Bab 4 : Kerjasama antara Kaum ke Arah Kemerdekaan.

+109

No comments posted yet

Comments

Slide 1

BAB 4 : KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN Disediakan oleh : h​t​t​p​:​/​/​s​e​j​a​r​a​h​1​0​1​.​b​l​o​g​s​p​o​t​.​c​o​m

Slide 2

Objektif Pembelajaran: Membincangkan peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dalam mewujudkan perpaduan Menyatakan usaha parti-parti politik untuk mewujudkan perpaduan Menjelaskan pendidikan sebagai alat perpaduan Memerihalkan kepentingan kelonggaran kerakyatan Persekutuan ke arah perpaduan kaum Menghuraikan kepentingan Sistem Ahli kepada pembinaan negara dan bangsa Menyatakan kepentingan pilihan raya yang diadakan

Slide 3

KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN Ke arah Mencapai Perpaduan kaum Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum Pendidikan Alat Perpaduan Sistem Ahli Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan PETA KONSEP Kerjasama kaum ke arah Berkerajaan Sendiri Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan Pilihan Raya Negeri Pilihan Raya Majlis Bandaran Pembentukan Parti Perikatan

Slide 4

Ke arah Mencapai Perpaduan kaum Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum Pendidikan Alat Perpaduan

Slide 5

4.1 Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum 1. British memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu mahu mendapatkan kemerdekaan. 2. Kerjasama kaum ini adalah untuk menjamin keharmonian masyarakat dam kestabilan politik. 3 Hal ini penting bagi British memastikan kepentingan ekonominya di Tanah Melayu tidak terjejas.

Slide 6

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum 1. Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan pada bulan Januari 1949. 2 Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum. 3 Hasil persefahaman CLC (i) Syarat kerakyatan dilonggarkan. (ii) Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran. (iii) Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. (iv) Pilihan raya peringkat majlis bandaran, negeri. dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan.

Slide 7

Usaha Parti-parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum IMP dan Parti Negara ditubuhkan sebagai usaha melahirkan perpaduan kaum. 2. Menteri Besar, pihak British, dan Parti Negara kemudiannya mengadakan Konferensi Nasional usaha untuk melahirkan kerjasama politik. 3. UMNO, MCA dan MIC kemudiannya bergabung membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Persekutuan 1955. 4. PAS bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi Nasional.

Slide 8

Dato Onn Jaafar telah menubuhkan IMP dan Parti Negara sebagai usaha melahirkan perpaduan kaum

Slide 9

Lambang yang digunakan oleh Parti Perikatan

Slide 10

Pendidikan Alat Perpaduan Sistem pendidikan sebelum merdeka mempunyai lima jenis sistem pendidikan yang berbeza. (i) Sekolah agama Islam (ii) Sekolah vernakular Melayu (iii) Sekolah vernakular Cina (iv) Sekolah vernakular Tamil (v) Sekolah aliran Inggeris

Slide 11

2. Perbezaan sistem pelajaran menghalang perpaduan rakyat di Tanah Melayu. 3. Kerajaan British menyedari keadaan ini apabila berlaku penyusupan fahaman komunis di sekolah Cina. 4. Laporan pelajaran dikeluarkan untuk merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.

Slide 12

Sekolah Vernakular Inggeris Sekolah Melayu Sekolah Vernakular Tamil Sekolah Vernakular Cina

Slide 15

Tun Abdul Razak dalam Laporan Razak 1956 telah mencadangkan sistem sekolah umum dengan menggunakan bahasa Melayu

Slide 16

4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

Slide 17

Sistem Ahli Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Kerjasama kaum ke arah Berkerajaan Sendiri Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan Pilihan Raya Negeri Pilihan Raya Majlis Bandaran Pembentukan Parti Perikatan

Slide 18

Sistem Ahli 1. Kerajaan British telah menetapkan kerjasama kaum sebagai prasyarat bagi Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri. 2. Kerjasama kaum akan menjamin perpaduan rakyat dan seterusnya menjamin kepentingan ekonominya di Tanah Melayu tidak terjejas. 3. Kerajaan British telah menekankan kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri sejak tahun 1951. 4. Sistem Ahli merupakan satu sistem pentadbiran yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu. 5. Sistem Ahli telah diilhamkan oleh Dato' Onn Jaafar dan mendapat sokongan British dan raja-raja Melayu.

Slide 19

6.Cadangan ini selaras dengan dasar dekolonisasi. 7. Kerajaan British berpendapat bahawa Sistem Ahli akan dapat mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya (PKM). 8. Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955.

Slide 20

9.Ciri-ciri Sistem Ahli (i) Satu sistem kabinet bayangan. (ii) Anggotanya dikenali sebagai Ahli. (iii) Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. (iv) Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai British. Daripada lima orang penduduk Tanah Melayu, tiga daripadanya terdiri daripada orang Melayu, seorang Cina, dan seorang India. (v) Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

Slide 21

Tokoh-tokoh yang terlibat dalam Sistem Ahli ialah 11. Pada tahun 1955, wakil UMNO, Dr Ismail Abdul Rahman dan wakil MCA. H.S. Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli. 12. Sistem Ahli telah memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah kerajaan.

Slide 22

Tokoh yang pernah terlibat dalam Sistem Ahli Dato Onn Jaafar EEC Thuraisingam Tun HS Lee

Slide 23

Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan 1. Jawatankuasa Perhubungan antara Kaum mencadangkan kerakyatan dilonggarkan. 2. Tujuannya supaya golongan imigran taat setia kepada Tanah Melayu dan tidak terpengaruh dengan PKM. 3. Cadangan dipersetujui oleh UMNO, raja-raja Melayu, dan kerajaan British. 4. Di peringkat Persekutuan, kerakyatan dilonggarkan dengan tiga cara, iaitu i) Kuat kuasa Undang-unadang ii) Permohonan iii) Naturalisasi

Slide 24

5. Kerakyatan di peringkat negeri telah dilonggarkan dengan dua cara. iaitu: (i) Kuat kuasa undang-undang (ii) Permohonan 6. Perubahan syarat kerakyatan ini menyebabkan rakyat raja bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli tetapi juga golongan imigran. 7. Sebagai balasan, British telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA). 8. Penubuhan RIDA adalah untuk meningkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu di luar bandar. 9. RIDA kemudian digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966 dan berkekalan sehingga hari ini

Slide 25

Pembentukan Parti Perikatan Pembentukan Parti Perikatan merupakan usaha parti pelbagai kaum bekerjasama dalam bidang politik untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. 2. Prinsip kerjasama antara parti politik pelbagai kaum dalam Parti Perikatan diterima umum. 3. Sebelum itu kerjasama pelbagai kaum dalam satu parti yang diperjuangkan oleh Dato' Onn Ja'afar melalui IMP dan Parti Negara tetapi gagal. 4. British menyokong kerjasama parti parti pelbagai kaum untuk kestabilan politik dan kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu. 5. Parti Perikatan telah dibentuk secara berperingkat-peringkat.

Slide 26

Peringkat penubuhan Parti Perikatan

Slide 28

Pilihan Raya Majlis Bandaran 1. Pilihan Raya Majlis Bandaran memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab ke arah berkerajaan sendiri. 2. Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama diadakan di Georgetown. Pulau Pinang pada Disember 1951. 3. Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan pada Februari 1952 memperlihatkan buat pertama kalinya terjalin Pakatan UMNO -MCA. 4 Kerjasama tersebut membolehkan Pakatan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. 5 Pakatan UMNO-MCA diperluas ke Pilihan Raya Majlis Bandaran di bandar-bandar lain. 6. Pakatan UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran di Tanah Melayu. 7. Kemenangan Pakatan UMNO-MCA mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954.

Slide 29

Pilihan Raya Negeri 1. Pilihan Raya Negeri diadakan pada tahun 1954. 2. Pakatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan. 3. Kemenangan ini menunjukkan rakyat menerima prinsip kerjasama kaum dalam politik di Tanah Melayu.

Slide 30

Suasana ketika kempen Pilihan Raya

Slide 32

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 1. Desakan agar British mengadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). 2. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi. 3. Faktor kemenangan Parti Perikatan Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding (ii) Kebijaksanaan pemimpin parti berunding. (iii) Kesanggupan setiap kaum berkongsi kuasa. (iv) Kesepakatan untuk menolak pengaruh PKM. (v) Semangat untuk mencapai kemerdekaan. (vi) Manifesto pilihan raya dapat diterima umum.

Slide 33

Isi Kandungan Manifesto Parti Perikatan ialah : Mencapai Kemerekaan dalam tempoh empat tahun Mewajibkan pendidikan rendah Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan Menamatkan darurat Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan

Slide 35

Keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan 1955 Kemenangan Parti Perikatan menunjukkan kerjasama kaum dan kerjasama politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang kaum

Slide 36

Apa yang penting??? KERJASAMA!

Tags: sejarah tingkatan 3 bab 4

URL:
More by this User
Most Viewed