|
|
macam mana saya nk download presentation ini??... harap dapat bantu saya... tq....
sume bgs but cant dload...uhuk2
Kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. KONSEP STRATEGI
3 JENIS STRATEGI Pemusatan Guru 2. Pemusatan Murid 3. Pemusatan Bahan
STRATEGI PEMUSATAN GURU Memainkan peranan yang utama Menguasai dan mengawal aktiviti murid Guru bercakap murid mendengar - komunikasi sehala
Kepimpinan guru bersifat autokratik Mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru Mementingkan pencapaian akademik
STRATEGI PEMUSATAN MURID Memainkan peranan aktif dalam proses P&P Komunikasi dan interaksi guru – murid dua hala Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik
P & P lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid Perkembangan murid secara menyeluruh Perbezaan individu diberi perhatian
STRATEGI PEMUSATAN BAHAN Dua kategori BBM: i) Bahan bantu mengajar digunakan oleh guru seperti carta, model, gambar, kad kerja atau kad imbasan. ii) Bahan bantu mengajar digunakan oleh murid seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang dan lain-lain.
Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan untuk mencapai objektif Menekankan perkembangan kognitif, rohani dan jasmani
Menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas Mempertingkatkan interaksi sosial murid Mengajar dan belajar melalui pengalaman
Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas . KONSEP PENDEKATAN
PENDEKATAN INDUKTIF Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat Murid membuat kesimpulan Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai
Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan
PENDEKATAN ELEKTIF Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai satu strategi untuk melaksanakan P & P di dalam kelas. Contohnya: Guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengkayaan dan strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan pemulihan.
PENDEKATAN TEMATIF Berkait rapat dengan aktiviti P & P secara kumpulan Sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti kumpulan
CARA PERLAKSANAAN Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam kumpulan mengikut tahap kebolehan murid. Contoh : tema : Kebersihan Sub topik : Kebersihan diri Kebersihan tempat tinggal Kebersihan kelas
b) Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Contoh : tema : binatang peliharaan Kumpulan A : jawab soalan tentang binatang Kumpulan B : lukis gambar binatang Kumpulan C : gunting dan tampal
PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI Memastikan murid dapat menguasai sesuatu : Kemahiran dengan cekap dan lengkap. Menguasai kemahiran melalui latih tubi. Merangkumi 4 langkah.
Menerangkan objektif secara eksplisit. Teknik P & P yang berkesan termasuk penggunaan bahan bantu mengajar. Penilaian. Aktiviti susulan. LANGKAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
4 LANGKAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI
PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF P & P secara kumpulan di bawah bimbingan guru. Guru sebagai pembimbing dalam sesuatu kumpulan pelbagai kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau projek. Latih tubi dilaksanakan.
KRITERIA ASAS MENJAYAKAN P&P SECARA KOPERATIF & KOLABORATIF: Semangat saling bergantungan yang positif. Kemahiran sosial. Kesedaran akauntabiliti individu. Penilaian kumpulan.
LANGKAH-LANGKAH P & P SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF Bahagikan kumpulan murid dan berikan nama-nama kumpulan. Nyatakan objektif, bahan bantu mengajar yang digunakan serta langkah-langkah melakukan aktiviti.
LANGKAH-LANGKAH P&P SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti. Tentukan kerjasama dalam kumpulan. Tegaskan tanggungjawab setiap ahli kumpulan. Nilaikan kumpulan.
KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR 2.0 PENGAJARAN SECARA KUMPULAN Berasaskan strategi berpusat pada murid Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing Jenis kumpulan a. mengikut kebolehan b. mengikut kumpulan untuk membantu guru merancang objektif P&P secara berperingkat
2.0 PENGAJARAN SECARA KUMPULAN Murid dikumpulkan berdasar hasil penilaian (ujian diagnostik/ RPI) Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (Bahasa dan Matematik) Ahli dalam satu kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap kebolehan
2.0.1 KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi mata pelajaran yang berlainan Pembentukan kumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai: * kebolehan * kecenderungan
Sesuai untuk menjalankan aktiviti * permainan * simulasi * perbincangan * projek * ujikaji Murid-murid cerdas dapat membantu murid-murid lemah
2.1 PENGAJARAN SECARA INDIVIDU Kaedah P & P Kaedah digunakan untuk murid-murid yang: * mempunyai masalah tingkahlaku * belum menguasai kemahiran yang diharapkan * pintar cerdas dan sebagainya
Murid-murid dapat mengembangkan potensi secara menyeluruh serta seimbang dari segi: * intelek * rohani * jasmani * sosial
2.1.1 FAKTOR PENTING DALAM PENGAJARAN SECARA INDIVIDU Kebolehan dan pengalaman sedia ada Punca masalah yang dihadapinya Strategi dan teknik mengajar
Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan Aktiviti pengukuhan dan penilaian Aktiviti pembelajaran untuk murid-murid lain
2.2 TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) Penerangan, demonstrasi cara atau langkah aktiviti oleh guru di hadapan murid Aktiviti pendengaran dan penglihatan oleh murid
Demonstrasi mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti Memudahkan pemahaman serta menimbulkan minat murid
Murid melakukan latihan amali untuk menguasai kemahiran dengan tepat dan kukuh Semasa demonstrasi murid, guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku dengan segera Membina keyakinan diri murid
2.2.1 JENIS-JENIS TUNJUK CARA A Model Hidup - Model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi B Model Simbolik - Tunjuk cara dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru C Model Persepsi - Tayangan video sesuatu demonstrasi
2.3 SIMULASI * Teknik simulasi di gunakan untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mencari penyelesaian sesuatu masalah
2.3.1 JENIS-JENIS SIMULASI Sosio drama Aktiviti lakonan berdasarkan cerita lengkap. Skrip lakonan disediakan terlebih dahulu supaya murid dapat membaca dan membuat persediaan. Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisa watak-watak lakonan dan membuat rumusan.
b. Main Peranan Satu lakonan spontan tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti berdasarkan sesuatu situasi atau masalah yang timbul
Tempoh lakonan hanya 5-6 minit sahaja. Melalui aktiviti main peranan murid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan.
2.4 BERCERITA Satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pengajaran melalui teknik bercerita. Penyampaian cerita melalui pita rakaman, boneka atau secara lisan. Pilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengetahuan am murid.
Guru perlu menghafaz isi-isi cerita. Sediakan bahan bantu mengajar seperti kad perkataan, gambar, topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid. Masa bercerita, guru boleh duduk atau berdiri
Gunakan suara yang menarik dan dengan penuh emosi. Pandang terus kepada murid secara bergilir-gilir. Gunakan kad perkataan dan gambar untuk membantu murid memahami isi-isi cerita.
Guru boleh mengemukakan beberapa soalan semasa bercerita. Gunakan perkataan dan ayat yang boleh difahami selepas bercerita. Aktiviti susulan boleh dijalankan.
2.5 BERMAIN Teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Sesuai digunakan sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan pemulihan contohnya kuiz, teka-teki, penyelesaian masalah, memadan dan demonstrasi.
Boleh dilaksanakan secara kelas, individu, berpasangan atau kumpulan.
Jill Hadfield (1984) Penerangan dan demonstrasi guru tentang cara permainan dijalankan. Sekumpulan kecil murid dipilih membuat demonstrasi permainan yang diajar. Menjalankan aktiviti permainan. Di akhir permainan, murid merumus apa yang telah dipelajari. 2.5.1 Langkah-Langkah Pelaksanaan.
Professor William Kilpatrik (1871-1965) Satu kaedah yang diubah suai dari kaedah P&P melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan lawatan. Murid dapat mengalami satu situasi yang benar. Meningkatkan minat dan perhatian murid. Aktiviti dijalankan selepas murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. 2.6 PROJEK
Murid memperolehi pengalaman yang lebih luas. Dapat mengembangkan potensi murid dalam aspek jasmani dan sosial. Memberi pengukuhan kepada kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai. Boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan. Contoh-contoh: Projek kaji selidik, projek hasil tangan dan lawatan.
Menentukan objektif pengajaran mengikut kebolehan murid. Menyediakan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan. Merancang aktiviti. Pembahagian tugas bagi setiap murid dalam kumpulan. Langkah-langkah Perlaksanaan
Menentukan tugas yang memerlukan bimbingan guru dan tugas yang memerlukan kepimpinan murid daripada kumpulan cerdas. Mempamerkan hasil-hasil kerja. Penilaian.
2.7 PENGAJARAN BERPASUKAN Sharifah Alawiyah Alsagoff (1984) “ pengajaran berpasukan ialah pengajaran yang melibatkan dua orang guru atau lebih yang sentiasa bekerjasama dalam merancang, menyampaikan dan menilai pengajaran yang disediakan untuk satu kumpulan murid yang sama”
Pengajaran boleh dilaksanakan secara kelas, kumpulan dan individu.
| URL: |
No comments posted yet
Comments