|
|
A B C
1. Saya sudah habis ulangkaji pelajaran sejarah tingkatan 4 2. Saya bersedia setiap kali guru memulakan bab/tajuk baru/latih tubi 3. Saya menyiapkan latihan guru tepat pada masanya 4. Saya berusaha membuat dan menyiapkan latihan tambahan. 5. Saya sering membaca dan mengulangkaji pelajaran sejarah 6. Saya ada membuat nota tambahan / nota kecil / peta minda… 7. Saya berminat dalam pelajaran sejarah 8. Saya percaya lulus cemerlang dalam pelajaran sejarah √ atau ×
KERTAS 1 (1249/1) MASA : 1 JAM 40 SOALAN OBJEKTIF BENTUK SOALAN SPM 2008 1. Soalan Aneka Pilihan 2. Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan
Encik Abu telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah. Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia beliau tidak layak untuk A menjadi calon pilihan raya B menyertai parti politik C mendaftar sebagai pengundi D Menjalankan kempen pilihan raya (SPM 2008 Soalan 34)
Bagaimanakah matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar dapat dicapai? I Menyatukan penduduk II Membuka kawasan pertanian baru III Menyediakan kemudahan pinjaman IV Menamatkan kutipan cukai pertanian A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV (SPM 2008 Soalan 37)
Soalan berbentuk KBKK Soalan berdasarkan pernyataan Soalan Berdasarkan tokoh Soalan berdasarkan bahan rangsangan/stimulus (dialog, rajah, maklumat, jadual, pantun, petikan akhbar dll)
MASA : 2 JAM 30 MINIT BERDASARKAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN (i) Bahagian A : Soalan Struktur (ii) Bahagian B : Soalan Esei
Sebanyak 4 soalan dikemukakan jawab SEMUA soalan Jumlah markah bagi setiap soalan ialah 10 markah. Kesemuanya 40 markah. Cadangan masa ialah 15 minit untuk setiap soalan SPM 2007, 2008 , soalan terakhir merupakan soalan KBKK yang meminta pendapat calon.
Jawab semua soalan Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan Jika ruang jawapan tak cukup, tulis di sebelah bawah jawapan Baca setiap soalan dengan teliti kerana biasanya setiap soalan ada bahagian yang berkaitan Telitikan penggunaan KATA TUGAS
6. Tinggalkan soalan yang sukar, apabila selesai soalan lain jawab kembali soalan tersebut. 7. Jawapan ringkas dan tepat 8. Telitikan peruntukan markah. Terkini 1 isi bersamaan 1 markah sahaja. 9. Calon digalakkan menambahkan isi jawapan jika kurang yakin isi yang diberikan menepati kehendak soalan. 10. SPM 2008, soalan 1(d), 1(e),2(d),3(e),ialah soalan KBKK
1 (c) Pada pandangan anda, apakah kebaikan sistem pemerintahan demokrasi kepada sesebuah negara? (2 markah) Jawapan: (i) menjamin keamanan/keharmonian/kestabilan (ii)memajukan ekonomi negara - mengukuhkan perpaduan rakyat (mana-mana 2x1m)
Calon perlu menjawab TIGA SOALAN daripada lima soalan yang dikemukakan Jumlah markah setiap soalan ialah 20 markah. Kesemuanya 60 markah. Cadangan masa ialah 30 minit untuk setiap soalan. SPM 2008 setiap soalan esei ada 3 pecahan soalan kecil SPM 2008 soalan 5(c), 6(c), 7(c), 8(b), 8(c), 9(b), 9(c) merupakan soalan KBKK
Jawab tiga soalan sahaja tetapi kalau jawab lebih, markah bagi tiga tiga jawapan terbaik diambilkira, Tulis jawapan dalam bentuk esei/karangan Jawapan mesti dalam ayat sempurna dan lengkap serta berperenggan. Elakkan memberikan jawapan dalam bentuk ‘point form’/jadual/gambar rajah Baca soalan dengan teliti dan perhatikan kata tugas dan kehendak soalannya
6. Tinggalkan ruang kosong setelah habis menjawab kerana anda mungkin hendak menambah isi jawapan lagi. 7. Jawapan tidak perlu pendahuluan dan penutup 8. Kuantiti jawapan berdasarkan jumlah markah. 9. Setiap isi jawapan tepat bersamaan 1 markah. 10. Markah diberikan berdasarkan Fakta (F)/Huraian (H)/ Contoh (C) 11. Catat dahulu isi jawapan di atas kertas tulis 12. Jawapan berdasarkan buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5
6. Dari tahun 300M. Hingga 610 M., masyarakat Arab hidup pada zaman yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah. (a) Mengapakah masyarakat pada zaman tersebut dikenali sebagai masyarakat Arab Jahiliah? (4 markah) (b) Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. (10 markah) (c) Bagaimanakah pengamalan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah menghalang pembentukan masyarakat bermoral? (6 markah)
6(a) MENGAPAKAH MASYARAKAT ARAB INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH ? [4 MARKAH] MASYARAKAT ARAB INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH KERANA TIDAK SEMBAH ALLAH SWT. MASYARAKAT ARAB INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH KERANA MENGAMALKAN ANIMISME. MASYARAKAT ARAB INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH KERANA HIDUP DALAM KUCAR-KACIR. MASYARAKAT ARAB INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH KERANA AKHLAKNYA RENDAH. MASYARAKAT ARAB INI DIKENALI SEBAGAI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH KERANA MENYEMBAH BERHALA MAKS. 4 MARKAH
Pelajar tidak akur dengan pemarkahan Jawapan terlalu panjang dan meleret-leret Tulisan sukar dibaca Penguasaan bahasa dan ayat tidak kemas Jawapan ‘point form’/nota ringkas Maksud dan pemahaman konsep sejarah lemah Pelajar menghafal jawapan tanpa mengikut kehendak soalan Pelajar menumpukan soalan/tajuk popular sahaja Pelajar kurang persediaan dan kurang perancangan Pelajat melakukan kesalahan ‘rubric’ iaitu menjawab lebih tiga soalan esei
DISEDIAKAN OLEH, MOHD. ZAIHURIN BIN HUSIN SMK TAMAN SETIAWANGSA
Summary: Ceramah Menjawab Sejarah SPM 1249 di SMK Taman Setiawangsa
| URL: |
No comments posted yet
Comments