Tamadun Mesopotamia

+109

No comments posted yet

Comments

PuworkUtara (1 week ago)

Kenapa download disable

Slide 1

TAMADUN AWAL MANUSIA Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Slide 2

Slide 3

LOKASI Mesopotamia (perkataan Yunani) bermaksud Tanah di antara dua sungai. Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates Sungai tersebut mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hingga ke Teluk Parsi. Dikelilingi oleh Pergunungan Zogras (timur laut), daratan tinggi Arab (barat daya) dan Teluk Parsi (selatan)

Slide 4

Slide 6

Kerangka Masa Berkembang daripada pertempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 – 5000 S.M. Pada sekitar tahun 3500 S.M. berkembang menjadi pusat tamadun awal. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria (3500 S.M.). Terbahagi kepada tujuh zaman pemerintahan. Kerajaan terakhir ialah Kerajaan Chaldea (593 S.M.). Parsi menguasai wilayah Mesopotamia selepas kejatuhan kerajaan Chaldea.

Slide 7

Kerajaan-Kerajaan Mesopotamia

Slide 8

KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI Telah diperkenalkan oleh Raja Hammurabi yang memerintah kerajaan Babylon. Mempunyai 282 undang-undang dan dipahat pada tiang besar serta tembok untuk dibaca dan dipatuhi oleh rakyat Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Hukuman dan denda adalah setimpal tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.

Slide 9

Raja Hammurabi Memerintah dari tahun 1792 – 1750 S.M. Berasal daripada keturunan Amorite. Banyak membina negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.

Slide 10

Kod undang-undang Hammurabi yang dipahat pada tiang besar dan tembok.

Slide 11

KEPENTINGAN KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI Mengelakkan berlakunya permasalahan di kalangan masyarakat Mesopotamia Mengukuhkan sistem sosial masyarakat Mesopotamia Mewujudkan perpaduan masyarakat Mesopotamia Membantu masyarakat Mesopotamia bertahan dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M. Menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia

Slide 12

Hukuman & Denda Berdasarkan Kod Undang-undang Hammurabi Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat. Contohnya: Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan yang lain, tulangnya juga akan dipatahkan. Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seorang rakyat biasa, bangsawan itu didenda satu wang perak.

Slide 13

SISTEM TULISAN Sistem pendidikan bertujuan untuk melahirkan jurutulis Jurutulis merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan Semua urus niaga disertakan dengan nota, resit, dan surat kredit. Melahirkan tradisi kesusasteraan. Contohnya Epik Gilgamesh

Slide 14

TULISAN CUNIEFORM adalah sejenis tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku. Tulisan ini dibentuk dengan menggunakan sejenis pen daripada rumput buluh yang ditekan pada tanah liat basah. Kepingan tanah liat ini dijemur hingga keras.

Slide 15

EPIK GILGAMESH Merupakan hasil kesusasteraan tertua di dunia. Mengandungi falsafah dan cara hidup org mesopotamia. Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.

Slide 16

ILMU ASTRONOMI Mencerap pergerakan Bulan, Bintang dan Matahari Perkembangan Ilmu Matematik spt sistem mengira Perpuluhan, +, -, X, ÷, dan punca kuasa dua. Perkembangan Ilmu Geometri Menggunakan jalan laut Mencipta kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.

Slide 17

ILMU PERUBATAN Ilmu perubatan berkembang dengan pesat semasa pemerintahan Kerajaan Assryria. Lebih kurang 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan dikatalog dan disampelkan cara penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan dicatat sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

Slide 18

SISTEM PENGANGKUTAN PENCIPTAAN RODA Menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan dan pengangkutan. Mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan mengawal banjir KAPAL LAYAR Membolehkan penguasaan terhadap jalan laut. Dapat berhubung dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean.

Slide 19

SENI BINA Membuat batu bata daripada tanah liat. Mencipta arca seperti Patung Raja Gudea dan tiang batu dalam seni bina ziggurat.

Slide 20

PEMBINAAN EMPAYAR Raja Sargon berjaya mewujudkan Kerajaan Akkad (empayar pertama di dunia) Berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.

Summary: Sejarah Tingkatan 4. Bab 1 Tamadun Awal Manusia. Tamadun Mesopotamia.

Tags: tamadun mesopotamia

URL:
More by this User
Most Viewed
Previous Page Next Page
IntelSharingExperience
IntelSharingE...
 
 
 
Previous Page Next Page