|
|
Bab 3 Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat Disediakan oleh : http://sejarah101.blogspot.com
3.1 Penyusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis 1. Komunisme diasaskan di Jerman oleh Karl Marx pada pertengahan abad ke-19. 2. Ciri-ciri fahaman komunisme (i) Menentang golongan pemerintah tradisional, feudal, dan imperialis. (ii) Memperjuangkan masyarakat tanpa kelas. (iii) memiliknegarakan tanah dan perindustrian. 3. Rusia dan China adalah negara terawal mengamalkan komunisme dalam pemerintahan. 4 Pada Julai 1919, Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Comintern) telah mengarahkan parti-parti komunis di Eropah menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia. 5 Penyebaran komunisme di Tanah Melayu adalah melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang
Cara Penyusupan 1. Cara penyebaran komunisme dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu melalui (i) Persatuan-persatuan. (ii) Kesatuan sekerja. (iii) Kelas-kelas malam. (iv) Bahan terbitan.(buku dan sebagainya) 2. Komunisme disebarkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) kepada orang Melayu pada tahun 1924 hingga 1930 tetapi gagal. 3. Sebab kegagalan PKI ialah kerana komunisme bertentangan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu seperti (i) Komunis tidak percayakan kewujudan Tuhan. (ii) Menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat
4 Cara penyebaran Komunis di Tanah Melayu
Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) 1. Ditubuhkan pada tahun 1930. 2. Tujuan penubuhan PKM ialah menubuhkan kerajaan Republik Komunis Malaya. 3. PKM kemudiannya menjadi semakin berpengaruh menjelang tahun 1935. 4. Antara aktiviti PKM (i) Melatih kader. (anggota baru) (ii) Menyusup ke dalam kesatuan sekerja. (iii) Menggalakkan tunjuk perasaan. (iv) Melancarkan mogok. (v) Melakukan sabotaj. 5. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga. 6. PKM juga bekerjasama dengan British untuk mengusir Jepun dari Tanah Melayu. 7. Antara kerjasama yang diberikan oleh British ialah (i) Latihan peperangan gerila di Sekolah Latihan Khas 101 (ii) Bantuan senjata melalui Force 136.
Tujuan penubuhan PKM ialah mahu menubuhkan kerajaan Republik Komunis Malaya Kami sanggup mengangkat senjata untuk mencapai matlamat kami!
Keganasan Komunis 1. Pada tahun 1948. Persidangan Pemuda Komunis Asia telah bermesyuarat di Calcutta, India memutuskan untuk melancarkan pemberontakan bersenjata di Asia Tenggara. 2. Kesan daripada persidangan tersebut di Tanah Melayu (i) Malayan Races Liberation Army (MRLA) telah ditubuhkan oleh PKM sebagai unit Gerila. (ii) PKM melancarkan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah. (iii) PKM membunuh mereka yang bekerjasama dengan pihak British. (iv) PKM menyerang balai polis, membakar bas, merosakkan landasan kereta api, dan membakar kilang.
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis Terdapat 7 langkah…
1. Pengisytiharan Darurat 1. Pengisytiharan Darurat telah dibuat pada Jun 1948 selepas berlaku peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. 2. Undang-undang Darurat 1948 memberi kuasa kepada pasukan keselamatan menahan sesiapa sahaja yang disyaki, menggeledah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru, dan memagar kampung
2. Pengharaman PKM dan Parti Berhaluan Kiri 1. Pada 23 Julai 1948, PKM diharamkan oleh British. 2. Parti Melayu berhaluan kiri seperti AWAS, PETA, PERAM, PKMM, dan Hizbul Muslimin juga diharamkan.
3. Memperbesar Pasukan Keselamatan l. Kerajaan telah memperbesar pasukan tentera dan polis. 2. Pasukan polis ditambah sehingga 70 000 orang. 3. Membawa masuk pasukan tentera Komanwel seperti Australia, Afrika Timur, New Zealand dan Fiji. 4. Menubuhkan pasukan Home Guard untuk menjaga keselamatan di kampung. 5 Mewujudkan pasukan Mata-mata Khas Melayu (Special Constables) dengan keanggotaan sehingga 4000 orang. Tugas Special Constables ialah mengawal ladang dan lombong terpencil.
Tugas saya ialah mengawal ladang dan lombong terpencil. Cuba teka jawatan saya?
4. Rancangan Briggs 1. Diketuai oleh Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs. 2. Bertujuan untuk menempatkan semula penduduk pinggir hutan ke "kampung baru" yang melibatkan 400 kampung baru dan 400 000 penduduk Cina. 3 Rancangan Briggs bertujuan untuk menyekat maklumat, bekalan makanan. wang, dan ubat-ubatan jatuh ke tangan pengganas komunis. 4. Untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen. 5. Lebih 40000 orang Cina dipindahkan ke 400 kampung baru yang dipagari dan dikawal oleh Home Guard 6. Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga mendapat bekalan makanan yang secukupnya. 7. Kerajaan melaksanakan program "Gerakan Kelaparan". 8. Briggs juga menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) untuk membantu setinggan Cina yang tinggal di kampung baru. 9. Sekatan jalan raya diadakan untuk mencegah bekalan makanan, ubatan dan maklumat sampai ke tangan komunis. 10. Kad Pengenalan diberi kepada setiap penduduk berumur 12 tahun untuk membezakannya dengan komunis. 11. Rancangan Briggs menyebabkan sokongan rakyat kepada komunis merosot. PKM membuat keputusan untuk mengurangkan kekejaman terhadap orang awam dan berundur ke selatan Thailand.
Bilakah Kad Catuan Makanan diperkenalkan ketika darurat?
07.10.1951 Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah dibunuh oleh Komunis
5. Perang Saraf 1. British melancarkan kempen untuk "memenangi hati dan fikiran rakyat" supaya menyokong kerajaan dan anti komunis. 2. Aktivitinya melancarkan kempen "Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis" 3. Risalah diedar untuk menimbulkan rasa benci kepada komunis. 4. Sir Gerald Templer memperkenalkan konsep "kawasan putih" dan "kawasan hitam", serta perintah berkurung. 5. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk mendapat sokongan orang Cina. 6. Catuan makanan diteruskan. 7. Menawarkan hadiah kepada penduduk yang berjaya menangkap ahli komunis. 8. Menggelar anggota komunis sebagai "pengganas". 9. Pemimpin Melayu seperti Sultan memberi nasihat supaya membenci komunis
Kawasan Hitam & Kawasan Putih
Hadiah utk mereka yang dapat memburu Komunis
6. Pengampunan Beramai-ramai Kerajaan menawarkan Pengampunan Beramai-ramai untuk menggalakkan anggota PKM menyerah diri secara beramai-ramai. Pengumuman tawaran menyerah diri dibuat melalui risalah, poster, pas pengampunan, siaran Radio Malaya, wayang gambar, dan iklan.
Risalah tawaran pengampunan
Komunis semua… menyerah kalah sekarang kerana kamu akan diberi pengampunan
7. Pertemuan Baling 1. Diadakan pada tahun 1955. 2. Pertemuan antara wakil kerajaan Tanah Melayu dengan wakil PKM. 3. Kerajaan sedia menawarkan pengampunan sekiranya PKM setuju meletakkan senjata dan menyerah diri. 4. PKM hanya bersetuju sekiranya PKM diiktiraf sebagai sebuah parti yang sah. 5. Rundingan ini gagal kerana permintaan PKM tidak diterima oleh Tunku Abdul Rahman. Tunku menyedari fahaman komunis tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum seperti di negara kita.
RUNDINGAN BALING 1955 PKM akan menyerah diri jika PKM diiktiraf sebagai sebuah parti yang sah… Saya tidak setuju…..fahaman komunis tidak sesuai dalam masyarakat berbilang kaum seperti di negara kita
Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
3.3 Kesan Darurat
Kesan Politik 1. Parti-parti politik berhaluan kiri seperti AWAS, PETA, PKMM, PERAM, dan Hizbul Muslimin diharamkan walaupun tidak berfahaman komunis. 2. Syarat kerakyatan dilonggarkan untuk menarik minat masyarakat Cina supaya tidak terpengaruh dengan komunis. 3. Darurat menjadi faktor yang mempercepatkan British memberi taraf berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan. 4. British terpaksa menyegerakan kemerdekaan Tanah Melayu untuk menafikan perjuangan komunis yang mendakwa untuk memperjuangkan kemerdekaan. 5. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam pertubuhan politik berhaluan kanan.
Kesan Ekonomi 1. Ekonomi Tanah Melayu terjejas teruk kerana kerosakan sistem perhubungan dan sumber ekonomi. 2. Perbelanjaan sebanyak $250 000 - $300 000 sehari selama 12 tahun darurat diisytiharkan terpaksa ditanggung oleh kerajaan British. 3. Kerajaan British juga membelanjakan sebanyak $721.9 juta untuk membeli peralatan ketenteraan. 4. Bilangan Polis dan Home Guard diperbesarkan. 5 Pembangunan ekonomi tidak diberi perhatian kerana keselamatan negara lebih diutamakan. Kawasan luar bandar kurang dibangunkan.
Kesan Sosial 1. Banyak jiwa terkorban sama ada pasukan keselamatan atau orang awam. 2. Kehidupan rakyat terkongkong dengan Undang-undang Darurat seperti perintah berkurung. 3. Rakyat hidup dalam ketakutan kerana ancaman pengganas komunis. 4. Kesukaran hidup kerana catuan makanan. 5. Hubungan kaum menjadi renggang kerana orang Cina dikaitkan dengan pro-komunis dan orang, Melayu sebagai pro-kerajaan. 6. Usaha ke arah kerjasama antara kaum dijalankan dengan pembentukan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum pada tahun 1949. 7. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu diadakan dengan penggunaan bahasa pengantar yang sama.
LATIHAN 1. Mengapa ideologi Komunis tidak popular dikalangan orang Melayu? …………………………………………… 2. Apakah yang di maksudkan dengan darurat? ………………………………………….. 3. Apakah Min Yuen? …………………………………………….. 4. Senaraikan 3 cara yang digunakan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat ………………………………………………….. 5. Mengapakan Rundingan Baling 1955 gagal? ……………………………………………………………
| URL: |
No comments posted yet
Comments