Peribahasa

+2

No comments posted yet

Comments

Slide 1

DISEDIAKAN OLEH :KHAIRIAH KASIM NO. MATRIK : D20102043200 PERIBAHASA

Slide 2

Bagai kacang lupakan kulit Seseorang yang tidak mengenang jasa orang lain.

Slide 3

Bagai anjing menyalak bukit. Perbuatan yang sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil.

Slide 4

Bagai aur dengan tebing Masyarakat yang hidup saling bekerjasama antara satu sama lain.

Slide 5

Alah bisa tegal biasa. Kerja yang susah jika sering dilakukan akan menjadi mudah.

Slide 6

Bagai lidah biawak. Percakapan seseorang yang tidak boleh dipercayai.

Slide 7

Bagai pinang dibelah dua. Pasangan yang sama cantik dan sepadan.

Slide 8

Dapat durian runtuh. Mendapat keuntungan tanpa disangka-sangka.

Slide 9

Embun di hujung rumput. Sesuatu yang lama-kelamaan akan hilang juga.

Slide 10

Gajah mati tulang setimbun. Orang kaya meninggalkan harta yang banyak setelah meninggal dunia.

Slide 11

Ikan pulang ke lubuk. Pulang ke tempat asal.

Slide 12

Indah khabar dari rupa. Berita yang disampaikan berlebih-lebihan daripada hal sebenar.

Slide 13

Jauh di mata, dekat di hati. Sentiasa dalam ingatan.

Slide 14

Seperti isi dengan kuku. Perhubungan yang sangat erat.

Slide 15

Jauh panggang dari api. Sesuatu yang mustahil akan terjadi.

Slide 16

Seperti mengajar itik berenang. Mengajar seseorang yang sudah mahir melakukan sesuatu.

Slide 17

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kehidupan yang amat susah.

Slide 18

Katak bawah tempurung. Orang yang cetek pengetahuan dan kurang ilmu.

Slide 19

Kera mendapat bunga. Orang yang tidak tahu menghargai pemberian seseorang.

Slide 20

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Sesuatu kejadian berlaku mesti berpunca daripada sesuatu sebab.

Slide 21

Kerbau dicucuk hidung. Seseorang yang mengikut suruhan tanpa membantah.

Slide 22

SUDAH TAMAT

URL:
More by this User
Most Viewed