Solat Sunat Hari Raya

+2

No comments posted yet

Comments

Slide 1

PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH (KRT 3013) Nama : Nor Hashimah bt. Abdul Rahim Kumpulan : EL A07 No ID : D20112053952 Pensyarah : Ramlah bt Mailok Tajuk : Solat Sunat Hari Raya Tarikh :16 November 2012

Slide 2

Solat Sunat Hari Raya

Slide 3

Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

Slide 4

WAKTU SOLAT Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari. Murid-murid boleh merujuk kepada blog (http://shimakualakangsar.blogspot.com)

Slide 5

HUKUM MENGERJAKAN Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

Slide 6

CARA MELAKUKAN SOLAT Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut : سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun. Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas. Selepas dari solat diadakan khutbah. Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

Slide 7

NIAT SOLAT HARI RAYA أُصَلِّي سُنَّةِعِيْدِ الْفِطْرِ / عِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya : Sahaja aku solat sunat Eidil Fitri / Adha 2 rakaat makmum kerana Allah Taala.

Slide 8

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ 

Slide 9

Antara sunat-sunat hari raya - Mandi Sunat Hari Raya - Pakai pakaian yang terbaik - Makan sedikit sebelum keluar ke masjid - Menunaikan solat sunat Aidilfitri - Mendengar khutbah raya - Pergi balik masjid melalui jalan berbeza - Mengucapkan ucapan hari raya

Slide 10

UJI MINDA Pilih jawapan yang betul: 1.Solat sunat hari raya aidilfitri dilakukan pada pagi… ( 1 Syawal, 10 Zulhijjah) 2.Waktu menunaikan solat sunat hari raya ialah pada ( selepas terbit dan sebelum gelincir matahari, selepas subuh dan sebelum zohor) 3.Hukum mengerjakan solat sunat hari raya ialah (sunat, sunat muakkad) 4.Perkara sunat yang dilakukan pada hari raya ialah (memakai pakaian baru, mendengar khutbah)

Slide 11

TAHNIAH!!!

Slide 12

SILA CUBA LAGI!!!

Slide 13

TUGASAN Jawab Soalan-soalan berikut: Bilakah waktu menunaikan solat hari raya Aidil Fitri/ Aidil Adha? Apakah hukum menunaikan solat sunat hari raya? Sebutkan bilangan takbir yang dilakukan pada rakaat pertama dan kedua. Senaraikan 4 perkara sunat yang dilakukan pada hari raya.

Slide 14

Rujukan Dato’ Ismail Kamus. (2000). Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd. Haji Johari Haji Alias. (1991). Amalan dan Ibadat Seharian, Kuala Lumpur : Amiza Publishing Sdn. Bhd. Takbir Raya Ustaz Asri, Youtube. (http://www.youtube.com/watch?v=13uAOyLIIJA)

Slide 15

TAMAT JUMPA LAGI!

Summary: Slide

URL: