KONSEP AKAL

+5

No comments posted yet

Comments

Slide 1

KONSEP AKAL

Slide 2

MUQADIMAH Konsep keistimewaan dan kelebihan manusia berbanding makhluk lain ialah akal pemikiran Akal fikiran merupakan anugerah yang paling besar dan utama yang dianugerahan kepada manusia Manusia memikirkan dengan menggunakan akal untuk mengkaji,mencari ilmu dan mengukuhkan keimanan kepada Allah. contohnya : Penciptaan buah-buahan dan segala apa yang ada di dunia adalah untuk mereka yang memikirkan dan suka menggunakan akal. Terjemahan : Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya. (SURAH AL-NAHL AYAT 67)

Slide 3

Melalui akal fikiran, manusia menggunakannya untuk mencari petunjuk serta kebenaran seterusnya memilih mana yang baik untuk diikuti serta menjauhi dan meninggalkan perkara buruk(CTH) manusia yang tidak menggunakan akal kearah kebaikan menyebabkan mereka melakukan kemusnahan dan akan mendapat azab daripada Allah. Terjemahan : Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. (Surah al-Ma’idah 5:58) namun tidak semestinya hasil pemikiran mereka menepati tujuan sebenar serta mencapai matlamat yang dimaksudkan dan diinginkan. Hal ini disebabkan kelemahan akal dan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada mereka sangat sedikit

Slide 4

Contohnya: Sebagai contohnya : Apabila manusia melihat awan tebal yang hitam di langit, manusia memikirkan dan menjangkakan hujan akan turun tidak lama lagi. Tetapi tanggapan akal semata-mata serta melalui penelitian terhadap faktor awan hitam yang tebal tidak semestinya dapat menghasilkan keputusan yang benar dan tepat. Kerana kadang-kala hujan tidak turun walaupun pada kebiasaannya awan tebal yang menandakan atau menyebabkan hujan turun.

Slide 5

Kesesatan dan kemusnahan manusia juga disebabkan oleh meraka tidak menggunakan akal untuk tujuan yang baik Kebahagian dan kesengsaran abadi manusia di akhirat turut ditentukan oleh penilaian dan kebijaksanna akalnya

Slide 6

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan berfikir(sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Slide 7

PENGERTIAN AKAL @-Menurut kamus dewan,akal bermaksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia @-Menurut pendapat Ibn al-Manzur dalam kamusnya Lisan al-Arab ( ), akal membawa pengertian kepintaran. @-Menurut al-Muhasabi pula, akal ialah al-Gharizah ( ). Iaitu sesuatu sifat semula jadi manusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu.

Slide 8

Tabiat Akal Dapat menguji dan menunjukkan bahawa manusia itu lemah dan memiliki ilmu yang cetek Tabiat akal manusia adalah bersifat positif di mana akal dapat membawa manusia ke arah kebaikan dan kemajuan dari segi fizikal dan kerohanian Fitrah akal manusia pula selari dengan fitrah asal manusia yang bersifat suci dan bersih Justeru, fitrah dan tabiat akal perlulah selari degan kehendak syarak Ini bermaksud bahawa akal yang bersifat positif hendaklah digunakan semaksimum mungkin untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah s.w.t Akal yang digunakan untuk mencari ilmu merupakan akal yang bersih dan sihat

Slide 9

Keistimewaan Akal Allah menyebut banyak kali tentang akal didalam al-Quran iaitu sebanyak 50 kali Hal ini menunjukkan betapa tingginya dan mulianya akal "Mula-mula sekali makhluk yang dijadikan Allah ialah akal. Allah berfirman kepada akal; 'Menghadaplah kepada-Ku.' Akal pun mengadap. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Membelakangilah.' Akal pun menurut perintah-Nya. Kemudian Allah berfirman lagi: 'Demi kemuliaan dan kebesaranKu, tidak Aku jadikan makhluk yang lebih mulia daripada engkau. Dengan engkau Aku mengambil dan dengan engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dengan engkau Aku menyeksa (orang yang derhaka)." (Riwayat At-Tabrani dari Abi Umamah).

Slide 10

‘Aisyah telah menceritakan , ‘Dimana aku telah bertanya Rasullullah, “Wahai Rasullullah;dengan apa manusia berbeza darjat kelebihannya dalam kehidupan di dunia?’ Jawab baginda, “Dengan akal.” Aku bertanya lagi,”Bagaimana pula dalam kehidupan akhirat?Bukankah manusia itu dibalas menurut kadar amalan mereka?Jawab Rasullulah,”Wahai Aisyah;Bukankah mereka beramal menurut kadar akal yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.Maka mengikut kadar akal itulah amalan mereka dan mengikut kadar amalan iu pulahlah mereka dibalas” (Riwayat At-Tabrani dari Rasullulah).

Slide 11

Akal yang waras merupakan syarat taklif untuk menunaikan tanggungjawab dalam urusan akidah dan ibadah. Dengan akal,manusia bebas memilih jalan mereka sama ada kufur atau beriman kerana islam tidak memaksa mereka dalam beragama. sebagaimana firman Allah : Terjemahan : Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)… (Surah al-Baqarah 2:256) Islam tidak menggalakan kebebasan berfikir untuk mengelak membinasakn diri. Fahaman golongan al-Sufustaiyyun ( ) yang menilai baik dan buruk sesuatu itu berdasarkan pancaindera dan akal semata-mata. Hal itu kerana pancaindera dan akal manusia adalah terbatas, apatah lagi untuk mengkaji perkara yang ghaib. Islam tidak menggalakkan mengikut dan menerima apa sahaja tanpa meneliti atau kajian ,khususnya perkara yang berkaitan akidah. Islam tidak menyukai amalan taklid atau ikut-ikutan .

Slide 12

HAKIKAT AKAL DAN BAHAGIANNYA

Slide 13

PENDAPAT IMAN-AL GHAZALI Akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan diantara manusia dengan haiwan dan makhluk lain. Melalui anugerah akal, manusia mampu dan dapat menerima segala ilmu yang berbentuk teori serta mampu untuk menyusun idea-idea. Akal dalam bentuk ini merupakan asas utama dan pokok kepada fikiran manusia. b) Akal ialah segala ilmu dan pengetahuan yang dapat mempastikan sesuatu kemungkinan terhadap perkara-perkara yang mungkin dan kemustahilan terhadap perkara yang berbentuk mustahil. 

Slide 14

c) Akal ialah segala ilmuan dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia melalui pengalaman-pengalaman yang lalu dan apa yang dialaminya. Hal tersebut berdasarkan kebiasaan orang yang berpengalaman atau mempunyai pengalaman itu adalah terdiri daripada mereka yang berakal. Sebaliknya, orang tidak mempunyai pengalaman itu dikira orang yang jahil dan bodoh d) Akal ialah sesuatu yang mempunyai kekuatan atau sesuatu kekuatan yang diperolehi atau dicapai ekoran perkembangan daripada kemuncak naluri tersebut - akal mampu dan dapat mengenal serta mengesan akibat-akibat daripada segala perbuatan atau mengenal segala perkara. -Lantaran itu apabila kekuatan untuk mengawal dan membendung nafsu tersebut tercapai, maka seseorang itu dikira orang yang berakal

Slide 15

PENDAPAT AL-HARITH IBN ASAD- AL MUHASIBI a. Akal ialah suatu naluri, tabiat dan hakikat semulajadi yang ada pada manusia. Melalui hakikat dan naluri tersebutlah manusia itu mampu dan bersedia untuk memahami dan menerima segala ilmu pengetahuan yang diajar. Menurut pendapat beliau lagi, akal boleh diibarat dan diumpamakan cahaya atau nur yang dicampakkan dalam hati manusia, dengan nur itu mereka mendapat sesuatu atau juga untuk mendapat petunjuk.

Slide 16

kelemahan akal manusia daripada mencapai hakikat tentang Allah bukanlah merupakan sesuatu kecacatan. Namun kelemahan akal itu untuk menunjukkan ia ada batasnya dan sebagai pembatasan terhadap tugasnya. Walau bagaimana pun kelemahan akal itu tidak menghalang manusia untuk menggunakan metod akal bagi menetapkan sifat-sifat dan mendekatkan diri kepada Allah dengan memikirkan penciptaan makhluk-Nya, lagi pun sifat-sifat Allah ada ditetapkan dalam al-Quran, Cuma sifat Allah tidak sama dengan sifat manusia. Apa yang tidak boleh difikirkan oleh akal ialah untuk memikirkan tentang zat Allah, Rasulullah SAW bersabda : تَفَكَّرُوْاِفىخَلْقِ اللهِ وَلاَتَفَكَّرُوْاِفىاللهِ فَتَهْلَكُوْا artinya : “Berfikirlah tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Zat-Nya niscaya kamu akan binasa kerananya”

Slide 17

PERANAN AKAL Mengkaji dan mendalami serta mempelajari ilmu.sebagaimana firman Allah Mempertingkatkan iman dan amal seseorang untuk berjaya dunia dan akhirat Berfikir tentang kejadian alam Mencari ilmu dan pengalaman Berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan,kebijaksanna dan keluasan rahmat Allah Menilai antara kebaikan dan keburukan (xtaw)

Slide 18

Kesan mengabaikan akal Jika akal tidak digunakan untuk tujuan mendapatkan iman, membina agama dan membentuk akhlak mulia, manusia akan tergolong ke dalam golongan yang diibaratkan lebih hina daripada haiwan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan diisikan di dalam Neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami akan ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat-ayat dan nasihat Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf:179)

Slide 19

KEMAMPUAN AKAL KEMAMPUAN MENURUT AL-QURAN KEMAMPUAN AKAL MENURUT PEMIKIR ISLAM

Slide 20

SEKIAN

Summary: Wan Nur Syahira dari M10R ,kolej mara banting telah membentangkan tajuk ini yang terdapat dalam sukatan pendidikan islam,international baccalaureate

Tags: pendidikan islam international baccalaureate

URL:
More by this User
Most Viewed