|
|
LOKASI Tamadun Mesir adalah anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing Sungai Nil inilah lahirnya Tamadun Mesir. Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula di Tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke bumi Mesir yang berpadang pasir, tandus dan gersang telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada kawasan yang subur dan sesuai untuk pertanian dan petempatan
Lokasi Tamadun Mesir
Tempoh Masa Berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik (10 000 S.M – 5000 S.M) Pada tahun 3500 S.M, wilayah di persekitaran dan di bahagian pertengahan Mesir telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.
Tamadun Mesir dibahagikan kepada empat zaman. Selepas melalui zaman kegemilangan, tamadun ini mulai mengalami kemerosotan apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom
Proses Pembentukan Tamadun Manusia yang tinggal di Lembah Nil telah mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian. Selain itu, tercipta peralatan kawalan air dan terusan untuk kesuburan tanah
Untuk itu, mereka telah mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian. Petempatan awal di Lembah Nil berkembang menjadi sebuah perkampungan Kampung-kampung ini bergabung membentuk beberapa buah bandar yang kemudiannya membentuk sebuah nome atau daerah. Kesemua nome ini disatukan dengan salah sebuah bandaraya yang menjadi pusat pentadbiran contohnya, Thinis, Memphis dan Thebes.
Sosial Kehidupan berorganisasi Pengkhususan pekerjaan Pentadbiran Sistem pemerintahan Perkembangan bandar Agama Agama dan kepercayaan Budaya Sistem tulisan
Kehidupan berorganisasi Diketuai oleh Firaun/Pharaoh yang merupakan raja yang mempunyai kuasa mutlak dan dianggap suci. Jawatan firaun adalah diwarisi secara turun temurun. Sewaktu zaman lama, Firaun dianggap jelmaan Tuhan Horus. Semasa pmerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari, iaitu Amon-Re.
Firaun juga bertindak sebagai ketua pendeta, pemilik tanah , ketua hakim dan ketua pahlawan. Golongan bangsawan, rahib,tuan tanah serta jurutulis berada dibawah Firaun. Diikuti oleh golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan. Golongan hamba berada di peringkat paling bawah.
Organisasi sosial
Pengkhususan pekerjaan Perkembangan aktiviti ekonomi telah menyebabkan berlakunya perkembangan tamadun Mesir Dengan wujudnya pengkhususan pekerjaan seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar telah menjadikan tamadun Mesir berkembang maju Eksport utama Mesir ialah tekstil dan kertas Aktiviti ekonomi yang lain termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia.
Pengangkutan air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir. Sungai Nil menjadi laluan dan tempat pelabuhan kapal-kapal dari Thebes, Memphis, Fayoum dan Heliupolis. Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari laut Mediterranean dan Laut Merah
Sistem pemerintahan Pemerintahan diterajui oleh Firaun. Firaun dibantu oleh golongan bangsawan dalam menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan dalam negara Golongan bangsawan ini terdiri daripada pembesar seperti pegawai, penasihat dan juga gabenor.
Para rahib bertanggungjawab untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan Kaum wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam tamadun Mesir dan mereka mengiktiraf kaum wanita sebagai pemimpin.
Firaun Hatshepsut (1501-1479 S.M.) merupakan firaun wanita yang mampu memimpin sebuah empayar besar. Zaman pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian. Pencapaian beliau setanding dengan firaun lelaki yang lain. Kerajaan Mesir merupakan sebuah empayar yang luas yang meliputi wilayah di Nubia, di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah sebelah Asia iaitu Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
Perkembangan Bandar Firaun Menes (3200S.M.) telah berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan. Beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis. Kemudian pusat pentadbiran ini dipindahkan ke bandar Memphis. Kemuncak zaman pertengahan, pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Thebes.
Disamping itu, terdapat juga beberapa bandar penting seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos. Kehidupan di bandar merupakan salah satu ciri yang penting kerana disinilah terletaknya kediaman firaun, pusat pemerintahan, pentadbiran dan juga pelabuhan penting. Bandar turut menjadi pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
Agama dan Kepercayaan Masyarakat Mesir percaya pada konsep politeisme iaitu mempercayai banyak tuhan. Setiap tuhan Mesir selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re(Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin). Mereka juga percaya kepada kehidupan selepas mati
Re(Tuhan Matahari)
Amun(Tuhan Angin)
Ra-Atum(Tuhan Langit)
Upacara penyembahan Tuhan
Mereka percaya mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam mayat juga harus dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati Setiap mayat ditanam bersama barangan dan kelengkapan hariannya. Solekan terhadap mayat, alat kebesaran dan juga jumlah barang yang dikebumikan bersama di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Mayat Firaun(Mumia)
Upacara mengawet mayat Firaun
Pada tahun 1992, makam Tutankhamun II telah ditemui oleh pengkaji Mesir Purba iaitu Howard Carter. Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha menggali cari dilakukan di Lembah Raja di Thebes. Mayat firaun tersebut diselaputi emas seberat 11 kg! Banyak koleksi artifak yang mengagumkan telah dijumpai bersama-sama mayat tersebut.
Sistem Tulisan Tulisan tamadun Mesir Purba dikenali sebagai tulisan hieroglif. Tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan bunyi simbol yang berdasarkan bunyi. Sistem tulisan memainkan peranan penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir terutamanya dalam mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai
Tulisan juga berperanan penting dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan masyarakat tamadun Mesir
Perkembangan Ilmu Pengetahuan Tamadun Mesir amat bergantung kepada Sungai Nil yang menjadi nadi masyarakat. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi telah digunakan oleh masyarakat Mesir dalam usaha mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir berjaya mencipta sistem pengairan yang menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian yang subur.
Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau berjaya membina tembok pengairan sepanjang 123 km bagi menebusguna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10 000 hektar Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
SETAHUN 12 BULAN 365 HARI MUSIM BANJIR MUSIM MENUAI MUSIM MENANAM 30 HARI LMA HARI LAGI DI BULAN TERAKHIR KALENDER MENURUT SARJANA MESIR
Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
Pendidikan dan Penggunaan Kertas Tamadun Mesir mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan dan penggunaan kertas. Ini kerana kepandaian orang Mesir mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak terdapat di sepanjang Sungai Nil di Mesir. Penciptaan kertas ini memudahkan lagi penyimpanan dan mereka tidak lagi bergantung kepada kepingan batu-bata untuk menyimpan khazanah bangsa.
Pokok Papyrus
Kertas Mesir Purba
Tamadun Mesir telah meninggalkan khazanah mereka dalam bentuk rekod bertulis dan terpahat dalam sistem tulisan hieroglif. Keagungan tamadun Mesir dapat dibaca melalui tulisan yang terpahat cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
BATU ROSETTA ditemui di Mesir pada 1799 berhampiran dengan tempat yang bernama ROSETTA. mesej yang sama telah ditulis dalam tiga bahasa. Para pengkaji telah membandingkan tulisan Mesir dengan tulisan Greek dan berupaya buat pertama kalinya memecah kod tulisan hieroglif.
Kerajaan Mesir telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan sejak mereka kecil lagi Institusi pendidikan diletakkan di bawah urusan rumah ibadat dan di bawah pentadbiran kerajaan. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil dan pembinaan bangunan serta piramid.
perubatan Ilmu perubatan juga berkembang dengan pesat dalam tamadun Mesir yang melahirkan ramai pengamal perubatan Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk firaun serta masyarakat Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat adalah berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir
Seni bina Sumbangan utama tamadun Mesir ialah dari segi seni bina iaitu pembinaan piramid. Pembinaan piramid bermula daripada idea Imhotep iaitu saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada firaun Djoser(3150S.M.) Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata.
Imhotep
Beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid ini melambangkan kreativiti masyarakat Mesir. Sehingga hari ini, pembinaan piramid masih menjadi misteri ahli saintis dan pembinaan piramid sangat dikajumi sehingga sekarang.
Kapal Firaun
Sekian,Terima Kasih…. Ikhlas dari kumpulan:Atos Allen Ayu Abby Nama Kumpulan : 4A Video
by Allen_IPGM | Modified: 3 years ago
Language: Malay (Detected) | Topic: Education
| 3679 Views | 1473 Downloads | 7 Embeds |
Summary: Yang Ini kumpulan aku bentang..hehehehe.. Enjoy
| URL: |
No comments posted yet
Comments