BAHASA MELAYU

+10

No comments posted yet

Comments

Slide 1

BAHASA MELAYU KERTAS 2 UPSR

Slide 2

KERTAS 2 BAHASA MELAYU (012) Terbahagi kepada 3 bahagian : i) Bahagian A - bina 5 ayat lengkap berdasarkan gambar yang diberi ( pindahkan maklumat ) ii) Bahagian B - tulis 1 karangan – ada 3 pilihan tajuk iii) Bahagian C - rumusan tentang pengajaran atau nilai yang baik

Slide 3

Arahan Bahagian A Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. ( kata kerja ) = (KK) Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. (kata kerja & kata adjektif )= (KK+KA) Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah. (kata kerja)= (KK)

Slide 4

AKTIVITI Perbuatan/ Perlakuan Kata Kerja/ aktiviti Dalam gambar Guna imbuhan me- @ ber-

Slide 5

SITUASI Peristiwa Nampak/ boleh lihat Perasaan Keadaan/suasana

Slide 6

Cara mencari maklumat dalam gambar Lihat dari kiri ke kanan Lihat dari atas ke bawah Lihat dari dekat ke jauh

Slide 7

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. mendirikan mengelek membawa/ menjinjing mengarahkan menghidupkan

Slide 9

Tulis lima ayat lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. berwarna-warni gembira manis lazat banyak

Slide 10

Terdapat banyak belon yang berwarna-warni di ruang tamu rumah Shila. 2. Kawan-kawan Shila menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ dengan gembiranya. Shila tersenyum manis semasa Pak cik Kamil mengambil gambarnya. Banyak makanan yang lazat dihidangkan di atas meja. 5. Shila mendapat banyak hadiah daripada kawan- kawannya.

Slide 11

Elakkan daripada buat begini…..

Slide 12

1. Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi berkelah di Port Dickson. 2. Sebuah tong sampah disediakan untuk kemudahan orang ramai membuang sampah. 3. Dua buah perahu layar kelihatan belayar di laut. 4. Ibu sedang asyik membaca buku sambil minum air minuman kotak. 5. Suasana perkelahan di tepi pantai itu sungguh meriah. 6. Para pengunjung merasa amat gembira kerana cuaca pada hari tersebut sangat baik. 7. Empat ekor burung sedang berterbangan di angkasa. Contoh Ayat yang TIDAK MENEPATI Tema

Slide 13

1. Kelima-lima ayat akan dinilai secara HOLISTIK. 4. Ayat PERTAMA sebaik-baiknya BERDASARKAN TEMA. (perkelahan /sukan /pelajaran /perkhemahan /gotong- royong) 5. Sekiranya diberi LEBIH GAMBAR, JUMLAH AYATNYA MESTI SEIMBANG. AYAT 7. Elakkan DUA NOKTAH dalam yang sama. 3. Ayat sebaik-baiknya antara 9 – 12 PATAH PERKATAAN. 8. JANGAN BERLAKON dalam bahan rangsangan. 2. Bina ayat yang mampu mempengaruhi IMPRESSION. 6. JANGAN ANALISIS bahan SECARA TERPERINCI. RUMUSAN 9. Elak pengulangan perkataan ‘sedang’ dan ‘telah’

Slide 14

13. Gunakan KATA KERJA bagi soalan yang bertanyakan AKTIVITI. 11. Ayat JANGAN TERLALU PANJANG. 17. Selang SATU BARIS bagi setiap ayat. 10. Gunakan WATAK agar AYAT TIDAK STEREOTAIP. 12. Elakkan ISI TERSIRAT. (kata adjektif / masa / tempat) 18. Ayat akan DISEMAK SEPERTI BIASA. 14. Boleh gunakan KATA ADJEKTIF bagi soalan yang bertanya tentang SITUASI. 19. Ayat yang lemah akan DITURUNKAN GREDNYA. 15. Boleh masukkan unsur AKTIVITI dalam soalan bentuk SITUASI, tetapi elakkan unsur SITUASI dalam soalan yang bertanya tentang AKTIVITI. 16. Hanya LIMA AYAT PERTAMA yang akan disemak.

Slide 15

1. Ada PELAKU AYAT CEMERLANG ( 9 - 10 markah ) 2. Ada PERBUATAN dalam ayat AKTIVITI (ber / di / me / ter) 3. Ada KATA HUBUNG (ayat majmuk) 4. Ada ISTILAH BOMBASTIK 5. 9 hingga 12 patah kata 6. MENEPATI bahan grafik 7. TIDAK STEREOTAIP 8. SATU NOKTAH 9. Tidak melebihi DUA KESALAHAN

Slide 16

Teknik Menjawab Soalan BAHASA MELAYU Penulisan Bahagian B (30 markah)

Slide 17

BAHAGIAN B Karangan lengkap Format umum/ khusus > 80 patah perkataan Ayat gramatis Tatabahasa

Slide 18

Jenis Karangan Laporan Syarahan Berita Ucapan Surat rasmi Surat tidak rasmi Perbahasan Perbincangan Autobiografi Fakta Keperihalan Cerita Lengkapkan…. Akhiri cerita

Slide 19

Karangan Yang Baik Format Perenggan Ayat Pengolahan Tatabahasa Idea Tulisan Betul Pendahuluan/isi/penutup Mudah difahami/gramatis Wacana/hubung kait/ Imbuhan/ejaan/tanda baca Menarik Kemas/bersih/cantik

Slide 20

Teknik Menjawab 5M Memahami Memilih Merangka Menulis Menyemak Soalan dan arahan Soalan yang sesuai Isi – isi penting Ayat yang gramatis PETAI ( Perbendaharaan kata, Ejaan, Tanda baca, Ayat, Imbuhan )

Slide 21

Teknik mengolah isi yang baik Gunakan Teknik ABM A = Apa ? B = Bagaimana? M = Mengapa?

Slide 22

Teknik mencari isi 7S – Karangan 1. Cerita /Pengalaman 2. Sambutan 3. Majlis 4. Hari

Slide 23

1S -- Setiap 2S – Sabtu / Selasa 3S – Sebelum (aktiviti) 4S – Semasa (aktiviti) 5S – Suasana (aktiviti) 6S – Selepas (aktiviti) 7S – Sangat (perasaan)

Slide 24

Soalan Pihak sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong perdana. Ceritakan pengalaman kamu ketika menyertai gotong-royong tersebut.

Slide 25

Setiap - Setiap tahun sekolah saya akan mengadakan aktiviti gotong-royong. Sabtu - Pada hari Sabtu yang lepas, satu gotong-royong perdana telah diadakan.Tujuannya adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Sebelum - berkumpul di padang sekolah - dibahagikan kepada kumpulan - menyediakan alatan yang diperlukan – penyapu, cat, cangkul Semasa - membersihkan kelas - membersihkan kawasan sekolah – menanam pokok bunga – mengecat dinding sekolah yang pudar.

Slide 26

Suasana - Ramai ibu bapa yang turut serta - Semua bekerja dengan bersungguh-sungguh - Suasana sungguh meriah dengan pelbagai gelagat murid, guru dan ibu bapa. Selepas – menikmati jamuan yang disediakan - kawasan sekolah menjadi bersih dan ceria. - guru besar mengucapkan terima kasih - bersurai – pulang ke rumah Sangat - kawasan sekolah bersih dan ceria – gembira dan selesa

Slide 27

Jenis Faedah Faedah Bersukan / Menyertai Aktiviti Kokurikulum Teknik : HIMES H - Harumkan nama sekolah I - Isi masa lapang M - Menambahkan ilmu E - Eratkan persahabatan S - Supaya badan cergas

Slide 28

3. JENIS SITUASI/TINDAKAN /MEMULAKAN CERITA (TIBA-TIBA …) Pergi - Pergi ke arah suara jeritan Sungai - Siasat apa yang berlaku Terlupa - Tenangkan mangsa Bawa - Bawa mangsa ke tempat selamat Tuala - Telefon ( bomba, polis, ambulans ) Tetapi - Tolong pihak di atas Bawa - Bawa ke hospital /Beritahu ibu bapa / penjaga Lampin - Lawat di klinik / hospital / Lewat tiba di rumah

Slide 29

Soalan Kamu dan kawan-kawan baru pulang dari sekolah kerana menghadiri latihan sukan. Sampai di satu tempat kamu melihat sesuatu yang mencurigakan. Ceritakan tindakan yang kamu dan rakan-rakan kamu lakukan.

Slide 30

Pergi ke arah semak tersebut. Siasat apa yang berlaku – orang sedang membuang sisa toksik – salah seorang daripada mereka terkejut – sisa toksik terkena kawannya – menjerit Tenangkan mangsa – ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Bawa mangsa ke tempat yang selamat – beri rawatan awal Telefon pihak hospital – ambulan sampai Tolong pihak hospital mengusung mangsa ke dalam ambulan

Slide 31

Bawa mangsa ke hospital Lewat sampai di rumah – dimarahi oleh ibu – ceritakan apa yang berlaku – berasa bangga

Slide 32

BAHAGIAN C (20 markah)

Slide 33

1 soalan Membuat rumusan Nilai murni dan pengajaran Tulis rumusan Satu perenggan. Tidak lebih daripada 50 patah perkataan Ayat dan idea sendiri (ORIGINAL)

Slide 34

LANGKAH-LANGKAH Baca petikan Garis @ Bulatkan Senaraikan Padankan Bina ayat Perenggan

Slide 35

Senarai Nilai Murni Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat-menghormati Kejujuran kerajinan Kerjasama Kesederhanaan Kasih sayang Keadilan Keberanian Kebersihan mental dan fizikal Kesyukuran Patriotisme Rasional Semangat bermasyarakat Dan juga berdisiplin

Slide 36

BAHAGIAN C Formula Nilai Murni R M T S B T R - rajin / ramah / rendah diri / rasional M - menghargai / menghormati / menepati T - tanggungjawab / tekun / tulus ikhlas /tabah S - sayang / simpati / syukur / sabar / sabar B - baik hati / berdisiplin / berhemah / berdikari T - taat / toleransi

Slide 37

Membina Ayat Kita mestilah … APA? BAGAIMANA? (seperti/sebagaimana) MENGAPA? (supaya/agar) Kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya seperti Nizam menunggu lampu isyarat hijau untuk melintas jalan. Kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya seperti Nizam supaya tidak berlaku kemalangan.

Slide 38

Kita mestilah ……………....................... seperti…………………………………….. Seterusnya, …. Selain itu, …… Di samping itu,…. Akhir sekali, …… Penanda wacana

Slide 39

CONTOH SOALAN C Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak melebihi 50 patah kata. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Slide 40

Petang itu hujan renyai-renyai. Zainal baru selesai menjalani latihan bola sepak di sekolah. Dia perlu pulang ke rumah untuk menolong ayahnya menghalau lembu masuk ke kandang. Zainal menunggang basikalnya dengan berhati-hati. Ketika dia menghampiri suatu selekoh, sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan telah terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Melihat kejadian itu, Zainal bertindak pantas dengan menghubungi polis dan ambulans. Zainal kemudiannya pergi ke kawasan itu semula untuk memberi pertolongan awal sekiranya dia dapat membantu. Zainal melihat seorang pemuda keluar dari kereta dengan memegang dahinya yang berdarah. Tanpa berlengah lagi, Zainal terus mendapatkan pemuda itu dan memimpinnya ke tepi jalan. Pemuda itu mengucapkan terima kasih. Lima minit kemudian, ambulans dan polis pun tiba. Selepas itu Zainal pun pulang.

Slide 41

Cara menulis ayat nilai murni

Slide 43

Kita hendaklah rajin dengan menjalani latihan sukan. Kita juga mestilah bertanggungjawab dengan menolong ayah melakukan kerja.Seterusnya, kita haruslah menjaga keselamatan, contohnya Zainal menunggang basikal dengan berhati-hati.Di samping itu, kita wajar bertindak secara rasional dengan menghubungi pihak berkuasa. Akhir sekali, kita sepatutnya menghargai jasa orang seperti mengucapkan terima kasih.

Slide 44

  Hassan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh emaknya. Hassan tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan ibu bapanya. Dia mengayuh basikalnya dengan pantas agar dapat sampai awal ke sekolah sebelu loceng berbunyi. Nasib Hassan agak malang. Akibat terlalu laju, basikalnya tidak dapat dikawal lalu terbabas ke tepi jalan. Lutut dan tapak tangannya berdarah. Dia bangun dan meneruskan perjalanannya ke sekolah. Apabila tiba di sekolah, loceng telah berbunyi. Hassan terus ke kelasnya dan menjelaskan keadaan sebenar kepada guru kelasnya, Cikgu Rokiah. Dia memohon maaf atas kelewatannya itu. Cikgu Rokiah menyuruh Hakimi mengambil peti ubat di bilik guru. Cikgu Rokiah mencuci dan merawat luka dan tapak tangan Hassan. Setelah lukanya dicuci oleh Cikgu Rokiah, Hassan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rokiah. Tulis lima pengajaran /nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Slide 46

Kita hendaklah berdisplin dengan bangun awal untuk ke sekolah. Kita juga mestilah berdikari dengan bangun sendiri agar tidak menyusahkan ibu kita.Seterusnya, kita haruslah mementingkan kesihatan, contohnya bersarapan sebelum ke sekolah.Di samping itu, kita wajar mementingkan keselamatan seperti berhati-hati semasa menunggang basikal. Akhir sekali, kita sepatutnya menepati masa dengan datang awal ke sekolah.

Slide 47

SEKIAN TERIMA KASIH

URL: