kbkk 2009

+37

No comments posted yet

Comments

Slide 1

ITEM KBKK SEJARAH SPM JPWP 2009 Oleh: Pn. Masariah Mispari Untuk: Bengkel Pembinaan ITEM KBKK SPM Guru – Guru Sejarah JPWP Tarikh: 20 Mei 2009 Tempat: SMK Seri Permaisuri. KL

Slide 2

FOKUS PEMBINAAN ITEM KBKK Mengetahui kaedah pembinaan item kbkk Mengenal pasti tajuk dan sub-tajuk yang sesuai mengikut topikal Membina lima soalan bagi setiap topik secara perbincangan Pembinaan Soalan Kreatif Menyediakan Jawapan

Slide 3

Kaedah pembinaan item KBKK Item kbkk / munasabah mesti mempunyai perkaitan dengan soalan pokok - Tema, Topik, Sub- topik - Nilai- nilai murni - Iktibar yang boleh diambil - Unsur patriotisme - Aplikasi / amalan kehidupan - Futuristik / KMD - isu semasa - Penyelesaian masalah - Konsep / dasar / prinsip

Slide 4

Perkaitan Isu semasa Jelaskan peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan negara SPM 2008: 9c Pada pendapat anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesabuah negara? SPM 2008: 1e Berikan pendapat anda tentang kepentingan undand-undang kepada sesebuah negara? SPM 2005: 1d

Slide 5

Perkaitan unsur patriotisme Berikan empat cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara SPM 2008: 7c Berdasarkan pemerhatian anda , apakah pencapaian Malaysia hari kini yang boleh menjadi kebanggangenerasi akan datang SPM 2008: 6c

Slide 6

Perkaitan Iktibar Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripada masyarakat kerajaan maritim. SPM 2007: 1e Jelaskan iktibar yang boleh di ambil daripada perjanjian Hudaibiyahkepada perkembangan Islam SPM 2008: 3d Apakah sikap perjuangan pemimpin tempatan yang boleh dijadikan iktibar? SPM 2005: 4c

Slide 7

Perkaitan aplikasi / pengamalan Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia , bagaimanakah anda mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam dalam pentadbiran anda SPM 2007: 2d Bagaimanakah anda boleh merealisasikan kejayaan k- ekonomi? SPM 2006: 4d Bagaimanakah anda boleh menjadi warga global yang bertanggung jawab kepada kesejahteraan sejagat?

Slide 8

Perkaitan futuristik /KMD Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , apakah yang akan berlaku sekiranya Malayan Union dilaksanakan di Tanah Melayu SPM 2006: 7c

Slide 9

Perkaitan Penyelesaian Masalah Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah pembesar Melayu tidak dapat meneruskan penguasaan mereka terhadap perushaan bijih timah? SPM 2008: 8b Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pembesar melayu untuk memastikan mereka menguasai perlombongan bijih timah pada masa itu? SPM 2008: 8c Berdasarkan pengetahuan sejarah anda bagaimanakah sesabuah negara dapat mengelakkan berlakunya peperangan? SPM 2006: 9c Bagaimanakah kita dapat mengelakkan berlakunya Zaman Gelap di negara kita?

Slide 10

Perkaitan nilai – nilai murni Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliyah menghalang pembentukan masyarakat bermoral SPM 2008: 6c Apakah ciri-ciri warganegara Malaysia yang bersatu?

Slide 11

Perkaitan konsep /dasar / prinsip Negara kita Malaysia dibentuk tanpa pertumpahan darah. Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda SPM 2007: 7c Dasar luar Malaysia mengamalkan yang mengutamakan kesejahteraan serta keamanan serantau dan dunia telah memberi kebaikan kepada negara kita Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda SPM 2007: 9c Pada pandangan anda, adakah PBB berjaya melaksanakan tanggung jawab sebagai badan pengaman dunia ? Berikan alasan anda SPM 2008: 4d

Slide 12

Skema pemarkahan Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripada masyarakat kerajaan maritim. SPM 2007: 1e F1 Semangat meneroka dan berdagang dengan luar F2 Kemahiran pelayaran dan membina kapal untuk perdagangan jarak jauh F3 Kemahiran astronomi – melihat bintang untuk menentukan arah F4 Kemajuan pelabuhan menjadikan orang Melayu pemegang kuasa politik F5 Orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka terulung di Asia Tenggara F6 Berani menceburi perdagangan laut

Slide 13

Skema pemarkahan Bagaimanakah anda boleh menjadi warga global yang bertanggung jawab? F1 Saya mengamal hidup bersatu F2 Saya mematuhi undang- undang F3 Saya menghormati agama orang lain F4 Saya anti keganasan F5 Saya menderma kepada negara yang menghadapi bencana

Slide 14

Selamat berbengkel

Summary: Mengenali soal Sejarah KBKK SPM

Tags: sejarah kbkk spm

URL: