Presentation kerjaya 1 terbaru

+23

No comments posted yet

Comments

Slide 1

INVENTORI/UJIAN PSIKOMETRIK KERJAYA PENSYARAH: DR. NORAINI PANEL PEMBENTANG: Fathiah Bt mohd Yusof Rokiah Bt Ahmad Mohd Rozali Abdullah

Slide 2

Definisi ujian psikologi adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia dan menerangkannya dengan bantuan skala numerikal atau sistem kategori. . Cronbach (1979 dlm Sidek Mohd Noah 2005),

Slide 3

Sambungan.. Brown (1983) telah mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur sistematik untuk mengukur sesuatu sampel tingkah laku. Menurut Anastasi pula (1988, 1983), ujian psikologi sebenarnya adalah pengukuran sampel tingkah laku yang objektif dan piawai.

Slide 4

KEPENTINGAN UJIAN/ ALAT UKURAN Untuk mendapat maklumat sebelum sesi kauseling dijalankan. untuk memberi maklumat / menimbulkan minat dan motivasi individu terhadap sesuatu bidang pekerjaan atau akademik yang menjadi matlamat hidup mereka Sebagai alat motivasi Dr Sidek Mohd Noah, (Kajian Psikometrik dalam Pengurusan Sumber Manusia) Seminar Psikologi ke-11

Slide 5

Kelebihan Ujian Psikologi Ujian menggunakan prosedur yang piawai, oleh itu ia kurang dipengaruhi oleh bias dan faktor – faktor lain yang tidak sesuai. Terdapat kaedah untuk menentukan keberkesanan ujian itu dalam mengukur sesuatu ciri atau ciri – ciri yang hendak diukur. Ujian psikologikal dibuktikan lebih sah dan berguna berbanding dengan kaedah – kaedah penilaian lain dalam berbagai – bagai situasi dan keadaan.

Slide 6

APA YANG DI UKUR? mengukur ciri – ciri individu kecerdasan, kebimbangan, ektroversi dan kebolehan matematik. Kesemua ini secara relatifnya adalah perkataan – perkataan yang berkaitan dengan kualiti intrinsik individu, mempunyai makna yang luas, yang merumuskan pelbagai tingkah laku dan gerak balas yang dilakukan individu dalam pelbagai situasi. Antara pendekatan yang sangat biasa digunakan untuk mengukur ciri – ciri individu ialah teori Tret dan Faktor dan teori Tipologi.

Slide 7

Teori Tret dan Faktor Tret boleh didefinisikan sebagai sekumpulan tingkah laku yang saling berhubungan lebih berguna dalam menerangkan ciri – ciri kognitif daripada ciri – ciri personaliti Sebagai rumusan tret adalah kategori – kategori untuk memerihalkan secara teratur dan tersusun tingkah laku individu.

Slide 8

Teori Tipologi Tipologi mengandaikan individu akan terkelompok ke dalam kelas yang bebas. Andaian asas berkaitan dengan tipologi ialah manusia akan terkelompok ke dalam satu kelompok yang jelas, berbeza secara kualitatif dan bebas

Slide 9

MENGAPA MENGGUNAKAN UJIAN PSIKOLOGI ? Menurut Zunker (1981), ujian boleh digunakan oleh kaunselor sebagai alat untuk mendapatkan data – data yang jelas mengenai diri klien. Antara aspek yang boleh diukur ialah minat, nilai, personaliti, dan pencapaian individu.

Slide 10

Menurut Bremmer dan Shostrom (1982), ujian dapat membantu kaunselor mengkaji dan mendiagnosis ciri – ciri serta masalah – masalah personaliti dengan tujuan untuk memberi klien maklumat – maklumat penting tentang dirinya.

Slide 11

maklum balas daripada ujian psikologi dapat memberikan maklumat yang tepat dan konsisten mengenai kebolehan, sikap, minat, dan ciri – ciri personel setiap individu bertujuan untuk membantu mereka mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai diri masing – masing. Shertzer dan Stone (1982)

Slide 12

Tujuan… Menurut Goldman (dlm Sidek Mohd Noah 2005), tujuan – tujuan menggunakan ujian psikologi dalam kaunseling boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama termasuklah menggunakan ujian untuk mendapatkan maklumat sebelum sesi kauseling dijalankan. kumpulan kedua meliputi penggunaan ujian psikologikal untuk tujuan seperti menimbulkan minat dan motivasi individu terhadap sesuatu bidang pekerjaan atau akademik yang menjadi matlamat hidup mereka.

Slide 13

Secara Umumnya… Kegunaan Ujian adalah untuk Tujuan Deskriptif memberi maklumat dan keterangan yang lengkap mengenai diri individu. Dalam hal ini ujian psikologi digunakan untuk mengenal pasti dan mengesan kekuatan dan kelemahan diri atau potensi diri individu. Tujuan membuat Keputusan meliputi beberapa aspek kehidupan meliputi ujian psikologikal digunakan untuk tujuan membuat pemilihan, penempatan, penilaian, pangkatan, diagnosis, serta menentukan tahap kemahiran seseorang individu.

Slide 14

Ujian Psikologi Untuk Mengenalpasti Potensi Individu Pemilihan bidang kerjaya dan pendidikan semakin rumit disebabkan terdapatnya berbagai – bagai kebolehan manusia kemajuan yang semakin pesat yang dialami oleh negara telah menyebabkan bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan berkembang dengan pesatnya.

Slide 15

Inventori Kerjaya Sharp dan Marya (dlm. Amir Awang 1983) menyatakan bahawa masalah pemilihan kerjaya merupakan kategori masalah yang paling besar yang sering dikemukakan oleh para remaja. Amir Awang (1983) telah  

Slide 16

Pemilihan Kerjaya tiga sebab utama mengapa berlakunya kesukaran membuat pemilihan kerjaya dikalangan remaja atau pelajar: 1. Masalah tidak boleh membuat keputusan kerana mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa – apa sahaja kerjaya.

Slide 17

2. Kegagalan semasa membuat pilihan iaitu seseorang tidak dapat mengagak dengan baik akan minatnya, kebolehannya dan personalitinya dan kerana itu pilihan kerjaya yang dibuat kerap kali tidak setimpal dengan sifat – sifat peribadinya. 3. Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang akhirnya menimbulkan masalah identiti.

Slide 18

JENIS- JENIS UJIAN PSIKOLOGI dua kategori utama ujian psikologi ujian pencapaian maksima bertujuan untuk mendapatkan kemungkinan pencapaian yang terbaik yang boleh diperolehi oleh seseorang individu. Contohnya ialah ujian pencapaian, ujian kebolehan dan ujian bakat. ujian pencapaian tipikal mementingkan kepada pencapaian tipikal seperti ujian minat, ujian nilai dan ujian sikap.

Slide 19

Ujian Minat Ujian minat adalah merupakan satu alat pengukuran untuk menentukan minat individu mengenai sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran kerja (Nowak 1986). Contoh ujian minat ialah Inventori Minat Kerjaya Sidek (IMKS), Self-Directed Search (SDS),Vocational Preference Inventory(VPI), Minnesota Vocational Interest Inventory(MVII), Strong-Campbell Interest Inventory (SCII), dan Kuder Preference Records- Vocational(KPRV).

Slide 20

Ujian Personaliti Alat untuk menentukan sejauhmana seseorang itu mempunyai tret-tret atau lain-lain ciri dengan mengukur gerakbalas yang diberi bersama dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai tret-tret atau ciri-ciri berkenaan (Shertzer & Linden 1979). Contoh ujian personaliti ialah Inventori Personaliti Sidek (IPS), Inventori Personaliti Warna (IPW), Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI), California Psychological Inventory (CPI), Sixteen Personality Factors Questionnaire (16PF), dan Tennesse Self-Concept Scale (TSCS).

Slide 21

Ujian Nilai Pekerjaan Ujian nilai pekerjaan merupakan satu alat yang digunakan untuk mengukur berbagai nilai pekerjaan secara positif, negatif atau neutral berdasarkan keutamaan masing-masing (Nowak 1986). Contoh ujian nilai ialah Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS), Super’s Work Values Inventory (WVI), Minnesota Importance Questionnaire (MIQ), dan Hammond’s Occupational Attitude Rating Scales (OARS).

Slide 22

Ujian Pencapaian Ujian pencapaian merupakan alat ukuran yang khas digunakan untuk mengukur pencapaian individu dalam mata pelajaran tertentu (Nowak 1986) Umumnya terdapat dua jenis ujian pencapaian iaitu ujian pencapaian bilik darjah dan ujian pencapaian piawai. Contoh ujian pencapaian adalah ujian pencapaian Matematik, Kimia, dsb.

Slide 23

UJIAN YANG BIASA DIGUNAKAN OLEH KAUNSELOR

Slide 24

Inventori Minat Kerjaya Sidek (Sidek Mohd Noah 1991), Secara khusus ujian minat kerjaya boleh digunakan untuk mengenalpasti potensi individu daripada sudut minat. Self – Directed Search (SDS) dan Vocational Preference Inventory (VPI) adalah antara beberapa contoh ujian minat kerjaya dapat mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) atau Conventional (C).

Slide 25

Ujian nilai pekerjaan digunakan untuk menerangkan nilai individu yang berkaitan dengan pekerjaan. direkcipta untuk melihat nilai individu yang berkaitan Kejayaan, Agama, Altruisme, Pembantu, sokongan, Data, Kepelbagaian, Manusia, Keselamatan, Kebudayaan, Pemimpin, Kreatif, Keuntungan, Autonomi, Kelapangan, Aktiviti, Pengiktirafan, Organisasi, Benda, Intelektual dan Promosi. Inventori Nilai Pekerjaan (Sidek Mohd Noah 1991)

Slide 26

Ujian Personaliti digunakan untuk melihat tret-tret personaliti yang wujud dalam diri individu. Inventori Personaliti Sidek (Sidek Mohd Noah 1991) contohnya boleh digunakan untuk melihat personaliti individu yang berkaitan dengan tret Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik-diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian.

Slide 27

Ujian pencapaian dilakukan di sekolah oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran itu sendiri menyediakan soalan-soalan ujian. Contoh PMR, SPM

Slide 28

Pengujian Kerjaya Untuk Silang Budaya U.S Employment Service [USES] Pengujian Untuk Budaya Yang Berbeza BOLT Basic Occupational Literacy Test GATB General Aptitude Test Battery – NATB SATB Spesific Aptitude Test Battery Nota Kuliah Dr. Noraini

Slide 29

Pengujian Kerjaya – Tahap Kebolehan Kognitif General Aptitude Test Battery (GATB) KBIT: Kaufman Brief Intelligence Test Multidimensional Aptitude Test Battery-II (MAB-II) Slosson Intelligence Test-Revised (SIT-R) Stanford-Binet Intelligence Scale, Fourth Edition The Woodcock-Johnson III Standard Wechsler Adult Intelligence Scale-Third Edition (WAIS-III) The Wonderlic Personnel Test (WPT)

Slide 30

Bentuk Ujian Psikologi Bertulis Ujian psikometrik Online Corak Naratif Tanpa alat Berat Memerlukan daya imaginatif yang tinggi /kekuatan mental (biasanya mengambil masa yang lama) Ringan Mudah dan simple

Slide 31

SIKAP TERHADAP PENGUKURAN PSIKOLOGI Penerimaan keterlaluan terhadap ketepatan ujian. Tidak percaya kepada ujian psikologi Berpegangan sederhana

Slide 32

ISU- ISU PROFESIONALISMA DALAM PENGGUNAAN UJIAN 6 perkara penting yang mesti diselesaikan sebelum sesuatu alat ukuran atau ujian itu boleh digunakan dalam konteks budaya tempatan. Isu-isu tersebut ialah : 1) Percanggahan makna gagasan dan atau kriteria 2) Bentuk rangsangan verbal dan bukan verbal 3) kegunaan norma luar 4) Set-set gerak balas 5 Kecenderungan membuat interprestasi yang keterlaluan 6) kesesuaian dan motif mengambil ujian. Lonner (1977)

Slide 33

Brislin (1970) telah menyarankan penggunaan teknik back tranzlation untuk mneyelesaikan masalah penterjemahan alat ukuran atau ujian daripada bahasa asal ke bahasa ke dua di mana ujian itu digunakan.

Slide 34

Isu-isu profesional, isu moral isu sosial isu etika (Kaplan dan Saccuzzo, 1982). ISU-ISU LAIN

Slide 35

PENUTUP Jadi Ujian psikologi adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia. Selain daripda ujian psikologikal digunakan untuk tujuan deskriptif ia jua boleh digunakan untuk tujuan membuat keputusan yang meliputi pemilihan, penempatan, penilaian, pangkatan, diagnosis dan menentukan tahap kemahiran seseoang individu. ujian psikologi juga digunakan untuk membantu individu memperkembang teori atau penjelasan mengenai sesuatu konstruk psikologi.

Slide 36

Ujian juga berperanan dalam pembinaan hipotesis. Ujian psikologikal juga boleh digunakan untuk tujuan memberi motivasi, meningkatkan minat individu, dan untuk menganalpasti masalah yang dihadapi oleh klien. Ujian psikologi jika digunakan oleh para kaunselor yang terlatih dengan mengambilkira masalah-masalah yang telah dibangkitakan membolehkan mereka memahami dengan lebih jelas permasalahan klien dan ini akan mempermudahkan proses kaunseling.

Slide 37

Harus diingat!!! dalam membuat perkiraan sama ada ingin menggunkan ujian psikologi atau tidak, kesejahteraan klien perlulah diberikan keutamaan.

Slide 38

Jom kita Cuba…

Slide 40

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan. 2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Terikat anda menyukai kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda. Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, desakan.. Interpretasi…

Slide 41

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda. Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata. 4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trend fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

Slide 42

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda. 6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

Slide 43

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan. 8- Romantis, Pelamun, Beremosi Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

Slide 44

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian. Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekslkusif serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

Slide 45

Rujukan Amir Awang 1983, Bimbingan dan kaunseling untuk kesejahteraan masyarakat. Jurnal Perkama, 1: 1-12. Anastasi, A. 1983. Psychological testing. (5th Edition) New York: Mac Millan, Publishing company. Anastasi,A 1988. Psychological testing. (6th Edition) New York: Mac Millan Publishing Company. Anastasi 1986. Evolving concepts of test validation. Annual review of Psychology, 37: 1-15 Bremmer, L.M., & Shostrom, E.L. 1982. Therapeutic psychology: Fundamentals of counselling and psychotherapy: New Jersey: Prentice-Hall Inc. Brislin, R.W. 1970. back translation for cross-cultural research. Journal of Cross-Cultural Psychology, 1: 185-216. Brown, F.G. 1980. Guidelines for test use: A commentary on the standards for educational and Counsellor Goldman, L. 1971. Using tests in counselling. New York: Appleton-Century- Crafts. Kaplan, R.M., & D.P. Saccuzzo. 1982. Psycological testing: Principles, application, and issues. California: Brooks/Cole Publishing Company. Lonner, W.J. 1981. The use of western-based tests in intercultural counselling. P. Pederson, W.J. Lonner & J.G. Draguns (Pnyt.) Counselling across culture. Honolulu: The University Press of Hawaii.

URL: