|
|
cayalahh..
PENGURUSAN TEKANAN (Stress Management)
1.1 Guru dapat mengenalpasti jenis dan punca tekanan negatif di kalangan warga pendidikan khas. Objektif
1.2 Guru akan dapat menguruskan masalah tekanan negatif secara praktikal dan efektif. 1.3 Guru dapat mengelakkan situasi yang akan menyebabkan tekanan negatif di kalangan guru dan murid.
Bahagian 1 1.0 Definisi Tekanan adalah sindrom khusus yang mengandungi perubahan-perubahan yang tidak spesifik dalam sistem biologikal. (Seyele,H. in Dunham, 1984).
Tekanan disebabkan oleh pemikiran individu dan tingkahlaku yang membawa ke arah kerisauan,tekanan serta mempengaruhi keadaan fizikalnya.
Tekanan juga berada dalam otak manusia dan berkait rapat dengan perlakuan hasil daripada interaksi antara persekitaran dan organisma. (Woodfolk & Richarson,Dunham, 84)
Tekanan bukanlah sakit jiwa dan kebimbangan. Tekanan bukanlah selalunya hasil kemusnahan yang tidak spesifik. Tekanan bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan.
1.1 Jenis-jenis tekanan EUSTRESS Tekanan yang positif dan baik (Melakukan sesuatu aktiviti yang mendatangkan keseronokan atau memberikan galakan.) Contoh : menerima hadiah, diberi pujian.
DISTRESS Tekanan yang negatif. Ia merupakan suatu pengalaman emosi yang negatif seperti marah,tekanan,kecewa, ketegangan,gemuruh dan sebagainya. Contohnya : dimarahi, didenda, menghadapi ujian .
Tekanan negatif merupakan kecelaruan dan tekanan perasaan yang membawa kepada kesan sampingan terhadap diri individu.
Tekanan di kalangan guru pendidikan khas perlu diberi perhatian berat oleh semua pihak untuk mempastikan program pendidikan khas dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan. 2.0 Pengenalan
Faktor sekolah * infrastruktur * bahan bantu mengajar * guru besar atau pengetua * kurang peruntukan kewangan * bebanan tugas/tanggungjawab yang banyak 2.1 Faktor-faktor penyebab tekanan negatif kepada guru
Faktor murid * pelbagai kategori masalah * masalah tingkahlaku * harapan ibubapa/penjaga * bilangan murid di luar kawalan guru * prestasi murid
Faktor guru * kekurangan guru/pembantu * tiada kemahiran terhadap kerjaya * kerja sambil lewa/tidak ikhlas
* melepaskan perasaan terhadap murid * masalah keluarga * masalah individu / diri guru sendiri
* kurang motivasi / pendedahan terhadap tugas - gangguan emosi - letih minda - sosial yang singkat - kesihatan diri dan usia
Tidak ada kesediaan dan persediaan mengajar * tiada kesediaan diri terhadap pengajaran * tidak membuat persediaan (buku dan BBM) 2.2 Kesan tekanan negatif kepada guru
* pengajaran ‘ stereotype’ * suasana pengajaran membosankan * cepat meninggalkan kelas * faedah dan teknik tidak dipelbagaikan * tidak membuat RPI
Hilang kawalan/disiplin diri * cepat marah,bengis, tidak penyayang * mendera murid * pakaian tidak kemas / comot
* tiada keceriaan dan tidak terurus * bersikap ‘deadwood’ * mengasingkan / memencilkan diri
Mengajar sambil lewa / tidak ikhlas * meninggalkan/tidak masuk kelas * tidak kreatif dan inovatif * selalu cuti
* tidak prihatin dan mengabaikan perhatian terhadap murid. * bersikap pasif terhadap aktiviti / program sekolah.
FRUSTRATION (KEKECEWAAN) BURN- OUT (UNABLE TO COPE) ANXIETY (KEBIMBANGAN) EXHAUSTION (KELETIHAN) PERINGKAT TEKANAN Peringkat-peringkat Kesan Tekanan Negatif
Guru perlu menangani tekanan supaya dirinya dapat melaksanakan tugasnya dengan efektif. 2.3 Cara Mengatasi Tekanan Kepada Guru
Memperlihatkan masalah dalam perspektifnya. Mengelakkan konfrantasi Mendapatkan rehat yang mencukupi Strategi Kriaycou (1980)
Meluangkan masa untuk menenangkan fikiran dan mengenepikan tugas harian Berbual-bual serta berkongsi masalah kerja dengan ahli keluarga dan kawan-kawan Strategi Durham (1984)
Melibatkan diri dalam aktiviti harian bersama ahli keluarga dan kawan- kawan Menerima hakikat semasa, situasi yang dialami serta masalah yang dihadapi Menolak permintaan yang keterlaluan / tidak munasabah
Tidak memikirkan masalah yang dihadapi pada suatu tempoh waktu (switching off) Menyuarakan perasaan dan pendapat secara terbuka Mengaku kekurangan yang ada pada diri sendiri
Sebagaimana guru mengalami tekanan, murid juga terdedah kepada fenomena sedemikian. 3.0 Pengenalan
Ekspektasi terlalu tinggi daripada guru serta ibu bapa / penjaga turut menyumbang kepada peringkat stress di kalangan murid.
Faktor sekolah * infrastruktur * kekurangan kemudahan * guru * guru besar / pengetua * bilik darjah yang tidak ceria 3.1 Faktor penyebab tekanan negatif kepada murid
Faktor rakan sebaya * dibuli dan diejek oleh murid lain. * tidak mesra dengan rakan- rakan lain.
* kurang interaksi sosial. * masalah komunikasi. * rendah diri dan tiada keyakinan diri.
Faktor guru * tiada kawalan disiplin diri * selalu marah murid * tidak peka terhadap masalah murid
* tidak mesra dengan murid * tidak minat terhadap pencapaian murid * pengajaran yang kurang berkesan / bosan
* aktiviti pembelajaran yang tidak sesuai dengan tahap pencapaian murid. * terlalu banyak aktiviti yang dijalankan serentak.
Faktor keluarga * harapan keluarga yang terlalu tinggi * tiada perhatian / kasih sayang daripada keluarga * hubungan keluarga yang tidak mesra
* menunjukkan tantrum, cepat marah. * hiperaktif / hipoaktif. * bosan dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Kesan tekanan negatif kepada murid
* tiada disiplin diri – ponteng sekolah / susah untuk dikawal * tiada keceriaan * prestasi merosot * sentiasa rasa takut / bimbang
* rasa tegang dan fikiran berkecelaruan * kurang motivasi * malas menyiapkan kerja / tugasan yang diberi * enggan bekerjasama dengan guru-guru / murid-murid / tiada respons
* selalu mengganggu rakan- rakan lain * selalu keluar kelas / merayau * selalu hendak tidur * tulisan buruk * mencuri
* mencarut * berbohong * pengurusan diri tidak teratur / kusut
Ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas perlu membantu murid-murid berkeperluan khas mengurus masalah tekanan mereka. Cara untuk membantu mereka adalah: 3.3 Cara Mengatasi Tekanan Kepada Murid
Disiplin Mendisiplinkan murid supaya mereka sedar akan tanggungjawab serta apa yang dikehendaki daripada mereka melalui aktiviti rutin.
Kasih sayang Murid berkeperluan khas memerlukan kasih sayang supaya mereka rasa selamat.
‘Relaxation Strategies’ Aktiviti fizikal yang bersesuaian boleh dilakukan untuk mententeramkan murid.
Pemakanan Memastikan murid-murid berkeperluan khas mendapatkan makanan yang seimbang, mengamalkan amalan hidup yang sihat (bersukan, tidur yang mencukupi dan aktiviti rekreasi yang bersesuaian).
Contoh aktiviti : tutup mata rehat bahu anda turunkan tangan ke sisi dan relaks baring atau duduk atas kerusi
3.4 Kaedah pengurusan tekanan
BAHAGIAN 4 Latihan Amali Pengurusan Tekanan (guru dan murid) Dijalankan pada masa dan tempat yang bersesuaian mengikut keadaan semasa.
Sesi 1 : Terapi Muzik dan Pergerakan Masa : 45 minit Pilihan Lagu : Lagu Klasik / Instrumental Contoh 1
Tempat : Bilik yang luas dan kondusif (lampu malap) Instrumen : Perakam kaset , CD, kaset tamborin, kastenet, loceng, kerincing.
1. Duduk dalam keadaan selesa dan tenangkan fikiran. 2. Pasangkan lagu. 3. Hayunkan / goyang/gerakkan badan ikut rentak muzik. Langkah-langkah:
Gerakkan tangan: lambaikan tangan ke kiri dan ke kanan, dari atas ke bawah. 5. Luruskan kaki ke depan. 6. Angkat dan turunkan kaki kanan sebanyak 5 kali.
7. Diikuti dengan kaki kiri. 8. Peluk lutut dan hayunkan badan ke kiri dan kanan.
9. Ambilkan alatan, pegang dan tepuk di atas kepala,di tepi pipi, di telinga, di bahu, paha, lutut dan hujung kaki. 10.Bunyi alatan dari bunyi yang kuat ke perlahan dan sebaliknya. 11.Berdiri.
12. Berdiri dan membunyikan alat perkusi. 13. Berjalan dan membunyikan alat perkusi (mempelbagai cara membunyikan alatan). 14. Skip dan membunyikan alat perkusi.
15. Buat bulatan sambil membunyikan alat perkusi 16. Mempelbagaikan pergerakan seperti berjalan keluar masuk dalam bulatan. 17. Membunyikan alat perkusi secara berpasangan (depan dengan depan).
18. Duduk semula, letak alat perkusi di tepi dan menghayunkan badan 19. Memperlahankan pergerakan sambil membuat pernafasan. 20. Memberhentikan pergerakan dan muzik.
Contoh 2 Dijalankan pada masa dan tempat yang bersesuaian mengikut keadaan semasa Sesi 2 : Imagery Masa : 45 minit
Jenis kesesuaian irama : Rakaman irama perlahan yang mengandungi bunyi-bunyi alam semulajadi seperti ombak, hujan, hutan, air terjun, air mengalir, bunyi-bunyi haiwan.
Pilihan lagu : Irama tepi laut, ombak, angin, bunyi burung, hayunan pokok Tempat : Bilik yang luas & kondusif, lampu malap Instrumen : Perakam kaset, kaset / cd
Langkah-langkah Guru perlu menjadi ‘narrator’ untuk memulakan aktiviti ini Cari kedudukan yang selesa Guru memberi arahan serta ulasan-ulasan sebelum aktiviti bermula 3. Guru memasangkan irama pilihan
Berikan sedikit masa untuk menikmati irama. Kemudian guru memberikan ulasan-ulasan yang berkaitan . Sekarang anda sudah sampai di sekolah, buka mata perlahan-lahan dan ambil nafas panjang. 6. Bangun dan teruskan aktiviti anda
Contoh 3 Dijalankan pada masa dan tempat yang bersesuaian mengikut keadaan semasa Sesi 3 : ‘Relaxation Exercise’ Masa : 30 minit Tempat : Bilik yang mempunyai ruang mencukupi
Langkah-langkah Baring atas lantai dalam keadaan selesa Tutup mata, kosongkan minda dan dengar arahan Rehatkan minda 4. Rehatkan bahu
5. Turunkan tangan ke sisi dan longgarkan otot-ototnya. 6. Relakskan bahu kiri, tegangkan bahu kiri dan relakskan semula.
7. Ulang dengan bahu kanan 8. Angkat kaki kiri, rehatkan kaki kiri, tegangkan kaki kiri dan rehat semula dan turunkan kaki kiri. Ulang sebanyak lima kali
9. Ulang dengan kaki kanan Bernafas dan tumpukan perhatian kepada bunyi pernafasan anda. Cuba rasa dan dengar degupan jantung anda 11. Selepas 2 atau 3 minit membuka mata perlahan-lahan dan duduk tegak. Regangkan tangan dan kaki anda.
SEKIAN, TERIMA KASIH
| URL: |
No comments posted yet
Comments