KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU-EN AZIZI

+1

No comments posted yet

Comments

Slide 1

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DISEDIAKAN OLEH : FARIDAH BT SABAR NOROLHADAWIYAH BT CHE ABD. HAKIM

Slide 2

PENGENALAN Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting dalam memupuk komuniti penyayang. Komunikasi berkesan terbahagi kepada beberapa bentuk: - Cara bertutur - Penggunaan bahasa badan - Penulisan - Penggunaan alat-alat tertentu seperti permainan komputer dan sebagainya.

Slide 3

Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan motivasikan yang berkesan. Komunikasi guru adalah sangat penting dalam bilik darjah. Guru haruslah menggunakan komunikasi yang efektif supaya pembelajaran dapat mencapai seperti yang dirancangkan. Guru haruslah menggunakan kecekapannya untuk berkomunikasi agar dapat mempengaruhi muridnya supaya dapat bermotivasi dalam pelajaran.

Slide 4

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

Slide 5

Guru harus lebih kreatif dalam membentuk hubungan yang lebih dinamik kesannya. Guru yang dapat menggunakan kemahiran berkomunikasi akan berjaya menghasilkan kreativiti semasa proses P&P. Guru harus berjaya menggunakan pelbagai kecekapan semasa berkomunikasi agar mencapai matlamat pembelajaran. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan mutu pelajaran.

Slide 6

Guru harus mengelakkan perkara-perkara berikut : - Salah tafsir - Kekeliruan - Suara yang tidak jelas - Bahasa badan yang tidak sesuai - Komunikasi yang tertutup - Tidak memberi perhatian kepada proses P&P

Slide 7

Kehebatan guru bergantung pada kepada : - Kejelasan suara guru - Gaya pembelajaran yang fleksibel dan tidak bosan - Inovatif - Kreatif - Pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan. - Penglibatan murid dalam P&P - Pengurusan masa yang berkesan.

Slide 8

Komunikasi yang digunakan oleh guru haruslah dapat: - Merangsang minat untuk belajar. - Meningkatkan motivasi murid - Mengembangkan potensi diri murid - Meningkatkan keyakinan diri murid - Mewujudkan kerjasama murid, bakat kepimpinan.

Slide 9

Pembelajaran murid terhasil daripada proses pembelajaran yang aktif, latihan percubaan dan peniruan. Wagner (1994), interaksi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek dan dua aksi. Interaksi berlaku apabila objek dan aksi bertindak balas antara satu dengan lain. Tindak balas ini menyebabkan komunikasi lisan berlaku.

Slide 10

MODEL KOMUNIKASI KEMANUSIAAN

Slide 11

MODEL SIMETRI NEWCOMB X A B A = Individu B = Individu X = Maklumat

Slide 12

Model di atas jelas menunjukkan bahawa komunikasi berkesan oleh seseorang guru memerlukan penglibatan interaksi dua hala. Kajian Flenders mendapati bahawa wujud hubungan sehala antara guru-murid. Hubungan ini berlaku melalui komunikasi lisan seperti bersyarah, mengkritik, memberi arahan atau memberi penerangan.

Slide 13

Apabila wujud komunikasi dua hala guru akan lebih mudah memberikan pujian, dorongan dan sokongan. Venderber & Venderber ( 2002), komunikasi merupakan proses untuk membina dan berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan.

Slide 14

MODEL WILBUR SCHRAMM (1954) Wilbur Schramm (1954) merumuskan komunikasi dalam pendidikan adalah seperti berikut : Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran L I S A N Semasa menyoal Semasa memberi penerangan B U K A N L I S A N Anggukan Memek muka Renungan Genggaman tangan Senyuman

Slide 15

Komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek kesantunan dan komunikasi. Menurut Brown dan Levinson (1978), strategi kesantunan dikembangkan untuk menjaga martabat pendengar dan pihak yang terlibat. Antara strategi kesantunan dalam komunikasi ialah : - Berterus-terang - Kesantunan positif - Kesantunan negatif berlaku tanpa rekod.

Slide 16

Menurut Ned A. Flenders, komunikasi lisan melibatkan interaksi antara guru-murid. Kesenyapan juga merupakan sebahagian komunikasi tetapi bentuk bukan lisan. Komunikasi lisan merupakan cara yang mudah untuk mendapatkan maklumat dan penerimaan mesej daripada penutur. Penggunaan komunikasi lisan seperti pujian dapat meningkatkan motivasi murid.

Slide 17

Komunikasi lisan memerlukan penggunaan teknik yang efektif. Ketika berkomunikasi, murid perlu diingatkan supaya memberikan perhatian kepada idea dan perasaan rakan mereka. Mereka disarankan supaya bersikap terbuka dan menerima pandangan rakan mereka. Guru juga perlu bersifat penyayang dan ambil berat terhadap idea yang diberikan oleh murid.

Slide 18

Komunikasi lisan bergantung pada kelajuan cakap seseorang guru. Maklumat yang disampaikan secara laju akan menjejaskan penerimaan murid terhadap mesej. Aspek ketinggian suara pula perlu sesuai dengan persekitaran audiens dan bilangan audiens. Suara yang rendah akan menjejaskan penerimaan mesej manakala suara yang terlalu tinggi pula akan mengganggu emosi murid.

Slide 19

Guru dan murid akan dapat memahami dan merasai pengalaman rakan yang bertutur sekalipun berbeza dalam aspek budaya dan latar belakang. Semasa komunikasi lisan berlangsung, guru haruslah elakkan bebelan, menilai dan menghukum. Fahaman terhadap mesej adalah berbeza. Fahaman berlaku secara spontan.

Slide 20

MODEL WILBUR SCHRAMM (1954) Sumber (Perangsang) Enkod (Mentafsir sumber) Isyarat (Mesej) Dekod (Mesej ditafsir) Destinasi (Penerima mesej)

Slide 21

Komunikasi lisan boleh disertai dengan komunikasi bukan lisan. Komunikasi bukan lisan akan mengukuhkan lagi komunikasi lisan. Komunikasi lisan dan bukan lisan akan memperlihatkan ragam manusia serta emosi mereka. Mc Cardle (1974), komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk gastalt keseluruhan komunikasi.

Slide 22

Contoh : jika kelas dalam keadaan bising, guru boleh menggunakan komunikasi bukan lisan dengan merenung murid tersebut. Melalui senyuman dan anggukan juga, boleh menyampaikan mesej kepada murid. Semasa berkomunikasi, guru hendaklah mengelakkan beberapa gangguan supaya mesej yang hendak disampaikan dapat diterima dengan jelas.

Slide 23

Contoh gangguan luaran : - persekitaran yang bising, penggunaan laras bahasa yang sukar difahami. Contoh gangguan dalaman : - Unsur bias dalam persepsi - Pengalaman lalu - Perbezaan dalam budaya Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza.

Slide 24

MASALAH DALAM KOMUNIKASI

Slide 25

Kurang persediaan Kebisingan Kritikan Melabel murid Memberi arahan

Slide 26

Guru haruslah sedar bahasa komunikasi adalah bertujuan supaya dapat menyampaikan ilmu dan maklumat. Guru haruslah bijak dalam memilih waktu komunikasi yang berlangsung agar imej dapat disampaikan dengan mudah. Komunikasi lisan atau bukan lisan merupakan kunci kejayaan dalam setiap pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Komunikasi harus berterusan dan orang lain sentiasa menilai cara kita berkomunikasi.

Slide 27

LARAS BAHASA

Slide 28

Laras bahasa adalah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya bahasa adalah merujuk kepada bahasa lisan atau bahasa penulisan. Sesuatu laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Ciri larah bahasa yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.

Slide 29

Sesuatu laras bahasa digunakan dalam keadaan atau situasi tertentu. Laras bahasa juga bergantung pada latar belakang audiens dan budaya. Terdapat beberapa laras bahasa yang perlu diberikan penekanan semasa guru berkomunikasi dengan murid. Penggunaan laras bahasa yang mudah akan memudahkan guru berkomunikasi dengan murid.

Slide 30

JENIS LARAS BAHASA Biasa Akademik Sastera Agama Sukan Sains Rencana Iklan / perniagaan Media massa Undang-undang Ekonomi

Slide 31

Laras bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks khusus. Laras bahasa tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu. Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa bahasan. Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja. Guru boleh gunakan laras bahasa komunikasi seharian dengan murid supaya komunikasi lebih berkesan.

Slide 32

LARAS BAHASA AKADEMIK Bersifat ilmiah, formal dan objektif. Menunjukkan kematangan dan keintelektualan penutur kerana berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Istilah yang digunakan bersifat khusus dan hanya difahami oleh orang tertentu sahaja. Ayat yang digunakan sempurna dari segi kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan maksudnya.

Slide 33

Guru perlu mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian yang lebih khusus. Guru juga boleh menggunakan laras bahasa penulisan seperti nota kaki, bibliografi dan indeks. Dibahagikan kepada beberapa bahagian : - ekonomi - sastera Guru perlu mengambil tahap kognitif murid semasa berkomunikasi.

Slide 34

LARAS BAHASA SASTERA Mementingkan istilah-istilah khusus. Apabila berbicara tentang bidang kesusasteraan, kita sebenarnya membincangkan aspek seperti tema, kronologi, sonifikasi dan metafora. Bersifat lebih kreatif. Ayat yang digunakan lebih puitis dan bersifat komunikasi. Guru perlu mementingkan pemilihan diksi, ayat tersirat, hiperbola dan lain-lain.

Slide 35

LARAS BAHASA AGAMA Digunakan semasa guru membincangkan isi agama terutamanya dalam subjek agama. Terdapat istilah kata pinjaman dan terdapat rujukan untuk mengukuhkan hujah.

Slide 36

LARAS BAHASA SUKAN Digunakan semasa guru mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Bertujuan menyampaikan tentang hal yang berkaitan dengan sukan. Bahasa yang digunakan jelas dan ringkas.

Slide 37

LARAS BAHASA SAINS Mempunyai unsur ilmiah, berbahasa moden, bersifat moden dan menidakkan bahasa basahan. Menggunakan istilah teknologi. Contohnya : sel-sel merembes keluar. Guru haruslah menjelaskan dengan lebih jelas semasa menggunakan laras bahasa Sains.

Slide 38

LARAS BAHASA RENCANA Rencana bersifat umum. Bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan idea tentang sesuatu isu. Melaporkan sesuatu kepada pembaca. Contohnya : proton Ezora baru sahaja dilancarkan.

Slide 39

LARAS BAHASA PERNIAGAAN Menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesan tentang sesuatu produk. Guru boleh menggunakan ayat yang ringkas dan pendek yang lebih banyak menggunakan kata sifat. Contohnya : Percuma sebiji lampu bermutu tinggi dengan pembelian Unicorn empat liter. Gaya bahasa yang digunakan biasanya memujuk pembeli membeli barangan mereka.

Slide 40

LARAS BAHASA MEDIA Peranan media untuk melapor atau menyampaikan berita. Tiada istilah khusus atau teknikal. Bahasanya ringkas dan padat supaya berita yang padat dapat disampaikan kepada pembaca.

Slide 41

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG Merupakan laras ilmiah yang terdapat dalam Bahasa Melayu semenjak dahulu. Bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal. Guru sangat kurang menggunakan laras bahasa ini keran kurang sesuai dengan tahap pemikiran murid.

Slide 42

LARAS BAHASA EKONOMI Berbentuk ilmiah dan berkaitan isu ekonomi. Terdapat penggunaan istilah teknikal yang berkaitan dengan ekonomi. Penutur tidak mengutamakan struktur ayat, gaya bahasa formal, maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah berdasarkan bukti data serta statistik. Guru boleh menggunakan laras bahasa ini semasa mengajar ekonomi.

Slide 43

Penggunaan laras bahasa yang berbeza akan melahirkan laras. Contohnya : gurau senda adalah berbeza dengan cara menyampaikan ucapan. Penggunaan laras bahasa yang berbeza sebab faktor geografi disebut sebagai dialek daerah.

Slide 44

KESIMPULAN Oleh itu, jenis komunikasi yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap kognitif murid. Guru juga haruslah memberikan pertimbangan kepada faktor persekitaran dan latar belakang murid. Penggunaan laras bahasa di kelas tidak seharusnya dicemari dengan bahasa pasar atau dialek daerah.

URL: