LDP Multimedia

+3

No comments posted yet

Comments

Slide 1

ICT dan Komunikasi dalam P&P

Slide 2

Apakah Maksud Penggunaan ICT dalam P&P Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses keberkesanan dalam P&P

Slide 3

Apa Manfaat ICT Dalam Pembelajaran? ✓ Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. ✓ memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. ✓ meningkatkan motivasi murid. ✓ membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). ✓ Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi. ✓ Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. ✓ Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. ✓ Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. ✓ meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid. ✓ memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. ✓ meningkat kemahiran ICT.

Slide 4

Penggunaan ICT dalam P&P dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun" atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P perkara ­perkara berikut perlu diberi perhatian

Slide 5

Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh Menggunakannya dalam P&P ? Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperoleh melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pelajaran.

Slide 6

5 Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P ? • Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Hendak seribu daya!!!!

Slide 7

Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P ? Penggunaan ICTdalam P&P dapat dilihat dan dua aspek: Aspek pengajaran iaitu (guru mengguna ICT). Aspek pembelajaran ( murid mengguna ICT).

Slide 8

Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai : • Tutorial • Penerokaan (eksploratori) • Aplikasi • Komunikasi

Slide 9

Dalam konteks pengajaran ICT boleh diguna sebagai : alat persembahan alat demonstrasi.

Slide 10

ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL Apakah maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial? ICT untuk pembelajaran tutorial diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Slide 11

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

Slide 12

Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial? Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

Slide 13

lstilah Computer Assisted Instruction (CAl) diguna untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudianya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia.

Slide 14

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).

Slide 15

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Menggunakan Pendekatan ini ? Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut:

Slide 16

✔Kelas yang mengandungi kemampuan belajar yang berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer. ✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer. ✔ Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan. ✔ Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.

Slide 17

ICT UNTUK PEMBELAJARAN PENEROKAAN (EXPLORATARY) Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Slide 18

Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk : Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Slide 19

Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

Slide 20

Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan ? Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

Slide 21

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan ini? ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi: pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan. pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan. Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Slide 22

Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan? kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. memberi peluang dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

Slide 23

ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?

Slide 24

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat P&P     Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.

Slide 25

Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi? - Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. - Guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. -Murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

Slide 26

ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI Apa Maksud ICT Sebagai Alat Komunikasi?

Slide 27

ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

Slide 28

ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:   Teknik Seorang ­ Sendirian, Teknik Seorang kepada Seorang, Teknik Seorang kepada Ramai, Teknik Ramai kepada Ramai.

Slide 29

Teknik Seorang- sendirian Mesengger E-mail Mencari maklumat dari internet

Slide 30

Teknik Seorang kepada Seseorang .Chatting Berbual berbincang di dunia maya tanpa sempadan

Slide 31

Teknik Seorang kepada Ramai, .Sidang Video Kuliah atau pengajaran secara on-line jarak jauh

Slide 32

Teknik Ramai kepada Ramai, .Sidang Video Forum dan soal jawab dalam sidang video atau media

Slide 33

TAMAT ROSLE BIN YASIN SMK DANAU KOTA, SETAPAK KUALA LUMPUR

URL:
More by this User
Most Viewed