NILAI -NILAI MURNI BMP- BAHAGIAN C

+2

No comments posted yet

Comments

Slide 1

1 PN.NORSUHAINI BT AKASAH ITEM SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 Bahagian C (20 markah)

Slide 2

Disediakan oleh: : Pn. Norsuhaini Bt Akasah Ketua Panitia BM SK. Rumbia ,78000 Alor Gajah Melaka. 2 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 3

NILAI-NILAI MURNI 1.    BAIK HATI     Belas kasihan – Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. Bertimbang rasa – Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan. 3.Murah hati  – Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya . 4.Saling memahami – Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing. 5.Saling bermaafan – Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan. 3 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 4

.    HORMAT Hormat dan taat kepada  ibu bapa atau penjaga –Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin –Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik. Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara –Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan – Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. Patuh kepada undang-undang negara – Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada. Patuh kepada ketetapan masa -  Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah. 4 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 5

.     KEJUJURAN Amanah -  Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain Bercakap benar –  Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. 3.Ikhlas -   Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan. 5 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 6

  PATRIOTISME Menghormati pemimpin Berusaha untuk memajukan negara Semangat untuk kejayaan negara Rela berkorban demi kemakmuran negara 6 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 7

KESEDERHANAAN Pertuturan dan perlakuan yang sederhana –  Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain -   Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain. 7 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 8

Berterima kasih -   Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. Menghargai jasa/ mengenang jasa – Menghargai sesuatu yang diperolehi samada melalui ucapan terima kasih dan tingkah laku yang menunjukkan penghargaan. KESYUKURAN 8 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 9

        Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain. Sentiasa berusaha untuk melakukan sendiri. Yakin pada diri sendiri – Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba. BERDIKARI 9 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 10

Kesopanan – Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain. Mengakui kesalahan sendiri – Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. Ramah mesra – Sedia bergaul mesra dengan semua orang.     HEMAH TINGGI 10 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 11

.     Bermuafakat -  Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama. Kejiranan -  Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya. SEMANGAT BERMASYARAKAT 11 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 12

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat. Kebersihan persekitaran –  Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain. 12 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 13

Berterima kasih –   Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. KESYUKURAN 13 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 14

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 14 CONTOH-CONTOH SOALAN & TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN BAHAGIAN C

Slide 15

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 15 PETUA MUDAH MENJAWAB SOALAN ULASAN Baca dan fahami teks Gariskan ayat yang menunjukkan perbuatan yang boleh dicontohi atau diteladani. Jelmakan nilai atau tafsirkan nilai-nilai murni yang sesuaI dengan perbuatan yang terdapat dalam teks. Utamakan 16 nilai-nilai murni yang asas. Jangan sesekali mengambil nilai yang terdapat dalam teks. Jelmakan nilai tersebut kepada nilai yang tepat. 7. Tulis dalam satu perenggan sahaja dan jumlah perkataan tidak melebihi 50patah perkataan.

Slide 16

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 16 PERKARA YANG PERLU ADA DALAM ULASAN 5 K KITA HENDAKLAH KITA MESTILAH KITA DIGALAKKAN KITA WAJAR/ SEWAJARNYA KITA SEPATUTNYA

Slide 17

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 17 PENANDA WACANA UNTUK ULASAN S S D A SELAIN ITU SETERUSNYA DISAMPING ITU AKHIR SEKALI/AKHIRNYA

Slide 18

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 18 CONTOH RANGKA PERENGGAN ULASAN Pengajaran/nilai yang saya perolehi dalam petikan yang pertama ialah kita hendaklah (masukkan nilai yang telah dijelmakan beserta huraian –kaitkan dengan ayat yang diambil dari teks.) Selain itu, kita mestilah ( masukkan nilai yang telah dijelmakan beserta huraian –kaitkan dengan ayat yang diambil dari teks.) seterusnya, kita digalakkan (masukkan nilai yang telah dijelmakan beserta huraian –kaitkan dengan ayat yang diambil dari teks.)Disamping itu, kita sewajarnya ( masukkan nilai yang telah dijelmakan beserta huraian –kaitkan dengan ayat yang diambil dari teks.)Akhir sekali, kita sepatutnya (masukkan nilai yang telah dijelmakan beserta huraian –kaitkan dengan ayat yang diambil dari teks.)

Slide 19

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 19 1 2 3 4 5

Slide 20

20 PN.NORSUHAINI BT AKASAH POLA MUDAH MENJELMAKAN NILAI DENGAN TEPAT

Slide 21

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 21 CONTOH ULASAN LENGKAP Pengajaran yang saya perolehi dalam teks yang pertama kita hendaklah prihatin terhadap haiwan seperti kucing. Selain itu, kita mestilah mengamalkan sikap kasih sayang antara manusia dan haiwan seperti yang dilakukan oleh Hanani. Seterusnya , kita digalakkan bijak dalam melakukan tindakan ketika kecemasan. Disamping itu, kita wajar mengamalkan sikap bertanggungjawab kepada jiran . Akhir sekali, kita sepatutnya, bersikap berperikemanusiaan dengan memberikan kasih sayang yang ikhlas . 62 Patah perkataan

Slide 22

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 22 1. menghargai 2. bersyukur 3. tekun/gigih 5. Bijak 4. dedikasi

Slide 23

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 23 POLA MUDAH MENJELMAKAN NILAI DENGAN TEPAT

Slide 24

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 24

Slide 25

PN.NORSUHAINI BT AKASAH 25

Slide 26

Jumpa Lagi di lain masa kerana ada lagi input yang belum lengkap Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang , Pasti kita ketemu lagi 26 PN.NORSUHAINI BT AKASAH

URL:
More by this User
Most Viewed