TEKNIK MENJAWAB BAHASA MALAYSIA PMR 2008

+89

No comments posted yet

Comments

Slide 1

FORMAT BAHASA MALAYSIA PMR KERTAS 1 (02/1) MASA : 1 JAM 40 SOALAN OBJEKTIF Soalan 28 – 30 : Peribahasa Soalan 31 – 35 : Petikan Cerpen / Drama / Prosa Tradisional Soalan 36 – 40 : Sajak / Pantun / Syair Soalan 1 – 27 : Sistem Bahasa

Slide 2

KERTAS 2 (02/2) MASA : 2 JAM 4 BAHAGIAN DAN 5 SOALAN

Slide 3

BAHAGIAN A (i) RINGKASAN (20 MARKAH) PANDUAN MENJAWAB Garis kehendak soalan Baca teliti dan cari isi-isi penting Tulis 5 / 6 isi penting Panjang ringkasan tidak melebihi 80 pp Gunakan penanda wacana yang sesuai contohnya : Selain itu, Malah, Seterusnya, Tambahan pula, dll

Slide 4

PEMARKAHAN KATEGORI CEMERLANG BAHASA (9-10 MARKAH) BAHASA (10 MARKAH) Baik dan lancar Menggunakan ayat sendiri Pemilihan kata yang tepat Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul Penanda wacana yang sesuai

Slide 5

ISI (10 MARKAH)

Slide 6

PERATURAN PEMARKAHAN RINGKASAN

Slide 7

CONTOH RANGKA JAWAPAN RINGKASAN Kehendak soalan ialah isi pertama. Selain itu, isi kedua. Malah, isi ketiga dan isi keempat. Akhir sekali, isi kelima merupakan kehendak soalan

Slide 8

CONTOH JAWAPAN PMR 2006 Langkah-langkah berjimat cermat ialah rakyat perlu berjimat ketika berbelanja. Selain itu, perancangan kewangan pada peringkat keluarga perlu dibuat secara bersama-sama oleh suami isteri. Malah, hasil perbincangan ini perlu dijelaskan kepada anak-anak dan kita perlu menjadi pengguna yang bijak menguruskan kewangan peribadi. Akhir sekali, pihak pengurusan hendaklah mengawal penggunaan kemudahan pejabat merupakan langkah-langkah berjimat cermat.

Slide 9

ANALISIS SOALAN PMR PMR 2005 – Usaha-usaha Perdana Menteri untuk membangunkan negara. (Utusan Malaysia, Oktober 2004) PMR 2006 – Langkah-langkah berjimat cermat (Utusan Malaysia, 11 Ogos 2005) PMR 2007 – Sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna. (Berita Harian, 16 April 2006)

Slide 10

BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN (10 MARKAH) SOALAN 1 : MAKSUD KATA/RANGKAI KATA (2 MARKAH) SOALAN 2 : PEMAHAMAN (4 MARKAH) SOALAN 3 : KEMAHIRAN BERFIKIR (4 MARKAH)

Slide 11

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN Jawab dengan menggunakan ayat yang lengkap Markah dipotong sekiranya jawapan dalam bentuk poin Maksud kata/rangkai kata mesti menepati konteks Isi cukup, lengkap dan ayat gramatis

Slide 12

BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN (20 MARKAH) PANDUAN MENJAWAB Tulis sekurang-kurangnya 2 isi daripada bahan rangsangan PMR 2005, PMR 2006 dan PMR 2007 tiada had jumlah patah perkataan Pelajar dicadangkan menjawab dalam masa 25 minit

Slide 13

CARA MENJAWAB KARANGAN BAHAN RANGSANGAN Garis tugasan soalan Teliti bahan rangsangan Catat isi-isi penting Tulis karangan – Pendahuluan, Perenggan isi dan penutup Semak karangan

Slide 14

PEMARKAHAN KATEGORI CEMERLANG (16 – 20 MARKAH) Penggunaan kata dan ayat gramatis Penggunaan kosa kata luas dan tepat Ejaan dan tanda baca yang betul Kesalahan minimum penggunaan kata Idea relevan berdasarkan tugasan soalan Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang Pengolahan menarik dan berkesan

Slide 15

ANALISIS SOALAN PMR PMR 2005 – Kitar semula (gambar) PMR 2006 – Kebaikan gotong royong (Rajah) PMR 2007 – Aktiviti sempena pesta flora (gambar)

Slide 16

BAHAGIAN C : KARANGAN RESPONS TERBUKA (40 MARKAH) JAWAB 1 SOALAN DARIPADA 5 SOALAN TULIS KARANGAN MELEBIHI 180 PATAH PERKATAAN KESALAHAN EJAAN TOLAK ½ MARKAH, MAKSIMUM 2 MARKAH

Slide 17

CARA MENJAWAB KARANGAN RESPONS TERBUKA MEMILIH SOALAN MENGGARISKAN KATA KUNCI MEMBUAT RANGKA KARANGAN MENULIS KARANGAN MELEBIHI 180 PATAH PERKATAAN MENYEMAK KARANGAN

Slide 18

BENTUK PENDAHULUAN KARANGAN DEFINISI- memberi makna/penerangan tentang kata kunci tajuk PENDAPAT- menyatakan pendapat tokoh /masyarakat umum tentang sesuatu isu PERIBAHASA - menggunakan simpulan bahasa,perumpamaan,kata hikmat dll SUASANA – menggambarkan tajuk melalui suasana/gambaran yang sesuai dan nyata PERSOALAN – mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan tajuk soalan SEJARAH – mengaitkan tajuk dengan sejarah silam GABUNGAN MANA-MANA DI ATAS

Slide 19

CONTOH SOALAN : MEMBACA IALAH AMALAN MULIA. TULIS KARANGAN TENTANG CARA-CARA IBU BAPA DAPAT MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK. CONTOH PENDAHULUAN Membaca ialah amalan yang banyak mendatangkan faedah. Oleh sebab itu, minat membaca perlu disemaikan sejak kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Slide 20

ISI-ISI PENTING SATU ISI DITULIS DALAM SATU PERENGGAN KARANGAN JENIS FAKTA, PENDAPAT, PERBINCANGAN …ISINYA PERLU MENGANDUNGI * AYAT TOPIK * AYAT HURAIAN * AYAT CONTOH * AYAT KESIMPULAN

Slide 21

CONTOH SOALAN : MEMBACA IALAH AMALAN MULIA. TULIS KARANGAN TENTANG CARA-CARA IBU BAPA DAPAT MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK CONTOH PERENGGAN ISI Untuk menggalakkan kanak-kanak membaca, ibu bapa haruslah menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa harus mempunyai sikap gemar membaca terutamanya pada masa lapang. Antara bahan bacaan yang boleh dibaca ialah akhbar, majalah, buku dan sebagainya. Oleh itu, sikap ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak untuk minat membaca.

Slide 22

BENTUK PENUTUP/KESIMPULAN SECARA KESIMPULAN/KONKLUSI – isi dirumuskan … terdapat cadangan/harapan dan kesan MENJAWAB PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN DALAM PENDAHULUAN MENGAKHIRI DENGAN UNGKAPAN seperti kata hikmat, simpulan bahasa dan pantun

Slide 23

CONTOH SOALAN : MEMBACA IALAH AMALAN MULIA. TULIS KARANGAN TENTANG CARA-CARA IBU BAPA DAPAT MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK CONTOH PENUTUP/KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak agar melahirkan generasi yang berilmu.

Slide 24

ANALISIS SOALAN PMR

Slide 25

BAHAGIAN D : NOVEL (10 MARKAH) Perlu menguasai ketiga-tiga novel Bentuk soalan:- PMR 2002 – PMR 2005 : Pelajar bebas memilih mana-mana novel (Ting. 1 – 3) PMR 2006 : Pelajar diminta menjawab novel Tingkatan 3 sahaja. PMR 2007 : Pelajar diminta menjawab novel tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Slide 26

CARA MENJAWAB NOVEL Jawapan berdasarkan novel yang dipelajari Isi : 6 markah, Bahasa : 4 markah Memerlukan 3 isi serta dihuraikan berserta contoh yang tepat Memerlukan bahasa yang baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul Jangan tulis dalam bentuk poin/catatan

Slide 27

ANALISIS SOALAN PMR

Slide 28

PENEKANAN PMR 2008 Kemungkinan pelajar bebas memilih satu daripada tiga novel yang dipelajari (PMR 2002 – PMR 2005) Kemungkinan pelajar diminta menjawab satu novel yang dipelajari (PMR 2006) Kemungkinan pelajar diminta menjawab dua buah novel yang dipelajari (PMR 2007) Kemungkinan pelajar diminta membuat perbandingan antara dua atau tiga novel Soalan berbentuk pengetahuan asas sastera (PMR 2002 – PMR 2006) Soalan berbentuk kemahiran berfikir

Slide 29

CONTOH SOALAN NOVEL SOALAN PENGETAHUAN ASAS SASTERA Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga pengajarannya SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR Jelaskan tiga keistimewaan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

Slide 30

DISEDIAKAN OLEH, MOHD. ZAIHURIN BIN HUSIN SMK SETAPAK INDAH

Summary: Teknik menjawab Bahasa Melayu PMR Kertas 2 dan analisis soalan.

Tags: bahasa melayu pmr

URL:
More by this User
Most Viewed
Previous Page Next Page
SEJARAH SPM 2009
SEJARAH SPM...
 
 
 
Previous Page Next Page