|
|
BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN PART2 DISEDIAKAN OLEH Y(^_^)Y LIM SZIE YING
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
TAMADUN YUNANI SISTEM BERAJA Raja dibantu badan yg dinamakan konsul Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua agama & ketua tentera OLIGARKI Berlaku apabila kuasa konsul jadi kuat & peranan raja merosot Lahirlah sistem raja yg terpilih tapi kuasa raja amat terhad Kerana pemerintahannya dikuasai konsul yg terdiri daripada org kaya
ARISTOKRASI Dalam kalangan konsul lahir golongan aristokrat yg kuat Aristokrasi bermaksud pemerintah golongan bangsawan yg kaya @ pemerintahan oleh golongan aristokrat TIRANI Sebab kemunculan ialah perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi Dan muncul golongan yg menuntut hak, ini menyebabkan berlakunya rampasan kuasa oleh diktator Diktator adalah dari golongan kaya @ tentera DEMOKRASI Walaupun rakyat menyokong rampasan kuasa tersebut, tapi tindakan ini ditentang golongan aristokrat Barulah lahir sistem demokrasi ini
SISTEM DEMOKRASI DI ATHENS Terdapat : DEWAN PERHIMPUNAN Warganegara lelaki dewasa athens diberi peluang jadi anggota Dewan Perhimpunan (6-12 bulan shj) Bersidang 3 kali sebulan Setiap ahli boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan Melantik ahli majlis,,majistret & juri Ada kuasa penuh terhadap ahli majlis,,majistret & juri MAJLIS Bertanggungjawab mengendali keputusan yg dibuat oleh dewan perhimpunan
PERBEZAAN ANTARA DEMOKRASI ATHENS DGN MALAYSIA Demokrasi di athens berbentuk penyertaan langsung Iaitu warganegara lelakinya terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian Dan berpeluang menganggotai dewan perhimpunan Demokrasi di malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung (demokrasi berparlimen) Iaitu rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya Dan wakil ini menganggotai dewan rakyat
SISTEM PEMERINTAHAN TENTERA DI SPARTA Dalam sistem ini sistem pertahanan diberikan perhatian yg penting Anak lelaki dilatih untuk jadi askar yg baik Sistem ini berjaya melahirkan tentera yg mempunyai semangat patriotik yg tinggi lagi handal
TAMADUN ROM SISTEM BERAJA Dari tahun 753S.M. Rom diperintah secara mutlak oleh raja berketurunan Etruscan yg bukan berasal daripada masyarakat latin tempatan Pemerintahan ini tidak disenangi oleh masyarakat latin Masyarakat Latin dgn pimpinan golangan bangsawan yg dikenali patrician memberontak Kemudiannya membawa kpd sistem republik
SISTEM REPUBLIK Bermaksud negara yg ditadbir oleh wakil yg dipilih oleh rakyat melalui pilihan rakyat & diketuai oleh presiden Dalam sistem ini tiada ada pemerintah berkuasa mutlak Kuasa tertinggi terletak pada dua org konsul yg dilantik Dewan Senat Dengan ada 2 konsul maka antara mereka tiada ada yg lebih berkuasa DEWAN SENAT Diwakili golongan bangsawan Membantu konsul Membincangkan hal-hal pentadbiran negara Merangka perundangan Melantik konsul daripada kalangan ahli Dewan Senat yg juga dipanggil praetor DEWAN PERHIMPUNAN Diwakili rakyat Meluluskan keputusan yg disampaikan oleh Dewan Senat
JULIUS CAESAR Terkenal sebagai ketua tentera yg agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan Beliau dilantik jadi praetor(62S.M.) & jadi konsul (59S.M.) Mengistiharkan diri sebagai diktator setelah mengalahkan JENARAL POMPEY Beliau dibunuh (44S.M.) olah penyokong JENERAL POMPEY Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar bawah pemerintahan JULIUS CAESAR Kerana beliau meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania & beberapa kawasan di Jerman pemerintahan bercorak empayar menunjukkan peningkatan dgn bentuk sistem pentadbiran berpusat dgn menyatukan wilayah kecil yg ditakluki Beliau menamatkan sistem republik & menjadi diktator Beliau menguasai angkatan tentera & senat & menggunakan gelaran maharaja
Gelaran maharaja ini diteruskan oleh AUGUSTUS (27—14S.M.) Beliau membawa keamanan & keagungan kpd empayar Rom Keamanan ini telah kekal selama 200 tahun Zaman kegemilangan ini digelar PAX ROMANA(keamanan rom) Empayarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga buah benua iaitu ASIA, AFRIKA & EROPAH
TAMADUN INDIA Pada awal pembentukannya (600-320S.M.) tamadun ini ada 2 bentuk kerajaan iaitu Kerajaan kecil (bersifat kepuakan & tiada ada raja) Kerajaan besar (diketuai raja, cth : kerajaan Kashi, Kosala, Magadha) Dalam tamadun ini, raja mengamalkan kuasa mutlak Kedudukan raja diperkukuhkan dgn upacara ritual yg berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci & perlu dihormati Golongan Brahmin sebagai penasihat, golongan Ksyatria jadi pemirintahan tertinggi & merupakan golongan dominan
Chandragupta Maurya membentuk empayar maurya dgn menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di india (321—185S.M.) Hal ini mengubah status raja kpd maharaja Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala higga ke Pergunungan Hindu Kush Ibu negaranya terletak di Pataliputra Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah semasa pemerintahan Maharaja Asoka (273—232S.M.)
MAHARAJA ASOKA Bukti zaman kegemilangan: Berjaya menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya(Bindusara) Menakluk negeri Kalinga PERANG KALINGA(261S.M.) Untuk mewujudkan sebuah empaya agung 100000 org korban & 150000 cedera KESAN TERHADAP ASOKA Menyedarkan tentang akibat peperangan membawa penderitaan & kematian Asoka memeluk agama Buddha & mengembangkan ajaran tersebut Lebih menekankan kedamaian & kemajuan sosial Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama buddha& tidak lagi menerusi ketenteraan Membentuk birokrasi (sistem pentadbiran yg melibatkan pelbagai peringkat & mempunyai banyak peraturan) pentadbiran untuk menjalankan pemerintahan
TAMADUN CHINA Perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan sistem feudal kpd sistem pentadbiran berpusat Perluasan kuasa telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin (221—206S.M.) Konsep raja tukar kpd maharaja Pemerintahan maharaja membolahkan pembentukan birokrasi awam yg terdiri daripada pengawai yg dilantik oleh maharaja Pengawai ini terdiri daripada rakyat Pelantikan tersebut dibuat olah sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam (Hon Kao Tsu) Pelantikan diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam Sistem ini wujud pada Dinasti Han & diteruskan dinasti lain Shi Huang Ti memainkan peranan penting dalam hal ini
PERUNDANGAN
TAMADUN YUNANI Dalam tamadun ini, dewam perhimpunana berfungsi menggubal undang-undang Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya REPUBLIC Menutur Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik & berupaya menggubal undang-undang
TAMADUN ROM HUKUM KANUN 12 Undang-undang Rom pertama Adalah undang-undang adat Rom yg telah disatukan pada tahun 449S.M. & kekal selama 400 tahun Dipahat pada kayu @ dikenali Papan Dua Belas Papan ini diletakkan ditempat awam untuk tatapan rakyat Undang-undang ini lahir pada zaman republik
MAHARAJA JUSTINAN Beliau mengasaskan pembentukan sebuah empayar baru iaitu empayar Byzantine & jadi maharaja Byzantine (527—565 M.) Beliau memperkenalkan pelbagai perubahan dalam bidang pentadbiran Kerana terlalu banyak undang-undang & antaranya yg rumit, beliau mengumpulkan, menyatukan, & membukukan undang-undang tersebut Usaha beliau melahirkan Kod Undang-undang Rom @ juga dikenali Undang-undang Justinian ( 527M.)
UNDANG-UNDANG ROM Terdiri daripada 3 cabang: UNDANG-UNDANG SIVIL UNDANG-UNDANG RAKYAT UNDANG-UNDANG NATURAL (natural law) Prinsipnya Semua manusia sama di sisi undang-undang Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah Keadilan terhadap setiap individiu Hukumannya berasaskan bukti yang cukup Prinsipnya telah menjadi asas kepada undang-undang yg terdapat pada hari ini
TAMADUN INDIA Khitab Dharma Sastra (6-2S.M.) dianggap undang-undang Hindu paling tua Raja adalah tonggak dalam perkembangan tamadun india Raja bertanggungjawab memelihara kesucian & kedaulatan undang-undang Segala kesalahan akan dikenakan tindakan @ denda bergantung kpd keseriusan kesalahan tersebut Golongan Brahmin jadi golongan dominan dalam bidang undang-undang kerana mereka mahir tentang hukum-hakam yg berkaitan dgn keagamaan
Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah & perintah diraja Titah perintah itu diukir pada tiang batu yg didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat Tiang itu dikenali Tiang Asoka kerana tiang itu didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka Raja Asoka sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan menjadikan pemerintahannya adil Cth undang-undang: Raja @ pemerintah diumpamakan bapa oleh masyarakatnya Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam upacara korban
Kepala tiang asoka ini terletak di atas tiang batu yg besar yg tingginya lebih kurang 15 meter Kepala tiang ini telah diambil oleh kerajaan india sebagai cap mohor negara tersebut selepas kemerdekaan pada tahun 1947
TAMAUDN CHINA Sistem perundangannya berteraskan 2 prinsip utama : Hukuman berat Bercorak kolektif Teras undang-undang ini berasal daripada falsafah legalisme & ia diperkenalkan oleh Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin Mengikut falsafah tersebut: Undang-undang yg tegas & kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa juga keadaan Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia Dengan sebab itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh
Undang-undang yg berasaskan falsafah legalisme bertentangan dgn undang-undang yg berteraskan ajaran Confucius Ajaran Confucius telah diamalkan pada zaman Dinasti Han (206S.M.– 8M.) Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti yg baik & menjaga keharmonian manusia serta masyarakat
Summary: ASPEK-ASPEK PENINGKATAN (PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN & PERUNDANGAN)
| URL: |
No comments posted yet
Comments