|
|
SEMANTIK
DEFINISI Berasal daripada bahasa Yunani: sema →tanda/lambang Kajian fenomena makna dalam bahasa Definisi semantik menurut beberapa sarjana: Ogden dan Richards (1923) de Saussure
Click to add title Ogden dan Richards (1923) Segi Tiga Semiotik Konsep Bentuk/Simbol Rujukan
de Saussure signified [makna] tanda <buku> signifier <b,u,k,u> [bunyi] intrabahasa ekstrabahasa
Semantik juga boleh didefinisikan sebagai: Bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Diiktirafkan juga sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat. Makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal (Makna sesuatu perkataan itu sendiri) dan juga konteks( ayat yang merujuk kepada sesuatu perkataan)
Semantik leksikal(Perkataan) Semantik leksikal merupakan kajian mengenai sesuatu perkataan tersebut bagi mendapati isi perkataan tersebut tanpa melihat keseluruhan ayatnya. Contoh: “Ayah saya pemandu”
Semantik konteks(Rujukan) Semantik konteks merupakan kajian yang mengkaji sesuatu ayat dengan merujuk kepada sesuatu ayat lagi bagi memahami maksud ujaran/ keseluruhan ayat. Contoh: “ Orang itu pengarah syarikat” “Orang itu abang saya” Walaupun ayat tersebut berlainan makna, namun ayat-ayat tersebut membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.
Teori Semantik 1.Teori Tekanan Sosial (Adam Smith) Bunyi yang berbeza dicipta berdasarkan pengalaman yang berbeza Semakin banyak bunyi atau tanda digunakan dan difahami → manusia dapat berhubung dengan lebih mudah Contohnya: Penggunaan bunyi buluh yang diketuk → menghasilkan bunyi ‘tok-tok-tok’. Jika buluh itu diketuk 10 kali → ada orang sakit. Jika bunyi ketukan itu panjang sedikit → ada orang kampung yang meninggal dunia.
2.Teori Onomatopeia (J.G.Herder) Penamaan sesuatu rujukan(benda) disesuaikan dengan bunyi yang dihasilkan oleh rujukan tersebut. Manusia meniru bunyi haiwan atau alam, adakalanya disesuaikan untuk mudah dibunyikan. Contoh : ‘cak-cak’ ditambah ‘ci’ menjadi ‘cicak’ ‘sir’ ditambah ‘de’ menjadi ‘desir’ ‘kerik-kerik’ ditambah ‘ceng’ menjadi ‘cengkerik’
3.Teori Seruan Apabila seseorang kehairanan keluarlah bunyi [o], berasa sakit [uh], melihat sesuatu yg jijik [i] Bunyi seperti ini disebut seruan Contoh: Aduh, sakitnya kepalaku ini!
4.Teori Ding Dong Bunyi daripada benda → pengwujudan luaran, bunyi daripada manusia → pengwujudan dalaman. Muller mengatakan: apabila bunyi luaran diganti oleh bunyi dalaman → terbentuklah akar bahasa. Contoh: Bunyi ‘gooong’ ditiru oleh manusia apabila sejenis logam diketuk dan menghasilkan bunyi tersebut → alat tersebut dinamakan gong.
5. Teori Isyarat Gerakan mimetik → gambaran wajah utk menyatakan emosi dan perasaan Gerakan pantomimik → gambaran gerak tubuh untuk menyatakan sesuatu gagasan Gerakan artikulatoris → gerak mulut untuk hasilkan ujaran Ketiga-tiga gerakan sering digunakan manusia Namun, gerakan artikulatoris ialah gerakan paling lengkap digunakan semasa berkomunikasi. Dalam keadaan tertentu, ketiga-tiga gerakan digunakan serentak.
JENIS-JENIS MAKNA Makna denotatif/tersurat Makna konotatif/tersirat Makna afektif Makna emotif Makna luas Makna sempit Makna gaya Makna tekanan
i. Makna denotatif/tersurat Makna yang tersurat/ makna umum/ makna leksikal/ makna kamus → makna yang sesuai dengan rujukan/ pemerhatian alat indera/ makna yang nyata Contoh: Buaya yang mengganas itu telah ditangkap. Buaya dalam ayat itu bermaksud sejenis binatang buas yang tinggal di dalam air, tetapi boleh juga naik ke darat.
ii. Makna konotatif Makna tersirat atau bukan literal/tersurat Lebih mengutamakan nilai komunikatif (rujukan penutur berdasarkan konteks) Contoh: Jangan percaya sangat kata-kata Imran kerana dia itu buaya. Buaya dalam ayat tersebut → seorang lelaki yang suka memujuk dan menipu wanita.
iii. Makna afektif Muncul akibat reaksi pendengar/ pembaca terhadap penggunaan kata Kebalikan daripada yang disebutkan Contoh: Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak sepertinya → makna afektif → orang yang mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.
iv. Makna emotif Makna yang sama tetapi berbeza nilai rasa bahasanya Perkataan meninggal dunia, mangkat, wafat, mampus, kojol → makna emotif Kesemua contoh kata tersebut mendukung maksud mati Penggunaan perkataan yang berbeza menimbulkan nilai yang berbeza
v. Makna luas Makna yang terkandung dalam sesuatu perkataan → lebih luas daripada makna sebenar. Contoh : Universiti → institusi pengajian tinggi tempat mempelajari pelbagai bidang ilmu dan kajian ilmiah. Makna luas universiti merangkumi pelbagai aspek seperti profesor, pensyarah, bilik kuliah dan mahasiswa.
vi. Makna sempit Makna yang terkandung dalam perkataan tersebut semata-mata. Contoh : Siku Alia luka semasa terjatuh tadi. Anggota badan yang luka tidak melibatkan anggota badan Alia yang lain, hanya pada bahagian siku sahaja.
vii. Makna gaya Perkataan khas yang selalu dikemukakan oleh seseorang pengarang dalam karyanya. Contoh: Gaya penulisan Shahnon Ahmad boleh dikenali, misalnya beliau gemar menggunakan dialek Kedah dalam penulisannya.
viii. Makna tekanan Perkataan yang diberi penekanan semasa ujaran Perkataan itu mewakili makna utama dalam keseluruhan ujaran tersebut. Contoh: Amira MELAHIRKAN bayi perempuan. Amira melahirkan bayi PEREMPUAN.
HUBUNGAN MAKNA Melihat hubungan makna antara satu perkataan dengan perkataan lain. Kajian semantik tradisional: i. Sinonim ii. Antonim iii. Homonim iv. Hiponim v. Polisemi
i. Sinonim Dua perkataan atau lebih yang maknanya hampir sama atau maknanya seolah-olah sama Contoh: cantik boleh disinonimkan dengan indah indah boleh disinonimkan dengan cantik → perkataan cantik dan indah bersinonim (kedua-dua boleh ditukar ganti) Contoh lain: ibu - emak kekal - abadi senang - mudah
ii. Antonim Dua perkataan atau lebih yang maknanya berlawanan. Contoh: gemuk antonimnya kurus lelaki antonimnya perempuan Siti masih bujang, sedangkan semua adiknya sudah berkahwin.
iii. Homonim Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, mendukung makna yang berbeza. Contoh: haus → kering tekak haus → berkurangan besarnya Dalam kamus, ditandai angka Roman (I,II dan III) Contoh perkataan lain yang berhomonim: mancung mancung I makin kecil ke hujung mancung II seludang kelapa yang kering
Homonim mengandungi dua konsep, iaitu homofon dan homograf Homofon Perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. Perkataan bang dan bank sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya berbeza. bang → abang dan azan bank → tempat berurusan wang.
Homograf Perkataan yang sama ejaannya, tetapi sebutan dan maknanya berbeza. Contohnya: semak [semak] dan semak [səmak] perang [perang] dan perang [pərang]
v. Hiponim Perkataan yang maknanya dianggap sebagai sebahagian daripada makna suatu perkataan lain. Misalnya, perkataan mawar berhiponim dengan bunga, kerana makna mawar termasuk dalam makna bunga. Contoh perkataan berhiponim: burung - merbuk, tekukur, pipit, gagak
vi. Polisemi Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna. Contohnya, perkataan berat mempunyai sembilan makna yang berbeza. Antaranya: i. tekanan benda ii. tidak ringan iii. sukar (dilakukan, diselesaikan) iv. amat sangat, kuat v. menyebelah, memihak vi. berkenaan dengan novel, drama dll yang mengisahkan perkara yang serius (seperti pergolakan rumah tangga, perjuangan politik, dan sebagainya)
sambungan… Mempunyai makna yang lebih luas daripada homonim Tidak terbatas pada perkataan sahaja tetapi juga kelompok kata dan ayat. Contoh: i. Pemenggalan bunyi am/bil/kan/tong ii. Imbuhan pe+latih = orang yang melatih atau orang yang dilatih iii. Kelompok kata makan nasi, makan angin, makan gaji, makan garam
by Allen_IPGM | Modified: 3 years ago
Language: Malay | Topic: Education
| 2154 Views | 5597 Downloads | 9 Embeds |
Summary: Yang terbaik adalah lulus dalam ujian-
| URL: |
No comments posted yet
Comments