KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH (KBAR).

+40

No comments posted yet

Comments

Slide 1

PROF.DR. RAJENDRAN A/L NAGAPPAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Slide 2

PENGENALAN Pemikiran Aras Tinggi (KBAT/HOT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia (1987) – dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan ‘literasi tinggi’ (highliteracy).

Slide 3

Pemikiran Aras Rendah pula ialah penggunaan pemikiran secara terhad, di mana pelajar hanya disogokkan dengan jawapan-jawapan yang menyebabkan pelajar malas untuk berfikir. (Som & Mohd Dahlan) Pelajar akan hanya mengingat bahan-bahan yang telah dipelajari daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada perbuatan mengingat semula teori yang lengkap. Definisi kepada KBAR dan KBAT adalah berkembang dari semasa ke semasa (Rajendran, 1998)

Slide 4

MODEL/KERANGKA YANG BERBEZA 1 ONOSKO AND NEWMANN,1994 & RAJENDRAN, 1998 KBAR 1) Penggunaan pemikiran secara terhad 2) Bersifat rutin dan mekanistik 3) Mengingat kembali maklumat yang terancang. 4) Menggambarkan, membandingkan, merumuskan, menghubungkait, penyelesaian.

Slide 5

KBAT 1) Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran 2) Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat 3) Bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan pendapat. 4) Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi. 5) Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea, memberikan pendapat, dan membuat pemilihan, dan keputusan

Slide 6

MODEL TAKSONOMI BLOOM (1956) Penggunaan soalan mempunyai kaitan secara langsung dengan KBAR dan KBAT. Bertepatan dengan pendapat Postman (1979:140) “all our knowledge results from questions, which is another way of saying that question-asking is our most important intellestual tool”. Corak penyoalan menggunakan soalan aras rendah adalah merbahaya kepada penjaan pemikiran aras tinggi kerana KBAT hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras tinggi (Bloom, 1956, 1994., Kissock dan Iyortsuun, 1982). Taksonomi Bloom telah mengkategorikan kemahiran berfikir mengikut aras tertentu yang dikenali sebagai ‘level of thought processes’. 2

Slide 7

Mereka berpendapat bahawa domain kognitif boleh dikategorikan kepada 6 kelas, iaitu aras pengetahuan yang bermula di peringkat rendah hingga kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu penilaian. penilaian sintesis Analisis Aplikasi Pemahaman Pengetahuan Rajah: Aras Domain Kognitif Sumber: Pedagogi Pendidikan

Slide 8

KBAR PENGETAHUAN Mengingat kembali maklumat yang diterima 2) PEMAHAMAN Memahami setiap maklumat yang diterima KBAT 3) APLIKASI Penggunaan maklumat di dalam situasi yang relevan 4) ANALISIS Memecahkan maklumat kepada beberapa bahagian kecil supaya boleh memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. 5) SINTESIS Maklumat dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza daripada keadaan yang asal. 6) PENILAIAN Menilai kembali apa yang telah dilaksanakan

Slide 9

1 KBAT 1) Interpretasi, analisis, dan manipulasikan maklumat. JENIS / KETEGORI PEMIKIRAN 2) Berfikir maklumat, idea, pandangan secara kritis 3) Membuat kesimpulan, inferens, atau generalisasi 4) Hasilkan pandangan, idea, pemikiran, atau cadangan asli 5) Membuat ramalan 6) Cadangan penyelesaian 7) Mencipta, dan menilai idea 8) Menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan 9) Kemahiran Penaakulan

Slide 10

KBAT Tiga jenis KBAT yang penting: a) Menjana – menjanakan alternatif, dan kombinasi idea b) Menjelaskan idea – menjelaskan idea dan menganalisis alasan c) Menilai kemusabahan idea – Menilai maklumat asas, menilai inferensi (kegunaan bukti), dan menilai inferensi ( deduksi)

Slide 11

2 KBAR 1)Mengingat bahan-bahan yang dipelajari dan maklumat yang diterima 2) Memproses data dan idea. 3) Membanding beza 4) merumus 5) Kontra 6) Menghubung kait 7) Memperlengkapkan dengan jawapan

Slide 12

CARA PENGAJARAN Pendekatakan mengajar KBAT ialah 1) Mengajar KBAT – dalam konteks secara langsung di luar kurikulum. 2) Mengajar berfikir – menggunakan kaedah yang menggalakkan berfikir dalam konteks kurikulum 3) Penyebatian – menyusun semula pengajaran untuk mengajar KBAT secara eksplisit

Slide 13

Strategi yang boleh digunakan dalam penggunaan KBAT ialah seperti: 1) Soalan terbuka 2) Teknik Penyoalan 3) Perbincangan 4) Metakognisi 5) Pengurusan Grafik 6) Kaedah Penyelesaian masalah

Slide 14

CONTOH MODEL GEORGE POLYA (1957) Telah membina model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai Model Polya. 2) Penekanan Model Polya KBAT ialah melalui 3 kategori a) Pemikiran Kritis b) Penyelesaian Masalah c) Pemikiran Kreatif Pemikiran Kritis Adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meniliti kebernasan kesahan atau kelemahan sesuatu hujah

Slide 15

ii) Pertimbangan yang wajar dibuat dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. iii) Kesan - pelajar akan lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknologi yang berlaku secara mendadak. Penyelesaian masalah i) Ada dua penyelesaian masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah non-rutin. ii)Proses penyelesaian masalah tidak dapat dihafal, dan memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan stategi dan kaedah yang sesuai. iii)Kesan – pelajar mempelajari secara eksplisit strategi berkenaan dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah secara berkesan

Slide 16

Pemikiran Kreatif: Edward de Bono – ‘At the simplest level ‘creative’ means bringing into being something that was not there before’ Rollo May – ‘creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world’. Secara umum – kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, dan gagasan. Rumusan daripada model Polya: Pelajar akan berfikir tentang sesuatu situasi yang seterusnyaberkembang menjadi idea matematik.

Slide 17

Pendekatan mengajar KBAR ialah : 1) Memberi tindak balas terhadap fakta di mana maklumat-maklumat penting telah diberi. 2) Menulis semula maklumat khusus yang diketengahkan dalam perkataan sendiri atau menukar bentuk penulisan jenis yang lain tanpa menghilangkan fakta yang asal (Barret, 1967) 3) Memproses data

Slide 18

Kaedah yang digunakan di dalam KBAR: 1) Kajian Teks dan gambar 2) Soalan Tertutup CONTOH 1) Mendefinisi 2) Mengingat 3) Mengulang 4) Menyenaraikan 5) Mengenal pasti 6) Mendeskripsi 7) Memberi contoh 8) Membanding 9) Menghubung kait

Slide 19

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN PERALATAN ZAMAN PALEOLITIK Alatan batu yang direpeh pada zaman tersebut digunakan untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri.

Slide 20

PERALATAN ZAMAN NEOLITIK Beliung dan lukisan dinding menunjukkan adanya perkembangan dalam kehidupan mereka

Slide 21

PERALATAN ZAMAN LOGAM Tembikar berkaki

Slide 22

CONTOH CARA PENGAJARAN PALEOLITIK

Slide 23

MESOLITIK

Slide 24

LOGAM

Slide 25

CARA PENILAIAN KBAR 1) Mendefinisikan ketiga-tiga zaman 2) Menggambarkan gambar yang dilihat 3) Membandingkan ketiga-tiga zaman dari setiap sudut. 4) Memberikan contoh setiap lokasi zaman berkenaan. 5) Menghubungkait antara satu maklumat dengan maklumat yang lain. 6) Membuat kronologi KBAT Menggunakan gambar untuk memanipulasikan maklumat. Menganalisis kehidupan masyarakat. Membuat imaginasi dalam peristiwa sejarah yang dikaji. Membuat rasionalisasi. Mengenalpasti setiap maklumat adalah relevan Kenal pasti isu-isu yang dibangkitkan

Slide 26

KESIMPULAN Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai mampu melahirkan pelajar berfikiran KBAT. Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik darjah secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif. Penggunaan dan pemilihan metadologi P&P yang sesuai boleh menimbulkan minat serta membangkitkan motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka.

Slide 27

BIBLIOGRAFI Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (2003). Belajar Berfikir. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kamarudin Hj.Husin & Siti Hajar Hj. Abdul. Aziz. (2004). Pedagogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise Nelson, K. (2001). Teaching In The Cyberage. Linking the Internet and Brain Theory. Sky Light Training and Publishing. N. S. Rajendran. (2008). Teaching & Acquiring Hinger Order Thinking Skills Teory & Practise. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhammad. (2002). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Robertson, S. I. (1999). Types of thinking. London: 11 New Fetter Lane.

Tags: kemahiran berfikir aras tinggi rendah

URL:
More by this User
Most Viewed