DOWN SYNDROM

+10

No comments posted yet

Comments

Slide 1

DOWN SYNDROM

Slide 2

Apa itu Sindrom Down(DS) Mempunyai karakter fizikal yang boleh dikenal pasti dan keintelektualan yang terhad disebabkan oleh ketidaknormalan pada pasangan kromosom ke 21 Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina 1 : 1000 ke 1 : 1100

Slide 3

PUNCA-PUNCA SINDROM DOWN Keabnormalan hormon Jangkitan Virus Genetik (5%) Peningkatan usia ibu / bapa(Lebih 85%)

Slide 4

CIRI-CIRI SINDROM DOWN Sifat pada kepala,muka dan leher Iras muka hampir sama seperti orang mongol Pangkal hidung kemek Jarak antara mata jauhdan belebihan Sifat pada tangan dan lengan Jari jemari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke bawah Tapak tangan biasanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan “simian crease”

Slide 5

Sifat pada kaki Jari-jari kaki agak pendek dan jarak antara ibu kaki dan jari kaki agak jauh terpisah Tapak kaki biasanya leper Sifat pada otot Biasanya otot lemah menyebabkan mereka menjadi lembik Lewat dalam perkembangan motor kasar

Slide 6

Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan Masalah Jantung Masalah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) – Masalah jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan Patent Ductus Ateriosis (PDA) – salur ateriosis yang berkekalan Masalah Usus Salur esofagus yang tidak terbuka – semasa berumur 1- 2 hari bayi mengalami masalah menelan air liur

Slide 7

Salur usus kecil duodenum tidak terbuka(duodenal atresia) – bayi mengalami masalah muntah selepas menyusu dan perut kelihatan buncit sedikit Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir(dubur) tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirsprung Disease” Masalah perubatan yang lain Hypothyrodism – kurang hormon tiroid Ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher menyebabkan penyakit lumpuh(Atlantoaxial instability) 60-80% bermasalah pendengaran Sebahagian kecil leukimia

Slide 8

Peringkat Perkembangan 0 -3 Bulan Perkembangan motor kasar dan rangsangan Boleh menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan Rangsangan boleh dibuat dengan bercakap-cakap dengan bayi dari arah kiri dan kanan Latihan kawalan kepala boleh dilakukan dengan memangku bayi dalam keadaan separuh duduk dan galakkan bayi menegakkan kepalanya

Slide 9

Perkembangan motor halus dan rangsangan Perkembangan – semasa dilahirkan jari jemari menggenggam dan apabila umur meningkat bayi mula membuka jari-jari dan membawa tangannya ke mulut.Diakhir 3 bulan bayi boleh memegang objek yang diletakkan di dalam tangan sekejap dan kemudian melepaskannya Rangsangan – mengusap belakang telapak tangan bayi dengan jari kita

Slide 10

Perkembangan pertuturan dan bahasa serta rangsangan Perkembangan - Bayi mula mengeluarkan suara dengan tangisan,bayi berumur 6 minggu ke atas mula mengeluarkan bunyi yang perlahan apabila seseoraoran menegurnya.Bunyi akan bertambah jelas menjelang umur 3 bulan ke atas Rangsangan – Bercakap-cakap dan memberi senyuman kepada bayi Jika bayi tidak menunjukan tindak balas perlu mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah pendengaran

Slide 11

Jangka hayat Pada tahun 1929 hanya 9 tahun Tetapi kini dengan kemajuan teknologi perubatan,jangka hayat sehingga 50 tahun dan ke atas Diusia lebih 40 tahun keupayaan badan akan tuirun,hilang ingatan dan hilang kemampuan mengurus diri

Slide 12

Pihak yang dapat membantu anak Sindrom Down Ibubapa – kasih sayang dan perlindungan Doktor perubatan keluarga – Khidmat nasihat,sokongan dan dorongan Pakar kanak-kanak – Kepakaran dalam masalah berkaitan Jururawat Masyarakat – Perkhidmatan perawatan Jurupulih anggota,jurupulih cara kerja dan jurupulih pertuturan – Latihan pemulihan Guru / pendidik – Memberi pendidikan Masyarakat dan sukarelawan yang prihatin

Slide 13

Organisasi yang dapat membantu kanak-kanak Sindrom Down Jabatan Kesihatan – Perkhidmatan dan rawatan Jabatan Pelajaran – Pendidikan dan penempatan persekolahan Jabatan Kebajikan Masyarakat – Kemudahan PDK,pendaftaran dan kemudahan kewangan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan(NGO) – Khidmat nasihat dan sokongan

Slide 14

Pilihan rawatan dan sekolah yang sesuai untuk kanak-kanak Sindrom Down Peringkat 0 – 2 tahun :- Pemulihan di klinik tempatan atau hospital Peringkat 3 – 4 tahun :- Kanak-kanak boleh dibawa menghadiri pusat pemulihan di klinik tempatan,hospital dan PDK Peringkat 5 – 6 tahun :- Digalakkan memasuki TADIKA biasa atau meneruskan pemulihan di klinik,hospital dan PDK Peringkat 7 – 12 tahun :-Ke sekolah Integrasi P. Khas Peringkat 13-18 tahun :- Ke sekolah Menengah Integrasi Peringkat 18 tahun ke atas:-Dihantar latihan vokasional

URL: