motivasi Ketabahan Tanggung jawab Struktur

Slide 78

Sosiologi Sendiri Pasangan Rakan Sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara

Slide 79

Fizikal Persepsi Makan Waktu Gerakan

Slide 80

Psikologi Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kanan Impulsive atau Refleksif

Slide 81

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN Peperiksaan memberikan pelbagai pengalaman RISAU SUKA DUKA KECEWA dan sebagainya….

Slide 82

SEBELUM PEPERIKSAAN Bersedia Latihan Tidur secukupnya Yakin Makan secukupnya Awal Tenang Jangan mengulang kaji pada saat-saat akhir

Slide 83

SEMASA PEPERIKSAAN Baca arahan dengan teliti Anggarkan masa Teruskan kepada soalan yang lebih mudah Jangan panik releks

Slide 84

GURU PERLU: Bantu murid tekun belajar. Tingkatkan minat murid terhadap kerja sekolah. Bantu murid memberi perhatian. Ajar murid teknik belajar yang betul

Slide 85

Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan : Empat Masa : 80 minit Tajuk : Berita / Laporan Sukan Bidang : Maklumat dan Interpersonal   Hasil pembelajaran:   7.1   Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2   Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks.

Slide 86

Aras 1 (i) Mendengar dan memahami pelbagai teks. (ii)   Mengenal pasti dan menyatakan gambaran umum dan idea utama dalam pelbagai bahan.   1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Aras 1 (v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila.   Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulis Sistem bahasa: Kosa kata

Slide 87

Kemahiran bahasa: Mendengar, membaca dan menulis Sistem bahasa: Kosa kata Ilmu: Sukan Peraturan Sosiobudaya: bekerjasama, bertolak ansur dan patriotisme Kemahiran bernilai tambah: - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi) - Kajian Masa Depan

Slide 88

Langkah pengajaran dan pembelajaran:   1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi)   2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)

Slide 89

   3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang didengar.  4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi)  5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru. 6.   Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut. (kemahiran mengenal isi penting)

Slide 90

    7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks kemahiran merujuk.  8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan.  9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog

Summary: Belajar Cara Belajar

Tags: cara belajar malaysia sq3r

URL:
More by this User
Most Viewed