|
|
good
TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA SEJARAH TINGKATAN 4 Bab 3 Teks m/s: 71 - 95 MODUL SEJARAH BERASASKAN ICT
SEJARAH TINGKATAN 4 Bab 3 Teks m/s: 71 - 95 ISI KANDUNGAN MODUL SEJARAH BERASASKAN ICT TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL PENGARUH HINDU-BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL Kerajaan Agraria Kerajaan Maritim Cara Kedatangan Pengaruh Dalam Sistem Pemerintahan Pengaruh Dalam Kesenian & Kesusasteraan
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA KEPULAUAN INDONESIA TANAH MELAYU Funan Chenla Angkor Sukhotai Ayuthia Kedah Tua Gangga Negara Langkasuka Srivijaya Majapahit Singhasari Langkasuka
BUKTI KEMUNCULAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA SUMBER CHINA SUMBER ARKEOLOGI Kerajaan Funan wujud abad ke-3 Catatan Kang Tai & Chu Ying yang dihantar ke Funan untuk menemui raja Houen-Tien Bukti 1 Bukti 2 G Coedes – Kerajaan Funan wujud abad pertama Berpendapat – kerajaan kedua tertua Champa wujud sekitar akhir abad ke-2 Funan wujud abad ke-3 Bukti: Jumpaan seni arca Hindu- Buddha (langgam Amaravati dari India) HUBUNGAN DIPLOMATIK & PERDAGANGAN Hubungan diplomatik & perdagangan dgn kerajaan China & hubungan kebudayaan dengan India (bukti: artifak gendang gangsa Dongson) Perdagangan dgn Rom – bukti: jumpaan manik di Kuala Selingsing, Kota Tinggi & Muar, pantai barat serta selatan Thailand
BUKTI PERKEMBANGAN PERDAGANGAN ABAD KE-5 SEBELUM MASIHI Perdagangan dgn Rom – bukti: jumpaan manik di Kuala Selingsing, Kota Tinggi & Muar, pantai barat serta selatan Thailand Pembekal bahan mentah seperti timah – diproses menjadi gendang gangsa di Dongson Pelabuhan pembekal Perkembangan perdagangan seiring dgn kemahiran pembuatan kapal layar & perahu Bukti arkeologi – jumpaan manik & tembikar (berlakunya perdagangan maritim)
BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL KERAJAAN AGRARIA KERAJAAN MARITIM (akan dibincangkan kemudian) MAKSUD Kerajaan berasaskan pertanian, penternakan & pemungutan hasil hutan LOKASI Di kawasan pertanian subur seperti lembah sungai (Kerajaan Dvaravati), kawasan bukit & lereng gunung berapi (Kerajaan Taruma) CONTOH KERAJAAN AGRARIA Kerajaan Angkor, Funan , Dvaravati, Sungai Merah, Sungai Mekong, Sailendra, Sukhotai, Taruma (di Tanah Tinggi Daeng)
CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA Berasaskan pertanian, penternakan, pungut hasil hutan & hasil sungai Terletak di kawasan pertanian subur – lembah sungai, kawasan bukit & lereng gunung berapi Tanaman utama – padi sawah kerana bekalan air mencukupi Padi huma – ditanam di kws tanah tinggi / bukit (kurang bekalan air dgn dibuat teres & relung) Tanaman sampingan – jagung, pisang, keledek & sayur-sayuran Hasilkan pelbagai jenis rempah – cengkih, lada hitam Kumpul hasil hutan – kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana & pelbagai jenis buah-buahan Sarang burung dari gua – tujuan perdagangan Tangkap ikan di sawah, paya, sungai & dapatkan kulit kura-kura Ternak binatang – lembu, kerbau, kambing & ayam Lebihan hasil ternakan & tanaman dipasarkan – penuhi keperluan masyarakat bandar & maritim Perkembangan pertanian dipengaruhi pembinaan sistem pengairan yang baik Peranan raja – bina & urus sistem pengairan
KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT AGRARIA DI ASIA TENGGARA Tanaman utama – padi sawah kerana bekalan air mencukupi Padi huma – ditanam di kws tanah tinggi / bukit (kurang bekalan air dgn dibuat teres & relung) Tanaman sampingan – jagung, pisang, keledek & sayur-sayuran Hasilkan pelbagai jenis rempah – cengkih, lada hitam Kumpul hasil hutan – kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana & pelbagai jenis buah-buahan Sarang burung dari gua – tujuan perdagangan Tangkap ikan di sawah, paya, sungai & dapatkan kulit kura-kura Ternak binatang – lembu, kerbau, kambing & ayam Lebihan hasil ternakan & tanaman dipasarkan – penuhi keperluan masyarakat bandar & maritim
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERTANIAN KERAJAAN ANGKOR Pembinaan sistem pengairan yang baik – dari Sungai Mekong & Tasik Tonle Sap Raja terlibat dalam pembinaan sistem pengairan Raja Indravarman I – bina sistem pengairan & baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta hektar & dapat tampung keperluan beras kerajaan Angkor Tanah subur – sekitar Sungai Mekong & Tasik Tonle Sap yang mendapat mendapan lumpur ketika banjir Mempunyai iklim panas & lembap sepanjang tahun – sesuai untuk tanaman padi sawah Kemudahan perhubungan & pengangkutan di Sungai Mekong Kerajaan bertanggungjawab secara langsung urus sistem pengairan
SEBAB-SEBAB KERAJAAN FUNAN BERUBAH MENJADI KERAJAAN MARITIM Pelabuhan Oc-eo terletak di muara Sungai Mekong Pelabuhan terlindung tiupan angin monsun dari Teluk Siam Terdapat kemudahan membaiki kapal & menyimpan barang serta penginapan Kemudahan mendapat bekalan minuman & makanan
KEPENTINGAN TASIK TONLE SAP KEPADA KERAJAAN ANGKOR Air daripada tasik dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan Membekal sumber air minuman Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik Pada musim kemarau kawasan tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap & Tasik menjadi luas Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan tanaman padi bagi menyediakan beras yang cukup kepada penduduk Angkor
BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL KERAJAAN MARITIM KERAJAAN AGRARIA (telah dibincangkan terdahulu) MAKSUD Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan & kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan LOKASI Berhampiran kawasan pesisiran pantai, lembah sungai & kepulauan CONTOH KERAJAAN MARITIM Srivijaya di Sungai Musi Kedah Tua di Sg Mekong & Sg Muda Langkasuka di Sg Yarang Tiumah di Pulau Tioman, Pahang Chih-tu di Sg Kelantan Mo-lo-yu di Sg Batang Hari Kalah di Sg Takuapa Fo-lo-an di Sg Terengganu Peng-keng di Sg Pekan, Pahang
CIRI-CIRI KERAJAAN MARITIM Berasaskan perdagangan & kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan Terletak berhampiran kawasan pesisir pantai, lembah sungai & kepulauan Terdapat pelabuhan pembekal berkembang kpd pelabuhan kerajaan apabila terbentuk kerajaan maritim Menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan dgn kerajaan China & India Mempunyai pelabuhan yang lengkap dgn pelbagai kemudahan – baiki kapal, simpan barang, penginapan, tempat berdagang, air & makanan Mahir membuat kapal layar & perahu – sebabkan mereka mampu belayar jauh untuk berdagang Penduduk maritim – terdiri daripada orang tempatan, orang laut & pedagang luar Menggunakan lebih daripada satu bahasa tetapi Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara Barang dagangan – rempah ratus, damar, rotan, beras, logam seperti emas & bijih timah
Teks m/s: 75 - 83 PERSAMAAN & PERBEZAAN KERAJAAN AWAL KERAJAAN MARITIM KERAJAAN AGRARIA Merupakan kerajaan awal di Asia Tenggara Mengamalkan sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak Menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha Persamaan Perbezaan Terletak di kawasan pertanian yang subur : lembah sungai Menjalankan kegiatan berasaskan pertanian Membina sistem pengairan untuk mengairi kawasan pertanian Membekalkan hasil pertanian untuk kerajaan maritim – beras, hasil hutan Lokasi Kegiatan Ekonomi Kemahiran Peranan Terletak di kawasan pesisir pantai kepulauan Menjalankan kegiatan berasaskan perdagangan Membina kapal untuk tujuan perdagangan jarak dekat dan jarak jauh Menjadi pelabuhan entrepot untuk persinggahan kapal
JENIS-JENIS PELABUHAN KERAJAAN MARITIM PELABUHAN PEMBEKAL Pelabuhan terawal Bekal barangan tempatan – bijih timah, emas & makanan kpd pedagang Menjadi tempat singgahan pedagang – cth: Pelabuhan Jenderam Hilir, Kuala Berang & Kuala Selingsing Terdapat pelabuhan pembekal bertukar kpd pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan spt Champa, Kedah Tua & Srivijaya Peringkat awal adalah pelabuhan pembekal – menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan berkembang menjadi negeri Berperanan sebagai pembekal barang dagangan Menjadi tempat berdagang Berkembang menjadi pelabuhan entrepot kerana lokasi strategik antara China & India – cth: Kedah Tua, Srivijaya PELABUHAN KERAJAAN PELABUHAN ENTREPOT Kedudukan strategik di laluan antarabangsa China & India Berperanan membekal hasil tempatan & kws takluk kpd pedagang antarabangsa Membeli barangan drpd pedagang antarabangsa Mengedar barangan kpd pedagang yg datang ke pelabuhan & jajahan takluknya Perdagangkan barangan hasil bumi – logam, hasil hutan, hasil laut 1 2 3
SEBAB-SEBAB PENDUDUK MARITIM BERJAYA MENJADI PELAUT YANG HEBAT Semangat meneroka & berdagang dengan masyarakat luar kawasan Mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mahir membuat perahu & kapal layar Ciptaan kapal layar – membolehkan mereka berdagang jarak jauh Mengetahui kaedah belayar ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit
Teks m/s: 79 FAKTOR-FAKTOR KERAJAAN SRIVIJAYA MENJADI KUASA MARITIM YANG KUAT ABAD KE-7 HINGGA KE-13 Memiliki tentera laut yang besar – dianggotai pelbagai golongan rakyat termasuk Orang Laut Tentera laut ditugaskan mengawal perdagangan di Selat Melaka Tentera laut mengawal keselamatan kerajaan Menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas kawasan berhampiran seperti Jambi, Kedah Tua & Pesisir Pantai Sumatera Menguasai laluan perdagangan Selat Melaka & Selat Sunda Kedudukan strategik di Selat Melaka – menjadi tempat singgahan kapal pedagang antara China & India Terdapat hasil barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan kawasan pemerintahan & wilayah taklukan Dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar Menyediakan kemudahan di pelabuhan – baiki kapal, penginapan & tempat simpan barang Kemudahan bekalan makanan Pengurusan di pelabuhan yang cekap dengan melantik Tuhan Vatakuurah
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KERAJAAN KEDAH TUA Kerajaan tertua & menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke-5 Teks m/s: 81 - 83 Peranannya sebagai entrepot sebelum Melaka -bukti: jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang Berdagang dengan banyak negara seperti China & Timur Tengah – bukti: jumpaan pelita tembaga, tembikar & manik ( dr India, Sri Lanka & Burma) Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung tiupan angin monsun barat daya & Timur laut Terdapat kemudahan simpan barang dagangan, baiki kapal, tempat berdagang & penginapan kepada pedagang Kaya hasil bumi – damar, rotan Kaya sumber bumi – timah Barang dagangan luar – kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca & manik
SEBAB-SEBAB KERAJAAN AGRARIA SALING BERGANTUNG DENGAN KERAJAAN MARITIM KERAJAAN AGRARIA KERAJAAN MARITIM Agraria mempunyai penduduk ramai & dapat bekalkan tenaga kerja kepada maritim Agraria bergantung kepada maritim untuk dapatkan barangan mewah dari negara China & India – sutera Agraria perlukan pelabuhan maritim untk pasarkan barangan Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan agraria & maritim Maritim dapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada agraria Maritim peroleh gajah daripada agraria sebagai kenderaan raja Maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk dapatkan tukang-tukang mahir seperti tukang kayu & tukang batu Maritim menjalankan perdagangan entrepot bergantung kepada agraria bagi bekalan barang dagangan seperti hasil hutan
BUKTI PENGARUH HINDU & BUDDHA DI ASIA TENGGARA Peninggalan data arkeologi menunjukkan ciri Hindu di Lembah Bujang, Buddha di Srivijaya & Hindu-Buddha di Angkor Wat Data catatan I-Tsing terdapat 1000 bhisku pelajari agama Buddha di Srivijaya sebelum lanjutkan pelajaran ke Nalanda, India Atisa – guru agama Buddha dari Tibet pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun Pengaruh seni agama Hindu-Buddha terhadap seni tempatan
CARA-CARA PENGARUH HINDU-BUDDHA TERSEBAR DI ASIA TENGGARA Teks m/s: 84 4 Cara Pengambilan terus aspek-aspek kebudayaan India yang menarik oleh pemerintah & kemudian disesuaikan dengan budaya tempatan (proses asimilasi) Dibawa golongan Ksyatria atau tentera golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara Dibawa pedagang atau vaisya melalui aktiviti perdagangan antara Asia Tenggara dengan India Dibawa golongan Brahmin atau pendeta yang mengetuai pelbagai upacara keagamaan di istana raja kerajaan awal 1 2 3 4
Teks m/s: 85 -86 PENGARUH HINDU-BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN & PENTADBIRAN KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA Sistem beraja Gelaran raja kepada ketua pemerintah Dibawahnya kerabat diraja & pembesar termasuk ahli agama (Brahmin), rakyat & hamba Raja berkuasa mutlak Perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan Sekiranya melanggar perintah bermakna menderhaka & tidak akan diampunkan Raja perlu adil terhadap golongan yang diperintah Raja dianggap bayangan tuhan Menggunakan unsur mitos untuk kuatkan kedudukan raja Adat istiadat pertabalan raja oleh golongan Brahmin bagi kukuhkan kedaulatan Konsep orde kosmos (alam semesta) – cth: Raja Suryavarman II bina Angkor Wat Raja dibantu oleh pembesar (pegawai tentera & hakim) – setiap daerah terdapat pembesar daerah & gabenor Golongan Brahmin berperanan penting dalam upacara keagamaan
CARA RAJA-RAJA DI ASIA TENGGARA MENGUKUHKAN KEDUDUKAN Menjadi ketua pemerintah Berkuasa mutlak Ketua tentera Pemegang khazanah negara Raja bayangan tuhan Gunakan unsur mitos & lagenda (asal-usul raja sebagai Dewa Raja) Raja memiliki kuasa kesaktian luar biasa Jadikan ibu kota sebagai pusat alam (orde kosmos) Jalankan adat istiadat pertabalan raja – untuk bezakan kedudukan raja dengan rakyat Peranan golongan Brahmin mengaitkan raja dengan bayangan tuhan
SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN SRIVIJAYA DALAM KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA Pemerintahan beraja (raja sebagai ketua pemerintah) Pentadbiran secara berpusat Dibantu – 4 kumpulan anak raja (yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara & raja putra) 3 orang anak raja yang awal boleh menggantikan raja kecuali raja putra (anak gundik) Di bawah anak raja terdapat parvanda atau senapati (ketua pentadbiran pusat) Dibawahnya – hakim, temenggung, penghulu & hamba raja (golongan paling rendah dalam hierarki pentadbiran) Pentadbiran daerah ditadbir datu – parvanda (keturunan raja) & bhupati (orang kaya) Pelantikan datu mengikut upacara angkat sumpah di tempat suci iaitu di Telaga Batu (Palembang) – sebagai taat setia kepada sultan 1 2 3 4 5 6 7 8
MONUMEN DAN CANDI MONUMEN CANDI Merupakan bangunan yang dibina daripada batu bata Tujuan binaan – memperingati orang ternama atau peristiwa penting Merupakan contoh binaan monumen Contoh: kuil, wat, stupa, arca & patung Candi terkenal seperti: - Candi Angkor Wat, Candi Borobudur, Candi Lembah Bujang, Candi Dieng, Candi Prambanam, Candi Chaiya & Yarang
KEPENTINGAN CANDI KEPADA KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA Monumen keagamaan bagi agama Hindu & Buddha Berperanan sebagai rumah ibadat atau wat (Thailand, Kemboja, Vietnam) & stupa (Burma) Berfungsi sebagai tempat simpan abu jenazah raja & keluarga Tempat menyimpan patung dewa utama Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya Candi Angkor Wat & Borobudur – lambang orde kosmos iaitu raja & ibu kota sebagai pusat alam Lambang kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dalam melahirkan monumen keagamaan
CIRI-CIRI SENI BINA CANDI YANG DITEMUI ZAMAN AWAL DI ASIA TENGGARA CANDI ANGKOR WAT (Kemboja) CANDI BOROBUDUR (Indonesia) – 75 tahun CANDI LEMBAH BUJANG (Kedah) Dibina untuk agama Hindu di Kemboja Dibina oleh Raja Suryavarman II Melambangkan orde kosmos Tinggi 213 meter & luas 208 hektar Mempunyai tempat pemujaan di bahagian tengah setinggi 39 meter dengan teres bertingkat 4 Setiap sudut mempunyai menara Bahagian luar terdapat tembok daripada batu laterit & batu pasir Terdapat ukiran di dinding yang menggambarkan epik Ramayana & Mahabharata Dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah Terdiri daripada 9 tingkat & terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan – diwakili patung stupa & patung Buddha Tingkat 1 terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas daripada nafsu Stupa terbahagi kepada 3 tingkat - ia melambangkan 3 tahap kehidupan – sila (moral), samadhi (penumpuan) & panna (kebijaksanaan) Dibina untuk agama Hindu & Buddha di Kedah Candi agama Hindu: Terbahagi 2 bahagian utama iaitu Vimana & Mendapa Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan Mendapa ialah bahagian luar candi Candi agama Buddha: - Memiliki pelan cruciform
KEPENTINGAN BAHASA SANSKRIT ZAMAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat Batu bersurat – mengandungi maklumat agama, pemerintahan, agama & undang-undang Batu Bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja Batu Bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan ajaran Buddha Inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu kuno – berkaitan pemerintahan & amaran raja kepada rakyat & pembesar agar tidak derhaka kepada raja Sebahagian tulisan dipahat pada batu memerlukan kemahiran tinggi & asas kukuh dalam bahasa sanskrit Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan & pemberitahuan kepada rakyat Pengaruh ke dalam bahasa Melayu – dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara & huruf Merupakan bahasa ilmu & komunikasi kerajaan awal
PENGARUH HINDU & BUDDHA DALAM BIDANG KESUSASTERAAN ZAMAN KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA Unsur mitos dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara – hasil pengaruh sastera India seperti epik Ramayana, Mahabharata & Puranas Pengaruh sastera India dalam puisi & prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha & Kunjarkarna Cerita-cerita epik Ramayana & Mahabharata telah mempengaruhi cerita lisan & teater seperti wayang kulit Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya & Hikayat Sang Samba Epik Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama
BUKTI PENGARUH HINDU & BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA Pemerintahan beraja & raja sebagai ketua pemerintah Raja berkuasa mutlak & rakyat tidak boleh langgar perintah raja Raja dianggap dewa raja, wakil tuhan dibumi Adat istiadat tabal raja oleh golongan Brahmin Brahmin golongan tertinggi selepas raja & amat berpengaruh Sebuah negara menggambarkan satu alam semesta atau orde kosmos Raja bertanggungjawab atur kesejahteraan negara & rakyat selaras dengan Dharma (peraturan alam semesta) Terdapat istilah pentadbiran menggunakan bahasa sanskrit seperti gelaran, arahan raja & sistem perundangan Seni bina candi merupakan pengaruh Hindu-Buddha Bahasa Sanskrit menjadi bahasa komunikasi & ilmu Pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu Unsur mitos, prosa, puisi & hikayat dalam sastera klasik hasil pengaruh epik Ramayana, Mahabharata & Puranas
by adie_khairiel | Modified: 4 years ago
Language: Malay (Detected) | Topic: Education
| 18817 Views | 10 Comments | 47 Embeds |
Summary: Berkaitan dengan sejarah ting 4 bab 3
| URL: |
No comments posted yet
Comments