TEKNIK MENJAWAB BM(P) BAHAGIAN A

+1

No comments posted yet

Comments

Slide 1

TEKNIK MENJAWAB PENULISAN BAHAGIAN A Hak milik : CIKGU . NORSUHAINI AKASAH

Slide 2

BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik

Slide 4

PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A Baca dan fahamkan arahan. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di di bawah. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar di bawah. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan dengan bahan grafik yang diberi. Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik seberapa banyak yang ada dan tandakan atau senaraikan maklumat tersebut.

Slide 5

3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kerja sahaja.

Slide 6

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar / situasi di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkarayang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi. iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

Slide 7

Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina seimbang. Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama. Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua. Atau mana-mana yang sesuai dan ayat mesti lima sahaja.

Slide 8

5. Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:- a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. e. Elakkan membin ayat yang mudah.

Slide 9

Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:- Urutan nombor; 1. .…………………………………… 2. …………………………………...... Urutan abjad; a. …………………………………… b. …………………………………… Ayat yang ditulis tidak semestinya berkaitan antara satu sama lain

Slide 10

BANK SOALAN : BAHAN GRAFIK UNTUK BAHAGIAN A (10 MARKAH)

Slide 11

Disediakan oleh; PN.NORSUHAINI 1. Berdiri 2. beratur 3.menyusun 4. Duduk 5. memilih

Slide 12

POLA AYAT PANDUAN MEMBINA AYAT GRAMATIS

Slide 13

Ayat lengkap yang gramatis Razali sedang berdiri di kaunter perpustakaan kerana bertugas untuk memguruskan hal pemulangan dan pinjaman buku daripada murid-murid sekolah. 2. Razak, Rita dan Musa sedang beratur dengan senyap sambil menunggu giliran untuk memulangkan buku yang dipinjamnya tempohari.. 3. Rashid menyusun buku-buku pada rak yang terdapat dalam perpustakaan supaya kelihatan kemas dan rapi. 4. Ramlan sedang memilih buku di rak Matematik yang terdapat dalam perpustakaan untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. 5.Rokiah dan rakan-rakannya sedang duduk di sebuah kerusi sambil membaca sebuah buku dengan senyap.

Slide 14

Disediakan oleh; PN.NORSUHAINI 1.Mendirikan khemah 2.Memikul kayu api 3. Tarik tali 4. Mengetuk kayu 5. Mendengan radio

Slide 15

POLA AYAT PANDUAN MEMBINA AYAT GRAMATIS

Slide 16

Ayat lengkap yang gramatis Safwan sedang mendirikan sebuah khemah untuk dijadikan tempat berlindung. Rasidren dan Malik sedang memikul seikat kayu api untuk dijadikan bahan api bagi memasak minuman dan makanan. Rosnah sedang menarik seutas tali khemah supaya khemah yang dibina kukuh dan selamat digunakan. Aiman sedang mengetuk sebatang kayu menggunakan sebuah tukul untuk dijadikan sebagai tiang khemah. Saziman sedang mendengar sebuah radio sambil berehat di sebatang pokok yang besar.

Slide 17

Disediakan oleh; PN.NORSUHAINI 1.bersalaman/berjabat tangan 2. Mencuci kereta 3.Membersihkan longkang 4.Mengutip sampah 5. berdoa/menadah tangan

Slide 18

POLA AYAT PANDUAN MEMBINA AYAT GRAMATIS

Slide 19

Ayat lengkap yang gramatis 1. Salina dan Salman sedang berjabat tangan bersama kedua- dua ibu bapanya di hadapan pintu rumah sebelum mereka sebelum ke sekolah. 2. Rasidren sedang mencuci kereta ayahnya dengan menggunakan sehelai kain yang bersih supaya kereta itu nampak bersih dan berkilat. 3. Pak Hamid sedang membersihkan longkang dengan menggunakan sebatang penggaut supaya longkang tersebut tidak tersumbat. 4. Rusnita membantu emaknya membuang sampah ke dalam sebuah plastik sampah supaya kawasan rumahnya bersih. 5. Saziman menadah kedua-dua tangannya kerana bersyukur atas kejayaan anaknya memperoleh kecemerlangan.

Slide 20

Sekarang cuba jawab soalan-soalan yang dilampirkan selamat Berjaya!!.

Slide 22

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam gambar yang diberi. Disediakan oleh : PN NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 23

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam gambar yang diberi. Disediakan oleh : PN NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 24

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam gambar yang diberi. Disediakan oleh : PN NORSUHAINI BT AKASAH

Slide 25

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti dalam gambar yang diberi.

Slide 26

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan graf yang diberi.

Slide 28

Terima kasih semoga berjaya

URL:
More by this User
Most Viewed