Autisme

+29

No comments posted yet

Comments

sarah_P (5 years ago)

:)

Slide 1

AUTISME CIRI – CIRI DAN PERKEMBANGAN

Slide 2

PERKEMBANGAN OTAK DAN FIZIKAL

Slide 3

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN OTAK Individu Autistik ini dikatakan sebagai “neuro-developmental disorder” iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Di dalam setiap otak manusia, terdapat beribu-ribu sel-sel saraf yang paling berkait dan tersusun dalam bentuk sistem yang boleh mengawal kesedaran luar tubuh, termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman.

Slide 4

Setiap hemisfera otak mengandungi empat bahagian iaitu frontal, temporal occipital dan parietal. Kawasan occipital : sel-sel saraf optik, menganalisa dan memberi maklumbalas tindakan yang perlu dilakukan kepada mata. Temporal lobe : pendengaran dan berhampiran dengan sensori. Bahagian parietal : pusat mengawal motor pertuturan. Bahagian frontal : mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir, membuat perancangan, kegiatan belajar dan menggunakan konsep-konsep perlambangan bahasa. Rujuk gambar rajah 1. Gambar rajah 1

Slide 5

Trevarthen, Aitken, Papouli & Robarts (1998) berpendapat bahawa:- cerebellum merupakan bahagian otak yang kedua besar dan berfungsi a. mengawal keseimbangan badan, mengkoordinasi pergerakan otot , b. mengawal tubuh badan tetap pada kedudukan normal. ii. Sistem saraf pusat terbentuk dan apabila berumur 8 minggu akan menjadi fetus atau janin. Pada ketika inilah mekanisme genetik mula muncul. (Gardner & Stern, 1993). Rujuk gambar rajah 2 Gambar rajah 2

Slide 6

Ketidaknormalan saiz saraf tersebut juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian otak. Berdasarkan kajian yang dibuat, bahagian otak individu Autisme terdapatnya kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus. Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu lagi. Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor. Rujuk gambar rajah 3. Gambar rajah 3

Slide 7

Saraf hippocampus : merangsang untuk belajar dan memori. Kerosakan pada bahagian ini mengakibatkan kegagalan untuk menyimpan maklumat terbaru dalam memori. Kajian ini adalah sama dengan Teori Kognitif Autisme oleh Rimland, B. (1964). Beliau membuat andaian dengan idealnya bahawa kanak-kanak Autisme menghadapi masalah menyimpan maklumat Courchesne dalam Edelson (1999), mendapati dua bidang dalam cerebellum, vermal lobules VI dan VII, yang ternyata kecil (hypolasia) daripada biasa dalam individu autistik dan ini mempengaruhi penumpuan perhatian.

Slide 8

PERKEMBANGAN BAHASA

Slide 9

PUNCA ATAU SEBAB

Slide 10

Fungsi dan bentuk bahasa individu Autistik, adalah agak terkebelakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seumur dengannya. Individu Autistik kurang berpotensi untuk membentuk fleksibiliti dalam bidang penggunaan bahasa. Pertuturan mereka bergantung kepada hafalan. Tajuk perbualan mereka terhad walaupun mereka mempunyai perbendaharaan kata yang luas. Leo Kenner (1943 menghuraikan individu Autistik sebagai sesuatu yang unik di mana berlakunya penarikan diri dalam sosial, tidak mahu mengubah rutin dan terdapat ketidaknormalan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan.

Slide 11

Individu Autistik juga tidak mahu berhubungan dengan orang lain (bersosial) dan berada dalam dunianya sendiri. Rutter (1991), menyatakan Individu Autistik yang telah dikenalpasti sememangnya mempunyai masalah dan pertuturan. Walaupun semasa bayi mereka menangis seperti bayi-bayi lain namun ia tidak sepenuhnya menunjukkan bahasa mereka. Permasalahan dalam bahasa juga berkait rapat dengan masalah sosial dan perkembangan kognitif (Wing, 1976). Namun demikian komponen dalam bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. (Reed, 1994).

Slide 12

Masalah bahasa Autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: 1. Nonsegmental Phonology Individu autistik biasanya menunjukkan kekurangan dalam menghasilkan pertuturan yang “nonsegmental” yang juga disebut “prosody” atau bentuk-bentuk sajak atau puisi (Reed, 1994). Namun bentuk ini berbeza antara satu sama lain dan mereka kerap menunjukkan perbezaan yang berikut: Ritma yang stereotype atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan. Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian. Pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naik tidak seperti biasa. Pic suara yang terhad Nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan.

Slide 13

2. Bahasa Idiosinkratik (Bahasa yang tersendiri) Semua bentuk bahasa yang yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman (Reed,1994). Individu ini mempunyai kecenderungan untuk mengingati perkataan atau frasa dalam konteks di mana pertama kali mereka belajar, tanpa dapat membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama.

Slide 14

3. Masalah Kata Ganti Nama Masalah yang sering terjadi dalam pertuturan individu Autistik adalah ketika penggunaan kata ganti nama. Kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan jantina seperti “he” atau “she” atau penggantian seperti “him” untuk “he”. Ini juga berlaku pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa (Reed, 1994). Masalah yang jelas kepada individu Autistik adalah kata ganti diri pertama dan kedua seperti ‘awak’ untuk dirinya dan ‘saya’ untuk orang lain. Ini adalah kerana: Individu yang mempunyai masalah untuk memahami dan menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti “I”, “you” dan “me” yang berubah penggunaannya menyebabkan sukar untuk memahami makna perkataan ini. Individu Autistik tidak menumpukan perhatian untuk memahami

Slide 15

4. Ekolalia Mc Lean & Synder-Mcl Lean (1978), menyatakan individu Autistik mempunyai masalah teruk di dalam komunikasi dan bahasa serta percakapan yang berulang-ulang. Hermelin, B. & O’Connor, N. (1985) merupakan pelopor dalam kajian tabiat ekolalia di kalangan individu Autistik. Mereka mendapati tiga perempat individu Autistik adalah “echolalic”. Ekolalia ini berlaku apabila individu Autistik mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik (Reed, 1994). 23a

Slide 16

Ekolalia boleh dibezakan namun ia sukar untuk dinilai. 3 jenis ekolalia: Immediate echolalia – pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut. Delayed echolalia - diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut. Mitigated echolalia - pengulangan yang segera tetapi mengandungi perubahan kepada apa yang dituturkan. Kekerapannya yang nyata dan tinggi. Ekolalia terjadi dalam jangka masa yang lama sehingga agak dewasa.

Slide 17

Ekolalia : salinan sebenar apa yang mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata. Ekolalia : disebabkan oleh individu Autistik kurang mempunyai daya kefahaman terhadap apa yang didengari. Apabila daya kefahaman telah wujud, maka kekerapan dalam pengulangan akan berkurangan.

Slide 18

5. Kurang Komunikasi Individu Autistik kurang cekap dalam menarik perhatian rakan perbualannya seperti adanya “eye contact” menunjukkan kepada sesuatu. Mereka lebih suka bertindak sebagai mengajuk lebih daripada menerajui perbualan (Frith, 1989)

Slide 19

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Slide 20

Kajian yang dijalankan oleh Quill (1995) menunjukkan individu Autistik mempunyai ketidakupayaan kognitif dan linguistik. Ketidakbolehan mereka dalam kemahiran interpersonal sebagai individu Autistik adalah hasil daripada ketidakupayaan kognitif dan bahasanya. Terdapat percanggahan pendapat di antara para penyelidik, kerana sukar untuk mengenalpasti dan menguji perkembangan kognitif individu Autistik, sukar menentukan sebab-sebab berlakunya sesuatu tingkah laku dan kesukaran untuk menguji serta mentadbir satu ujian yang standard di atas keadaan atau ciri-ciri individu Autistik maka Leslie & Frith (1985), Prior, Dahl Strom & Squires (1990) dan Simon Baron-Cohen (1995), dalam Edelson (1995), telah membuat satu hipotesis yang dinamakan “Theory Of Mind”.

Slide 21

Teori ini merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk menyedari bahawa orang lain mempunyai pandangan tersendiri mengenai dunia. Sebagai contohnya seorang kanak-kanak menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar berkenaan mengadap kepada rakannya tetapi seorang individu Autistik mungkin menyerahkan dengan belakang gambar menghadap rakannya. Seorang individu Autistik mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pandangan berlainan mengenai gambar tersebut (Edelson, 1999).

Slide 22

Angela James dalam Frith (1993), menyatakan kerencatan akal yang dialami oleh kanak-kanak Autistik adalah lebih teruk jika diukur dari sudut psikologikal, di mana tindakbalas terhadap ransangan adalah perlahan. Ini disebabkan oleh ketidakfungsian kognitif iaitu rangsangan yang diperolehi tidak diproses dengan sempurna. Para penyelidik telah menemui beberapa ketidaknormalan otak Individu Autisme. Namun demikian alasan-alasan ke atas ketidaknormalan ini tidak diketahui dan bagaimana ia boleh mempengaruhi sesuatu tingkah laku. Mereka mengkelaskan ketidaknormalan ini kepada 2 jenis; i. ketidakfungsian di dalam struktur neural otak ii. ketidaknormalan biokomia otak.

Slide 23

Edelson (1995), berpendapat bahawa 10% individu Autistik yang telah berjaya kerana mempunyai kemahiran yang tinggi dan melebihi ukuran kecerdasan kanak-kanak normal seperti; i. berbakat dalam muzik; boleh bermain piano hanya dengan mendengar sahaja tanpa mempelajari not muzik sebelumnya, ii. boleh mendarab nombor yang besar hanya di dalam minda tanpa menggunakan pena dan kertas, iii. dapat menamakan hari bila mana tarikh terjadinya sesuatu dalam sejarah, iv. Menunjukkan kebolehan dalam tugas yang tidak melibatkan pertuturan seperti “assemble puzzles” dan objek yang memerlukan persepsi penglihatan dan kemahiran manipulatif, dan v. Boleh membaca di peringkat awal umur (hyperlexia, tanpa arahan walaupun tiada berkefahaman).

Slide 24

Individu remaja Autistik mengalami kelewatan kognitif. Kognitif mereka berfungsi di bawah tahap “average” dan majoriti individu Autistik berfungsi pada dalam tahap moderate (Ornitz & Ritzo;1976 ).

Slide 25

PERKEMBANGAN SOSIAL

Slide 26

PERKEMBANGAN SOSIAL Individu autisme biasanya gagal membentuk hubungan sosial dan menguasai corak interaksi sosial. Kajian telah dijalankan menunjukkan : mereka selalunya mengalami kelewatan perkembangan sosial individu Autistik mempunyai ciri-ciri yang agak berlainan.

Slide 27

Walau bagaimanapun ketidakupayaan dalam tingkah laku sosial individu Autistik boleh dikategorikan kepada 3 keadaan mengikut (Edelson,1997), iaitu; Penghindaran dalam bersosialisasi (socially avoidant) Pada peringkat bayi, terdapat 2 kategori bayi Autistik. Sebilangan kecil daripada mereka akan melentikkan badan dan memalingkan muka untuk mengelakkan diri daripada diambil oleh orang dewasa. Mereka ini dikategorikan sebagai Autistik yang mempunyai IQ tinggi. Manakala kebanyakan daripada bayi Autistik tidak menghiraukan sesiapa sahaja yang mendukung mereka. Pada usia lingkungan 5 tahun, kanak-kanak Autistik tidak suka didakap atau didekati dan tiada “eye contact”. Terdapat juga yang selalu “tantrum” dan kebanyakannya akan cuba melarikan diri apabila seseorang hendak mendekati atau berinteraksi dengan mereka.

Slide 28

Sebelum ini kita beranggapan bahawa reaksi negatif mereka itu adalah kerana tidak suka ataupun takut kepada orang lain, sebaliknya terdapat teori yang berdasarkan kepada temubual dengan individu Autistik dewasa yang mengatakan bahawa deria mereka terlalu sensitif. Oleh kerana itu mereka enggan disentuh atau mendengar bunyi dan suara. Mereka merasakan seolah-olah kulit mereka disakiti apabila disentuh orang lain. Terdapat juga yang menutup telinga apabila mereka hanya terdengar bunyi pusingan kipas di siling.

Slide 29

Kelainan dalam bersosialisasi (socially indifferent) Ia merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu Autistik itu tidak berinteraksi dengan persekitarannya kecuali memerlukan sesuatu dan tidak pula menghindarkan diri daripada pergaulan. Keseluruhannya individu Autistik tidak begitu kisah apabila bersama orang ramai, tetapi dalam masa yang sama mereka lebih suka menyendiri. Prof.Jaak Panksepp dari Bowling Green State University di Ohio, AS, telah membuat kajian mengenai tahap kandungan sejenis bahan kimia iaitu beta-andorphin. Beliau mendapati kandungan beta-endorphin adalah lebih tinggi di dalam otak kanak-kanak Autistik daripada kanak-kanak normal.

Slide 30

Ini telah memberi kesan kepada corak bersosialisasi untuk mendapat kepuasan hidup. Kajian sedang dijalankan ke atas sejenis dadah yang diberikan kepada individu Autistik iaitu Naltrexone yang boleh menyekat pengeluaran beta-endorphin, dan telah menunjukkan tanda-tanda dapat meningkatkan sosialisasi di kalangan mereka.

Slide 31

3. Kejanggalan dalam bersosialisasi (socially awkward) Kanak-kanak Autistik cuba untuk berkawan tetapi tidak boleh mencapai hasrat tersebut. Ini adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran bersosial dan tidak tahu berbual dengan orang lain. Mereka juga tidak akan meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh individu normal.

Slide 32

Mereka lebih gemar mengasingkan diri dan melakukan aktiviti yang disukai oleh mereka secara berseorangan. Selain itu, bagi kanak-kanak Autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kesalingan sosial yang membolehkan mereka membina hubungan atau interaksi. Mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi sosial. Pierce & Screibman (1997), menyatakan bahawa di dalam persekitaran inklusif, guru sering melaporkan kekurangan interaksi sosial walaupun peluang untuk itu banyak.

Slide 33

Frith (1993), menyatakan bahawa masalah sosial individu Autistik ini boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis iaitu; a. Terasing Tidak suka berkomunikasi ,tidak menggunakan hubungan mata, tidak mencari tempat untuk mengadu bila sedih, namun tidak menolak konteks sosial seperti semasa meminta makan dan minum, bermain dan memberi reaksi kepada muzik. b. Pasif Menerima pendekatan sosial yang dibuat oleh orang lain, melakukan apa yang disuruh, mempunyai pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur. Walaupun konteks sosial dengan individu lain adalah sebahagian dari rutin hariannya namun ia bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi dirinya. Bagaimanapun sebarang tekanan atau perubahan rutin menunjukkan emosi yang tidak boleh dikawal dan membawa kepada tantrum ( amukan )

Slide 34

c. Ganjil Berminat kepada orang lain dan suka disentuh. Mereka suka pergi kepada orang lain yang tidak dikenali dan bertanya nama. Namun mereka tidak tahu masa atau pendekatan yang sesuai. Kebanyakannya mereka akan memberi komen tentang tingkah lakunya yang suka mengganggu dan tidak disukai. Kanak-kanak Autistik tidak dapat bermain bersama rakannya kerana tingkah lakunya luar biasa, tidak berkomunikasi, tidak bertentang mata dan tidak dapat membaca tanda-tanda sosial (Quill, 1995).

Slide 35

PERKEMBANGAN EMOSI

Slide 36

Penentuan umur sosial-emosi dapat memudahkan pemahaman tentang kelakuan individu Autistik. Ada yang berpendapat tahap kefungsian intelek seorang individu Autistik dirasakan sama dengan tahap sosial-emosi. Kadang-kala penjaga atau ibu bapa mempunyai jangkaan yang tidak realistik dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan tahap sosial-emosi. Sebagai contoh seorang individu Autistik dewasa boleh melakukan tugas di tempat kerja dengan begitu baik, namun mempunyai sifat “temper tantrum”, apabila berhadapan dengan masalah yang kecil seperti kelakuan kanak-kanak 5 tahun.

Slide 37

Kanak-kanak Autistik mengalami kesukaran dalam mengenali emosi, yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka. Dalam satu keadaan, kanak-kanak Autistik dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain, digeletek atau pergerakan mengikut muzik. Semakin mereka membesar, individu Autistik menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan ganjil kerana mereka tidak menyorokkan perasaan suka dan tidak suka kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang menunjukkan kemesraan yang melampau.

Slide 38

Individu Autistik juga mempunyai beberapa ekspresi wajah, postur badan yang kaku dan suara yang monotonous (senada). Individu Autistik juga tidak memahami perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh atau dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh terjadi tanpa apa-apa sebab (Wing, 1983). Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak Autistik boleh bekerjasama dalam menjalankan tugasan apabila situasi tersebut dipermudahkan. Namun mereka sering tidak memberi perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau memberi arahan (Wing, 1983).

Slide 39

Edelson (1995), berpendapat bahawa 10% individu Autistik yang telah berjaya kerana mempunyai kemahiran yang tinggi dan melebihi ukuran kecerdasan kanak-kanak normal seperti; i. berbakat dalam muzik; boleh bermain piano hanya dengan mendengar sahaja tanpa mempelajari not muzik sebelumnya, ii. boleh mendarab nombor yang besar hanya di dalam minda tanpa menggunakan pena dan kertas, iii. dapat menamakan hari bila mana tarikh terjadinya sesuatu dalam sejarah, iv. Menunjukkan kebolehan dalam tugas yang tidak melibatkan pertuturan seperti “assemble puzzles” dan objek yang memerlukan persepsi penglihatan dan kemahiran manipulatif, dan v. Boleh membaca di peringkat awal umur (hyperlexia, tanpa arahan walaupun tiada berkefahaman).

Slide 40

TAMAT

URL: