Falsafah Barat

+5

No comments posted yet

Comments

Slide 2

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, falsafah diertikan sebagai satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan yunani yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Menurut  Kamus Dewan edisi keempat, Falsafah diertikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Slide 3

Perkataan "Falsafah" dalam konteks akademik Anglo-Amerika mungkin adalah sesuatu yang mengelirukan. Ia biasanya merujuk kepada tradisi falsafah daripada tamadun barat dengan mengetepikan tradisi falsafah daripada tempat lain. Masalah ini menjadi lebih rumit lagi apabila didapati tiada perkataan "falsafah" yang wujud dalam tamadun China, Korea, dan Jepun sehingga abab ke-19. Daripada itu, pernah juga sarjana barat yang menyangka bahawa falsafah itu tidak pernah wujud dalam tamadun ini.

Slide 4

Secara kasarnya, falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi,antara falsafah barat dan juga falsafah timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan asing bagi kebanyakan orang. Falsafah barat merupakan satu tradisi falsafah yang berlaku untuk kawasan Eropah, Amerika termasuk latin Amerika, dan juga di Timur Tengah.  Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini.  Falsafah timur pula merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan juga daripada timur jauh seperti China, Korea, dan Jepun.

Slide 6

Socrates (407-399 S.M) Socrates berasal daripada keluarga yang miskin. Socrates sejak kecil lagi bercita-cita untuk mengikuti jejak bapanya untuk menjadi seorang pengukir patung, namun akhirnya dia berubah fikiran daripada pembentuk patung kepada membentuk watak manusia. Socrates bergaul dengan semua lapisan masyarakat baik tua, muda, kaya mahupun miskin. Para ahli falsafah sebelum Socrates seperti Thales, Heraclius dan Zeno adalah ahli falsafah fizikal. Mereka menumpukan kepada berbagai-bagai persoalan tentang alam seperti langit, pokok, sungai dan lain-lain. Socrates pula berpendapat bahawa benda yang lebih berharga daripada pokok dan bintang, iaitu minda manusia. Persoalan yang ditimbulkan oleh Socrates menyentuh kehidupan manusia dan menanamkan konsep demokrasi dan peranan pemerintah dalam memelihara kebajikan rakyat.

Slide 7

Ajaran Socrates mendapat sambutan yang baik di kalangan muda-mudi Athens dan mereka mula mempersoalkan dasar-dasar kerajaan. Beliau berjaya mengajar muda-mudi berfikir secara kritikal tentang diri mereka dan idea mereka serta tidak menerima sebarang pandangan tanpa menyoal. Pada akhir hidup beliau, beliau hidup tanpa kompromi untuk falsafah dan dia dihukum mati atas alasan anti intelektual dan memperkenalkan ajaran agama baru dan merosakkan golongan belia.

Slide 8

Plato (427-347 S.M) Plato mengikuti ajaran Socrates yang menjadi pujaan sampai akhir hayat beliau. Beliau berjuang untuk menentang pihak yang berkuasa di dunia dan berusaha sepenuh jiwa dan raga untuk memperbaiki dunia. Plato berpendapat bahawa kota yang mengamalkan keadilan dapat dicapai hanya dengan pendidikan dan pengetahuan yang sewajarnya. Beliau menekankan tentang penubuhan satu sistem kerajaan yang akan membuka jalan ke arah kehidupan yang baik dari segi akhlak dan susila.

Slide 9

Menurut Plato dalam karya beliau, Republic, masyarakat yang ideal terdiri daripada lelaki dan perempuan yang menikmati kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan kepuasan. Menurut beliau, negara yang ideal ialah negara yang yang diperintah oleh ahli falsafah. Buku Republic yang dihasilkan oleh Plato disifatkan sebagai sebuah buku panduan akhlak kerana memandang ahli-ahli falsafah sebagai para pemimpin terbaik kerana mereka boleh mengurus pentadbiran negara dan politik berdasarkan prinsip-prinsip etika dan akhlak.

Slide 10

Plato membahagikan penduduk negara kepada tiga golongan seperti berikut:

Slide 11

Aristotle (384-322 S.M) Aristotle menimba ilmu beliau dengan Plato di Akademi selama 20 tahun. Aristotle juga pernah menjadi guru kepada Iskandar Zulkarnain. Sumbangan beliau adalah dalam bidang ilmu logik dan beliau dikenali sebagai "bapa logik". Logik bermaksud berfikir secara teratur, tepat atau berdasarkan hubungan sebab dan akibat. Aristotle merupakan orang pertama yang membentangkan cara berfikir yang teratur iaitu dalam suatu sistem. Beliau juga orang pertama yang memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran.

Slide 12

Dalam karya beliau, Politics, Aristotle menyarankan supaya manusia harus mengamalkan sifat kesederhanaan dalam kehidupan. Beliau berpendapat bahawa kehidupan yang baik ialah kehidupan bermasyarakat dan bersikap sederhana. Ini kerana manusia dari segi lahiriahnya merupakan haiwan bermasyarakat dan tidak suka melampaui batasan-batasan yang ditetapkan. Bagi Aristotle, kerajaan yang paling baik ialah "politi", yakni pemerintahan oleh ramai yang meliputi ciri-ciri terbaik pemerintahan monarki dan oligarki.

Slide 13

Zaman ini bermula dengan kematian Iskandar Zulkarnain dab berakhir dengan penubuhan kerajaan-kerajaan kecil di seluruh kawasan Yunani dan Macedonia dan kawasan-kawasan lain di luar Yunani yang muncul selepas Iskandar meninggal dunia. Pusat politik yang terkenal ialah Alexandria, Antioch dan Athens. Idea penting falsafah yang lahir pada zaman ini ialah pemisahan akhlak dan moraliti daripada politik. Falsafah pada masa ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu: Cynicism, Stoicism dan Epicureanism.

Slide 15

Bangsa Roim banyak bertindak daripada berfikir dalam usaha-usaha untuk menyusun dan membentuk satu sistem politik, undang-undang dan ketenteraan bagi membentuk satu sistem politik. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa falsafah politik orang Rom dikukuhkan melalui tindakan dan amalan. Dasar-dasar hukuman mereka menjadi masyhur dan amat berpengaruh di seluruh dunia.

Slide 16

Cicero (106-43 S.M) Cicero ialah ahli falsafah terkenal pada zaman ini dan melalui De Re Publica, beliau mendedahkan kepercayaannya kepada konsep hukum ilmiah seperti yang telah dikemukakan oleh kaum Stoic. Cicero menegaskan manusia ialah makhluk yang hidup di dunia ini dan tertakhluk kepada hukum ilmiah dan bukan 'haiwan berpolitik' seperti yang dibayangkan oleh Aristotle. Cicero juga membezakan antara negara dengan mesyarakat. Menurut beliau, negara lahir daripada hukum alamiah manakala masyarakat merupakan hasil daripada naluri semuala jadi manusia. Beliau menegaskan bahawa negara menjadi kepunyaan semua rakyat.

Slide 17

Cicero memuji sistem politik Rom dan berusha untuk mewujudkan suatu perlembagaan campuran bagi negaranya. Ia ialah penyelarasan dan kerjasama antara ketiga-tiga institusi kerajaan ketika itu, iaitu konsular, senator dan popular. Bahagian pertama mewakili pentadbiran dan pemerintahan, kedua pihak perundangan dan ketiga pihak perbahasan dan rakyat.

Slide 18

Zaman pertengahan bermula dengan serangan orang gasar dan zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Gelap. Dalam keadaan ini, lahir institusi agama yang menjadi penyelamat bagi tamadun Eropah Barat. Dalam keadaan ini, lahirnya ahli-ahli falsafah yang memberi pemikiran yang sesuai dengan kehendak zaman berkenaan. Hal ini amat nyata apabila Maharaja Contastine (Tahun 313 M) menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi bagi seluruh agama Rom. Pada zaman ini, institusi gereja muncul sebagai organisasi yang berkuasa untuk memelihara akhlak dan susila manusia di setiap negara.

Slide 19

St. Augustine (354-430 M) Augustine melalui bukunya City Of God menegaskan terdapat dua bentuk kota, iaitu kota Tuhan dan kota Iblis. Menurutnya, kota Tuhan dibina menurut perintah Tuhan, manakala kota Iblis merupakan maksiat kerana wujud tanpa keredaan Tuhan. Mengikut Teori Negara yang dikemukakan oleh Augustine, negara diwujudkan oleh individu sebagai hukuman bagi dosa asal manusia. Dengan demikian negara sebagai institusi politik yang tidak lahir secara bersendirian.

Slide 20

Secara keseluruhannya pada Zaman Pertengahan ini, seluruh masyarakat tertakhluk kepada gereja. Idea ini menganggap gereja sebagai sebuah badan yang teratur dan sebagai pengutus Tuhan di dunia ini. Gereja berhak mengawasi dan menguasai masyarakat dan semua manusia hendaklah menerima kekuasaan atau keagungan undang-undang dalam masyarakat masihi.

Slide 21

Zaman ini menyaksikan perubahan-perubahan dalam politik dan ekonomi. Eropah Barat meninggalkan zaman feudal dan sedang bergerak ke ekonomi Kapitalis. Justeru itu perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman ini memerlukan tafsiran baru tentang kemajuan. Dalam keadaan ini, muncul seorang ahli falsafah terkenal, Thomas Aquinas melalui karyanya Summa Theological.

Slide 22

Thomas Aguinas (1225-74 M) Teological ialah raja kepada sains di Zaman Pertengahan. Ia merupakan sains yang menerangkan tentang agama dan menunjukkan manusia ke jalan keselamatan. Perkembangan falsafah ini berkaitan dengan peranan pengajaran di universiti yang digelar scholastic theologicians. Dalam menyelesaikan konflik antara kuasa akal dengan wahyu, Aguinas berpendapat falsafah dan teologi perlu diasingkan. Perkara-perkara yang ditekankan oleh Aquinas ialah kuasa akal. Beliau menambah, tidak harus ada konflik antara kedua-duanya kerana kebenaran datang dari Tuhan.

Slide 23

Marsilio Padua Marsilio ialah seorang ahli falsafah yang terkenal di Zaman Kemuncak Pertengahan. Beliau terlibat dalam pertikaian antara gereja dan pemerintah. Pandangan beliau tentang persaingan dan pemisahan antara gereja dan pemerintahan sivil dikemukakan dalam buku Defensor Pacis. Beliau mengajurkan supaya hak penggubal undang-undang dan hak pemerintah diberikan kepada pihak berkuasa sivil atau kerajaan pusat. Pihak gereja tidak seharusnya melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran negara. Idea-idea yang dikemukakan oleh beliau mencetuskan kemarahan pihak gereja.

Slide 24

Kemuculan gerakan Renaisans dengan gagasan-gagasan seperti humanisme, individualisme dan pemikiran kritikal telah menyebabkan berlaku perubahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perubahan dalam bidang sosial amat ketara. Perkembangan ilmu pengetahuan yang mana skema pembelajarannya tidak hanya terbatas kepada aspek-aspek agama dan teologi, sebaliknya menyentuh tentang politik, ekonomi dan sosial.

Slide 25

Bandar-bandar di Itali mula menjadi pusat pembelajaran baru, lebih-lebih lagi dengan kejatuhan Constantinople pada tahun 1453 M. Penemuan mesin cetak oleh Johanes Gutenberg pada tahun 1450M telah membantu penerbitan dan pengedaran buku secara meluas di Eropah. Penduduk Itali mengalu-alukan kedatangan para pengkaji Yunani yang lari bersama manuskrip dan hasil pembelajaran mereka dari Turki. Di Rom, perpuskataan Vatican ditemui oleh Pope Nicholas V (1447-1545M). Renaisans pada masa ini telah disokong oleh orang kaya dan keluarga Medici yang berpengaruh. Ramai penulis telah lahir pada zaman ini seperti Niccolo Machliavelli, Erasmus, Thomas More dan lain-lain. Penulisan mereka meliputi bidang yang lebih luas. Tom Pires seorang penulis yang terkenal pada zaman ini telah menulis Suma Oriental dan karya ini menghalkan kekayaan di Timur.

Slide 27

Revolusi Sains dan kemunculan Gerakan Enlightenment atau Zaman Penyerlahan melahirkan pemikiran-pemikiran baru yang mengemukakan kaedah-kaedah baru bagi pemerintahan negara. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli falsafah, politik, ekonomi, sains dan sosial. Di antara golongan ahli falsafah, empat orang yang penting dalam falsafah politik ialah Voltaire, Montesquieu, Jean-Jacques Rousseau, dan John Locke.

Summary: Enjoy Learning MY PRESENTATION

URL:
More by this User
Most Viewed