KOLEKSI PERIBAHASA

+3

No comments posted yet

Comments

Slide 1

KOLEKSI PERIBAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 6

Slide 2

Ibarat mencurah air ke daun keladi Maksudnya: Ayat: Memberikan nasihat dan ajaran kepada orang yang tidak mahu menerimanya. Kamal memang budak yang degil sejak kecil lagi. Oleh itu, usaha ibu bapanya untuk menasihati adalah ibarat mencurah air ke daun keladi.

Slide 3

Naik tangga dari bawah Maksudnya: Ayat: Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba. “Untuk berjaya dalam perniagaan, kamu hendaklah berusaha dengan gigih dan sanggup berkorban wang serta masa. Jangan harapkan kejayaan dalam masa yang singkat, bak kata pepatah naik tangga dari bawah,” kata Pak Lamin kepada anaknya.

Slide 4

Sarang tebuan jangan dijolok Maksudnya: Ayat: Jangan sengaja mencari kesusahan. Dell enggan menyertai Hussin dan rakan-rakannya bermandi-manda di sungai yang berarus deras itu kerana dia sedar bahawa sarang tebuan jangan dijolok.

Slide 5

Bagai aur dengan tebing Maksudnya: Ayat: Orang atau masyarakat yang hidup bantu-membantu. Kempen “Jiran Sepakat Membawa Berkat” diadakan untuk menyedarkan penduduk bandar tentang pentingnya hidup tolong-menolong sesama mereka. Hidup bantu-membantu bagai aur dengan tebing ini dapat menyatupadukan masyarakat.

Slide 6

Berlindung di sebalik telunjuk Maksudnya: Ayat: Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang. Kamarul tidak boleh berlindung di sebalik telunjuk lagi kerana perbuatannya yang suka mencuri itu telah pun diketahui oleh guru kelasnya.

Slide 7

Rasa pedih cuping telinga Maksudnya: Ayat: Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati. Rasa pedih cuping telinga Amilah apabila mendengar tuduhan Azira yang menyakitkan hatinya itu.

Slide 8

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Maksudnya: Ayat: Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan. Dengan berpegang pada prinsip sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, akhirnya usaha Pak Merap untuk pergi ke Makkah dengan duit yang disimpannya secara berdikit-dikit itu tercapai juga.

Slide 9

Lain lubuk, lain ikannya Maksudnya: Ayat: Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan. Sebelum Aini dan Hasan bertolak ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran, mereka telah dimaklumkan bahawa lain lubuk, lain ikannya. Oleh itu, mereka harus mencuba untuk memahami adat resam itu supaya dapat menyesuaikan diri dengan mudah.

Slide 10

Seperti udang dibakar Maksudnya: Ayat: Orang yang berkulit putih menjadi kemerah-merahan kerana terkena cahaya matahari terik. Kulit muka Maizurah seperti udang dibakar kerana lama berjemur di tengah padang semasa hari sukan sekolahnnya.

Slide 11

Seperti ular kena palu Maksudnya: Ayat: Keadaan yang bengkang-bengkok. Keadaan jalan dari Jerantut ke Kuala Lipis yang seperti ular kena palu itu kerap kali menyebabkan kemalangan jalan raya.

Slide 12

Sudah menjadi abu arang Maksudnya: Ayat: Dalam keadaan yang telah rosak binasa. Kereta yang dipandu oleh Salleh itu sudah menjadi abu arang.

Slide 13

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga Maksudnya: Ayat: Walau bagaimana pandai/licik pun seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan. Jackie, yang memang pakar dalam melakukan aksi lagak ngeri dalam filem, sentiasa berwaspada ketika melakukan aksi tersebut kerana dia sedar sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Slide 14

Seperti mentimun dengan durian Maksudnya: Ayat: Orang yang lemah menentang orang yang kuat sudah tentu akan kalah. Pertandingan antara Encik Basri dengan Pak Ramli untuk merebut jawatan itu samalah seperti mentimun dengan durian kerana Pak Ramli amat berpengaruh dan dihormati oleh penduduk.

Slide 15

Bagai menatang minyak yang penuh Maksudnya: Ayat: Memelihara seseorang dengan penuh kasih sayang. Encik Hafizul dan Puan Norleda menjaga Khairi bagai menatang minyak yang penuh kerana Khairilah satu-satunya anak mereka.

Slide 16

Ketam menyuruh anaknya berjalan betul Maksudnya: Ayat: Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah. Pak Arif menasihati anak-anaknya supaya rajin bekerja sedangkan dia pemalas. Pak Arif samalah seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Slide 17

Air dicencang tidak akan putus Maksudnya: Ayat: Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan. Kedua-dua adik-beradik itu berselisih faham tentang harta peninggalan ayah mereka tetapi setelah ibu mereka menasihati mereka, mereka berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.

Slide 18

Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut Maksudnya: Ayat: Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung. Puas sudah Puan Leela mendidik dan mengajar anaknya Ahmad tetapi Ahmad tetap enggan mendengar nasihatnya. Bagi Ahmad, apa-apa yang dibuatnya semuanya betul. Sikap Ahmad itu ibarat bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut.

URL: