|
|
klu blh dload kn bgs
JENIS INSTRUMEN IDENTIFIKASI AWAL MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN BAHAGIAN 2
UJIAN SARINGAN DAN UJIAN DIAGNOSTIK
UJIAN SARINGAN DEFINISI Satu instrumen pengukuran yang menyeluruh. Membantu mengesan murid yang lemah.
Mengasing dan menentukan kumpulan murid. Ujian formal atau tidak formal Secara individu atau berkumpulan.
BAHASA LISAN PENGAMATAN (PENGLIHATAN, PENDENGARAN DAN SENSORI MOTOR) BACAAN PENULISAN KANDUNGAN UJIAN SARINGAN
MATEMATIK Operasi-operasi asas. Penyelesaian masalah harian.
KAEDAH PENGESANAN Memperolehi maklumat mengesan kelemahan murid. contoh: Susah mengenal huruf atau perkataan. hiperaktif- tidak boleh duduk diam. PEMERHATIAN
PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Dokumen berbentuk senarai semak iaitu satu set kemahiran-kemahiran kecil.
Menggambarkan pencapaian murid secara keseluruhan. Disediakan pada setiap hujung bulan. Pencapaian dicatatkan dalam bentuk gred. PENTAFSIRAN REKOD PROFIL
UJIAN KERTAS DAN PENSEL Berbentuk objektif dan subjektif. Memberi gambaran pencapaian murid dalam Bahasa dan Matematik.
LATIHAN HARIAN Berbentuk lisan atau bertulis. Dijalankan dari semasa ke semasa. Menguji kefahaman murid tentang tajuk diajar. Lazimnya dalam bentuk lembaran kerja.
SOALJAWAB/ KUIZ Dijalankan untuk memberi petunjuk tentang kefahaman murid dalam topik yang telah disampaikan.
UJIAN FIZIKAL Merupakan temubual dengan guru kelas, ibubapa dan guru besar. Mendapatkan maklumat secara langsung atau tidak langsung tentang pencapaian murid.
UJIAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN Menggunakan alat jangka audio (audiometer) bagi mengesan kesukaran pendengaran di kalangan murid.
Menggunakan Keystone Telebinocular bagi mengesan berbagai kecacatan mata Carta Snellen untuk menguji masalah penglihatan murid melihat dari jarak dekat.
REFLEKSI Sejauh manakah kaedah pengesanan dapat dijalankan dengan berkesan di sekolah anda?
UJIAN DIAGNOSTIK DEFINISI Merupakan satu ujian formatif. Data-data yang diperolehi menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan murid.
Membantu guru mengenalpasti punca kegagalan menguasai sesuatu kemahiran. Analisa keputusan membantu guru merancang program pengajaran kepada individu atau kumpulan secara tepat dan sistematik.
KANDUNGAN UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA LISAN PENGAMATAN (PENGLIHATAN, PENDENGARAN DAN SENSORI MOTOR) BACAAN PENULISAN
KAEDAH PERLAKSANAAN Dilaksanakan setelah guru mengenalpasti murid yang dipilih melalui ujian saringan. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu. Ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil.
Ujian disediakan mengikut urutan kognitif daripada rendah kepada lebih tinggi (pengetahuan, pemahaman, aplikasi). Ujian ini dimulakan dengan ujian lisan serta diikuti dengan ujian bertulis.
Ujian ini diberhentikan sekiranya seseorang murid gagal menjawab dengan betul dalam tiga kemahiran yang berturut-turut. Setiap jawapan murid direkodkan ke dalam borang rekod ujian diagnostik.
KEPUTUSAN UJIAN DIAGNOSTIK Keputusan ujian diagnostik akan menentukan tahap kebolehan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran. Murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dikumpulkan dalam satu kumpulan kecil untuk membolehkan guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai.
Keputusan ujian diagnostik juga membolehkan guru merancang rancangan pengajaran individu.
KAEDAH-KAEDAH LAIN PENGAGIHAN MURID Mengikut kemahiran yang hendak diajar Contoh: dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (Jahitan atau Masakan). Mengikut jantina. Contoh: dalam Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup. Mengikut minat murid.
REFLEKSI Senaraikan kaedah-kaedah pengagihan murid PKBP di sekolah anda.
KUIZ Apakah pendekatan yang digunakan dalam proses pengagihan murid PKBP di negara kita? mengikut jenis kecacatan mengikut umur kronologi tanpa mengikut jenis kecacatan hidup pendekatan menyeluruh
Tujuan utama pengagihan murid mengikut tahap kebolehan adalah untuk …. mengawal tingkahlaku murid memudahkan guru, murid dalam pengajaran dan pembelajaran memberi keseronokan dan motivasi dalam pembelajaran mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti
Nyatakan 2 jenis ujian pengesanan dalam bidang komunikasi. ujian formatif dan sumatif senarai semak dan pemerhatian objektif dan berstruktur saringan dan diagnostik
Mata pelajaran yang diutamakan dalam ujian saringan dan diagnostik adalah. Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni Bahasa dan Matematik Muzik dan Bahasa Bahasa dan Kemahiran Hidup
Kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengagihkan murid bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kecuali.. mengikut jantina mengikut minat dan kebolehan mengikut kategori kecacatan mengikut mata pelajaran
LAMPIRAN CONTOH UJIAN SARINGAN DAN UJIAN DIAGNOSTIK
UJIAN SARINGAN Contoh 1 Kemahiran 1 : Melakukan arahan mudah Arahan : Ikut arahan guru. Berdiri atau duduk Buka mulut awak Angkat tangan awak Tunjuk tiga jari Pegang telinga awak
UJIAN SARINGAN Contoh 2 Kemahiran 7 : Perkataan KVK Arahan : Baca perkataan di bawah.
UJIAN SARINGAN Ini kucing. Ini kucing Ani. Nama kucing ini Pintar. Pintar kuat makan. Ani beri Pintar makan ikan. Warna bulu Pintar putih dan hitam. Contoh 3 : Kemahiran 13 : Bacaan dan kefahaman Arahan guru : Baca cerita bergambar ini dan jawab soalan berikut.
Soalan Pemahaman (Lisan) Ini gambar apa? Ini kucing siapa? Apa nama kucing ini? Ani beri kucing ini makan apa? Apa warna bulu Pintar?
UJIAN DIAGNOSTIK Contoh 1 (Lisan) Kemahiran 5 : Sukukata KV Arahan : 5.1 Tunjuk sukukata yang guru sebut. 5.2 Sebut sukukata yang guru sebut.
Contoh 2 (Praktik ) Kemahiran 3 : Huruf vokal Arahan guru : Suaikan huruf awal dengan gambar yang sesuai.
Contoh 3 (Bertulis ) Kemahiran 12 : Menulis perkataan dan sukukata KVK +KV Arahn guru : Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar. di bawah ini. __ __ __ pu __ __ __ ci __ __ __ pu __ __ __ di __ __ __ __ __
Sekian.
| URL: |
No comments posted yet
Comments